JellyPages.com

Wednesday, January 26, 2011

khas buat bakal suamiku..

Menghitung detik demi detik yang berlalu sebelum diri ini bertukar status..bermacam perasaan berperang di dalam benak fikiran..syukur yang tak terhingga kepada ilahi kerana limpah rahmat nyer kepada aku..aku akan bergelar isteri tidak lama lagi..

untuk itu apabila aku muhasabah diri..memang bayak kekurangan yang ada pada diri aku ni..aku perlukan seorang suami untuk melengkap kan segala kekurangan diri aku..ketahuilah diriku ini banyak kekurangan..jgn lah penat untuk memenuhi kekurangan itu...

Puisi Khas Buat Suami/Bakal Suami


Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.....



cerita semalam..

Keluar kerja aku dah semangat nak g jusco tu..
encik anwar ajak tengok wayang..aku suke gak bile dia cadangkan g jusco tu
sebab ada POPULAR kat situ hehehe
dengan harapan yang menggunung dapat beli buku yang aku cerita ari tu..
tapi.....
nasib tak menyebelahi aku..buku tu tak ada plak jual kat situ..hampa nyer aku..pekerja POPULAR tu cakap kalau nak buku tu jugak kene booking dulu..lepas 2 minggu baru dapat.. ape????? 2minggu?????
kemain lama lagi waktu booking tu..
aku tak booking pun lagi..nak cari kat kedai buku yang lain plak..kan banyak kedai buku kat sini hehehe pujuk hati aku .. padahal memang sikap aku yang tak reti nak bersabar sangat dengan benda baru ni
heheheh.. menurun perangai sape pun aku tak tau lah hehehehe..mak ayah aku sabar jer aku tengok..

hati dah hampa + sedih = rase mcm nak nangis..memang drama king betul aku ni kan hahahah.. mula lah muke aku ni monyok..yang aku rase sape yang tengok ada nak bagi makan seliper jepon kat aku free heheheh..tapi nasib baik encik anwar yang tengok muke monyok aku tu..dia terus blanja aku pop corn heheh malas agaknyer nak nengok muke monyok aku tu malas nak layan wakakakak "Terima kasih yer encik anwar"..

Tuesday, January 25, 2011

pergilah airmata...... teng tengg tengggggg...

aisshhh...
hati aku ni dah tak tentu arah..
semua salah aku...aku yang mulakan semua ni tanpa aku sedar..
sape suh baca novel tu online heheheheh
..dah tu menggelabah nak cari kat mana ada jual buku tu
wawawawawa...
bagai mengantuk di sorongkan bantal..apabila tetibe encik anwar dengan baik hati menawarkan
padaku bahawa dia akan belanja aku beli ape sahaja novel yang aku nak dengan syarat..

1-aku kene ambik cuti hari rabu 02.02.11 sahaja untuk raya cini..
padahal yang kita sedia maklum..pada hari selasa 01.02.11 adalah cuti bagi kawasan wilayah kuala lumpur..
encik anwar tidak membenarkan aku ambik cuti pada hari isnin 31.01.11..
lahhh....maksudnyer aku kene keje ari isnin pastu baru leh bercuti balik kampung..kalau aku ambik cuti ari isnin tu..dah kompom jumaat aku dah gerak balik kampung hehehe

2-kalau aku cuti ari rabu tu sahaja dia leh lah ajak aku tolong makcik dia pindah umah hari sabtu..aku tak kisah sangat nak tolong makcik dia tu..dah memang aku sendiri suke bertandang ke rumah makcik dia..tapi bile melibatkan balik kampung ni..memang aku lebih nak balik kampung dari segala hal heheheh... sah aku ni anak emak kan wakakakak..cakap lah ape nak cakap pun..hehehe..

aku agak tidak bersetuju.dan dengan berlagak nyer aku berkata..aku tak heran dia nak belanja novel tu..aku tetap nak cuti isnin dan rabu tu..encik anwar hanyer tersenyum jer bila aku ckp mcm tu hehehe..tup tup bila aku apply cuti untuk hari isnin dan rabu..cuti aku tidak di luluskan..
hanyer lulus untuk cuti ari rabu sahaja..wawawawa...
tak boleh lah aku balik kampung cepat ni..

nak tak nak..terpaksa tanyer balik pada encik anwar offer dia yang dulu masih ada lagi tak hahaha..muke tak malu kan wakakakaka... nasib baik dia kate ada...jadi skang aku menunggu novel baru untuk aku hehehe..ops lupe nak bg tau aku cari novel 'pergilah airmata'  penulisan hanni ramsul..bile aku searsh kat google ni.. kebanyakan orang mengatakan novel ni best..dan ada yang bg 9 bintang dari 10 bintang untuk novel ni..
disebabkan aku pun dah mule baca novel ni online..mmg betul pun novel ni best..tapi paham2 sahaja lah bile baca novel online kompomlah citenyer tergantung...sebab tu lah aku
menggelabah nak cari novel yang sebenar hehehehe
tahniah pada penulis..aku akan memburu novel tersebut hehehehe..

