JellyPages.com

Thursday, June 28, 2012

~ufairah 118hari~

Assalammualaikum..

Hari ini ufairah genap 118hari kira 3bulan lebih minggu depan dia 4bulan :-) dah makin besar dah dia.
Pencapaian dia yang terkini ialah pertama kali dalam sejarah hari ini dia 'yak' keras kuikuikui..
Ufairah yak keras pun nak bagi tau ker!!!! pangg sekali!! hahaha.. iyelah selalu dia yak cair jer macam mula mula lahir dulu (ampun antry agak mengembangkan tekak sedikit).. Sekarang yak ufairah dah mula keras itu petunjuk dia dah semakin besar.

Pagi tadi sebelum hantar ufairah ke rumah BS dia,ayah ufairah yang tukarkan pampers untuk ufairah sebab ibu ufairah duk sibuk menconteng muka dia yang tak berapa nak lawa tu..maka kejadian itu terjadi di hadapan ayah ufairah. Ada jugak aku tangkap gamba yak ufairah yang pertama kali keras tu,tapi dah awal awal kena sound dengan ayah ufairah jgn upload gamba tu kat fb mahupun blog!!! tension aku tau!!!..
Leh lah ufairah tengok yak dia kali pertama yang keras tu..Eiiiii geli tak dia hahaha..

Tapi ibu ufairah ni kan bangsa degil sikit..nak jugak upload..nanti lah malam ni ibu ufairah ayat sikit ayah ufairah suh bagi green ligh nak upload gamba yak ufairah tu kat sini..kalau ibu ufairah berjaya maka next entry akan terpampanglah gamba yak ufairah yang keras tu hahahah.. Sangat sangat tidak senonoh okeh!!!..

Kalau cerita bab meniarap ufairah sekarang ni..fuhh dia dah sangat teror meniarap!! kepala dah tak goyang goyang macam mula mula meniarap dulu hehehe.. bila meniarap tu dah mula sondol sondol ke hadapan dah nak angkat buntut nak merangkak agaknya..amboi