Dan terima kasih kepada encik anwar..jasa baikmu dikenang..maju lah sukan untuk negara wakakakaka..




  aku akan pastikan novel kat atas ni akan kumiliki hehehe..agak2 kat popular atau mph yang ada buku ni..aduhai satu hal plak nak cari ni tapi klu bab mencari novel ni bagi aku sehari semalam pun aku sanggup..dasar pompuan kan..eh memanglah aku pompuan hehehe sebab tu leh jer cari novel sampai sehari semalam hehehe...

kalau nak kaya kene kawin..

Ermmm..tetibe aku terlintas fakta tu bile terbaca blog2 yang aku sendiri tak kenal empunyer blog... mcm biasalah aku ni kan suke masuk blog blog yang aku tak kenali..kengkadang masuk ikut tingkat..penat melompat2 masuk tingkat masuk plak ikut pintu..ikut suke aku lah menerjah blog yang aku nak klik heheheh... bukan ape aku suke baca ape yang diaorang tulis...

Tadi aku terbaca satu blog mengisah seorang isteri..meh aku kongsi dengan korang semua..mana tau selepas korang baca ape yang aku nak kongsi ni..tetibe berubah sikit anggapan korang pada yang belum kawin mcm aku ni cepat2 nak kawin hehehe.. kepada yang dah bergelar isteri apabila baca ape yang aku nak kongsi ni lagi lebih memotivasi kan diri sendiri untuk merebut semua yang di janjikan allah..janji allah itu benar.. tak salah kan kita ingat mengingati sesama sendri..sebenarnyer untuk aku jugak.. ingatkan diri aku ni jugak...yang memang selalu alpa dengan kesemua permainan dunia ni..heheh.. ok2 jum kita baca sikit ape yang kat bawah ni..kompom lepas ni kita akan jadi kaya terutamanyer semua serikandi serikandi heheheh..


  • Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya

  •     dengan  baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.

  • Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suami yang sedang sakit,

  •     maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

  • Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang Allah akan memandangnya   

  •     dengan  penuh rahmat.

  • Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, allah akan memberi ganjaran

  •     pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

  • Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas

  •     manakala jika disuruh akan mendapat tujuh ketul perak.

  • Apabila isteri menjemur baju, matahari akan mendoakan keampunannya.


  • Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi

  •     ketua bidadari.

  • Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala 

  •     seperti menunaikan solat selama 12 tahun. 


    Ya ampun...mmg sah lah kita ni akan kaya kan wawawa..mana ada orang nak bagi kita 7ketul emas dengan hanyer memicit kepala.. beruntung lah kita apabila menjadi isteri seperti dia atas..
    hati aku tengah melonjak nak kawin ni..aku nak cepat kaya heheheh..hafizah sila jaga tatasusila anda di sini heheheh..

    Wednesday, January 12, 2011

    Kawan YanG beRnama SahaBat..

    ermm..orang yang bersabar ni banyak kelebihannyer..mulut senang lah nak cakap..tapi diri sendiri yang nak laksanakan.. kalau lah umpama lari 10km tu susah tapi aku rase tahan diri dari bersabar tu lagi susah dari lari 10 km..kenapa aku bandingkan dengan lari 10 km..almaklumlah pompuan seperti aku yang agak malas nak berjoging ni..di tambahkan plak berat badan yang agak2 'comei'  mmg lari 10km tu agak melebihi fantasi diri sendiri heheheh...

    entri ni khas aku luahkan perasaan aku terhadap kengkawan yang berada di sekeliling aku terutama penghuni C-3-17 apartment Sri Jasa dan ex penghuni C-3-17 heheheh tak lupe gak kepada keluarga sapura exxonmobil huhuhuh..aku sangat bersyukur kerana allah kirimkan korang sebagai kawan aku..di kala usia aku meningkat ke alam dewasa korang sedia memberi semangat dan sentiasa berasa di sisi aku mahu pun dia saat jatuh bangun aku.. dan sekarang walaupun aku sudah tidak bergelar penghuni C-3-17 dan bekerja di bawah bumbung yang sama dengan korang namun korang tak berganjak sentiasa bersama aku.. terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan..

    Dari korang aku belajar erti persahabatan.. susah senang bersama.. kawan kita ramai..tetapi tak semua kawan tu leh jadi sahabat kita..kenangan yang sangat terindah bile kita abiskan masa bersama..aku harap ukhuwah yang kita jalin kan ni berkekalan sehingga akhir hayat..

    Moga yang terbaik untuk kita semua dunia dan akhirat...
    (mood ujung minggu 08.01.11-09.01.11) heheheh terima kasih cik ida n cik suzi tak lupe cik erin jugak walaupun tak dapat nak borak ngan awak cik erin cume pandang kete awak jer hehehehe..

    Thursday, January 6, 2011

    bercinta di hari lahir..

    tadi aku terbaca artikel ni..so aku rase nak kongsi kat entri aku ni..sebagai rujukan bile aku dah kawin nnt..jgn nak asik mintak benda yang bukan2 kat suami time befday tu..kalau si suami mampu penuhi tak per..tapi kalau suami tak dapat penuhi tak ker haru..so sila peringatkan pada diri aku supaya jadi isteri yang kat bawah tu..amin...moga di permudahkan ...


    Amir merapati isterinya, Aisyah yang sedang berada di atas katil.
    "Sayang, selamat hari lahir."
    Aisyah tersenyum.
    "Terima kasih, abang."
    Amir berkata kepada isterinya, "abang ada hadiah untuk sayang. Sayang kenalah tutup mata. Manalah tahu abang akan bagi emas dan permata kepada sayang, nanti silau pula mata sayang."

    Aisyah tersenyum dan menutup matanya.
    "Aisyah sudah tutup mata. Mana hadiah daripada abang?"
    Amir menghulurkan bungkusan hadiah dan meletakkannya ke tangan Aisyah.
    "Sayang boleh buka mata sekarang. Tengoklah hadiah yang abang berikan, istimewa untuk Aisyah, isteri abang yang tercinta."
    Aisyah membuka matanya.
    "Terima kasih, abang. Aisyah buka pembalut hadiah, ya."
    Aisyah membuka balutan hadiah.
    "Wah, ada buku untuk Aisyah. Terima kasih, abang. Hadiah ini amat bermakna untuk sayang. Sayang memang suka membaca buku."

    Amir tersenyum dan bertanya kepada isterinya, "sayang tahu kenapa abang hadiahkan buku untuk sayang?"
    Aisyah memandang suaminya. Amir meneruskan kata-katanya.
    "Buku adalah hadiah yang dapat dibuka berkali-kali. Buku adalah hadiah yang sentiasa bertambah nilainya. Sayang amalkanlah ilmu yang tertulis di dalam buku ini dan sayang akan mendapat lebih banyak manfaat dalam hidup sayang."
    Aisyah mengangguk-anggukkan kepalanya sambil membelek-belek buku yang diterima itu.
    "Ada kad di dalam buku ini."
    Amir bertanya kepada isterinya, "kad daripada siapa, sayang?"
    Aisyah memandang kad itu.
    "Kad ini datangnya daripada suami Aisyah yang amat Aisyah cinta. Terima kasih, abang."
    Amir bertanya kepada isterinya, "Aisyah suka dengan hadiah daripada abang?"
    Aisyah memeluk buku yang diterimanya itu dan menjawab,

    "Aisyah suka sangat dengan hadiah ini dan Aisyah sayang sangat kepada pemberi hadiah ini."
    Amir bertanya lagi kepada Aisyah.
    "Abang gembira sangat kalau dapat melihat Aisyah gembira. Sayang, sayang sudah tidak mahukan hadiah lain? Cukupkah sekadar dengan buku dan kad itu sebagai hadiah hari lahir sayang?"
    Aisyah menjawab, "cukuplah dengan kasih sayang dan cinta daripada abang sebagai hadiah untuk Aisyah."
    Amir tersenyum dan berkata, "betulkah sayang sudah tidak mahukan hadiah yang lain? Kalau macam itu, siapa pula yang mahu memakai gelang emas ini?"
    Amir mengeluarkan seutas gelang emas daripada poketnya dan menunjukkannya kepada Aisyah.
    "Abang mahu menghadiahkan gelang emas ini kepada isteri abang, tetapi isteri abang sudah tidak mahukan hadiah lagi."

    Aisyah terdiam sebentar dan memandang gelang emas itu. Air mata tergenang di mata Aisyah. Aisyah menangis.
    "Abang, Aisyah cintakan abang. Aisyah sayang sangat kepada abang."
    Amir hanya tersenyum dan berkata kepada isterinya, "sayang janganlah menangis. Sayang menangis sebab bimbang kalau abang bagi gelang emas ini kepada orang lain, ya? Gelang emas ini memang untuk Aisyah. Abang tidak akan bagi kepada orang lain. Aisyah janganlah bimbang."
    Amir memberikan senyuman kepada isterinya dan Amir merapati Aisyah.
    "Sayang janganlah menangis. Air mata sayang lebih mahal daripada gelang emas ini. Selamat hari lahir, sayang."
    Aisyah menyapu air matanya dan memberikan senyuman kepada suaminya.
    "Terima kasih, abang."
    Amir memakaikan gelang emas itu ke tangan Aisyah.
    "Alahai, cantiknya isteri abang. Selamat hari lahir, sayang. Semoga seluruh umur kita akan diberkati oleh Allah dan semoga rumah tangga kita sentiasa diredhai oleh Allah."

    uJuB zAmaN mOdEn..

    Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.
    Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.
    Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".
    Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.


    1. Blog dan "Followers"
    Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan "blogger". Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun "followers" yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan "followers" menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya "followers". Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan "followers" atau seronok kerana melihat JUMLAH "followers" yang banyak?


    2. "Like" di Facebook
    Post "status" di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan "like". Apabila ramai yang "like", mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.


    3. Komen di Facebook
    Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada "post" kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.


    4. Komen Gambar di Facebook
    Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.


    6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook
    Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!


    7. Berdakwah di Facebook
    Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.
    Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!
    Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah.

    chef wan oooohhh chef wan

    Kalau kita terbaca jer nama chef wan..terus kita teringat kan masakan dia kan.. almaklumlah dia kan tukang masak yang popular..seingat aku dialah polopor pertama yang menceburi bidang masakan ni sehinggakan ramai yang buka mata bahawa kerjaya sebagai tukang masakan menjamin pulangan yang lumayan..


    Nama sebenar chef wan Redzuawan bin ismail lahir kat singapura pada tahun 1958..ada 7 orang adik beradik dan anak yang sulong..sebenarnyer chef wan ni ada kelulusan dalam bidang akauntan tapi dia memberanikan diri mencuburi bidang masakan..


    Bayangkan ehh..time tu kat malaysia ni tak der pun chef2 yang terkenal maksud aku chef yang leh dia jadikan perangsang atau motivasi pada diri  dia untuk menceburi bidang masakan ni..macm mana time tu dia leh terpikir nak jadikan bidang masakan ni kerjaya dia????..
    jika di bandingkan dulu kelulusan akauntan memang sah2 lah lagi power kan dari kelulusan memasak ni..iyer lah time tu kita belum disogokan dengan maklumat yang bahawa bidang masakan ni adalah salah satu bidang yang bagus untuk diceburi..


    tulah mlm tadi aku tengok satu rancangan tv kat astro menampilkan chef wab yang masak..alah dia masaka simple jer..nasi beriani.. aku rase program tu untuk santapan pelancong pelancong asing lah..nak mengetengahkan masakan tradisoanla kita..bile aku tengok chef wan masak tu..mak aiii sedapnyer hehehe..


    Terus tetibe aku terpikir..bile lah aku leh rase masakan dari chef wan ni kan.. alangkah baiknyer kalau chef wan leh baca entri aku ni hahaha..kompom dia akan masakan untuk aku (aduhai kalau bab berangan ni bagi lah kat aku..aku lah juara berangan paling dahsyat dalam dunia ni..tapi sekali nak berangan bia kaw2 punyer berangan kan..stakat nak berangan  makan masakan mamak kat depan umah aku tu nak wat ape kan hahaha)..



    seyes dowhh..aku memang nak rase masakan dari chef wan tu heheheh..leh ker aku mintak adiah perkahwinan kat bakal suami aku tu..masakan chef wan biarpun dia hanyer buat nasi goreng kampung yang memang sah2 mak aku lagi power kan hahahaha..


    "kepada chefwan..
    saya teringin sangat nak makan masakan dari chef wan..saya tengok kat tv chef wan masak main campak2 jer tapi akhirnyer masakan tu jadi jugak dan nampak sungguh menyelerakan..
    ker imiginasi saya ni jer yang terlebih dari kemampuan akal yang waras heheheh..tapi bile saya masak main campak2 jer mcm chef wan..masyaallah hasil dari air tangan saya sangat mengujakan pada sesiape yang melihat nyer lebih2 lagi merasnyer hahahaha..
    ape pun kalau chef wan ada masa meh lah tolong masakan saya satu makanan..alah tak mau yang susah2..simple2 pun orait jer..saya jenis yang tak memilih :-) wakakakaak..


    (bajet chef wan baca statement kat atas tu heeheh..ermmm berangan lagi aku ni hehehe..tak per lah tak dapat yang betul..angan2 pun jadi lah wawawawawaw)

    Wednesday, January 5, 2011

    peNdaPat Aku tenTanG Blog

    Ermm...tak paham aku..kene ker kalau buat blog follower kene ramai????aku ni ada blog follower aku sorang jer..tu pun kakak kat opis aku ni yang baru tau aku ada blog hahaha..kesimpulan nyer nampak sangat blog aku tak best kan..ahhh peduli ape aku..niat aku ada blog hanyer nak membebel sengsorang kat sini... ungkit ape yang aku rase tak puas ati..mengata ape yang aku rase sakit ati..memuji ape yang aku rase aku suke..so sape pedulikan..blog aku dunia aku..dunia aku tak sama dengan dunia sesape pun hehehehe..


    Aku tak leh nak membebel kat orang..nnt mau seliper datang kat muke aku..so aku ambil langkah yang agak bijak membebel sengsorang kat sini..bijak sungguh aku ni hehehe..aku suke baca blog orang kerana aku suke baca pengalaman org..kadang kadang pengalaman ni boleh mendewasakan kita..dan tak semua pengalaman kita dapat rase..jadi jalan terbaik adalah membaca setiap pengalaman orang... yang baik kita ambil yang buruk kita buat sempadan..ha kan dah untung kita kat sini...hehehe..tol tak..



    selain tu aku rase banyak ilmu yang kita leh dapat bile baca blog org..bg blogger yang rajin tu banyak maklumat yang ada kat blog diorang..makluman yang berasaskan fakta bukan auta heheheh...
    tapi..kalau korang baca blog aku ni..mmg sah lah kan tak banyak ilmu yang korang dapat..
    ternyata aku seorang yang pemalas.. pemalas nak masukan maklumat..aku mengaku dengan kekurangan diri aku ni...yang aku tau aku suke membebel hahahha itu yang pasti..

    Monday, January 3, 2011

    MenGhiTunG haRi..

    ermm..tak der lah nak menghitung hari sangat kan..bile pikir mcm takut plak tapi bile pikir lagi sekali mcm tak saba tapi bile pikir lagi dua kali aku mmg rase takut..bile lah perasaan ni nak pergi..isshhh hafizah kamu sangat mengada...


    kalau tengok kat blog aku ni kat sebelah tu ada daisypath lagi lah aku menggelabah bile makin hari makin sikit jumlah hari kat situ ..ha sape suh letak benda alah tu kat blog ko jugak yang menggelabah sengsorang kan heheheh..


    Disebab kan jarak waktu pertunangan tu tak begitu jauh jadi aku lebih menumpukan perhatian bg persiapan majlis perkahwinan.. ermm dah nak kawin ker aku ni..masak pun tak pandai..ada hati nak kawin..boleh ker aku bg mkn pak encik aku tu nnt heheheh..nasib kamu lah encik anwar kerana bakal memperisterikan aku yang tak tau masak ni hahahahahah..


    tapi dalam tak tau masak aku ni setakat nak wat megi special untuk encik anwar tu..tak der hal lah..tutup mate pun aku leh wat hahahahaha..sangat berlagak kan.. buat megi special boleh lah ckp..cube try suh wat nasi ayam ke nasi tomato ker tengokk..masak ker tak nasi tu hehehe


    kompom secara teori nyer aku ni tidak layak untuk berkahwin..aku rase aku sangat setuju dengan teori tersebut hehehe..ahh pedulik ape aku ngan teori tu..aku nak kawin jugak..nak kawin jugak..nak kawin jugakkk (ni dah tahap gile meroyan)..ahahahah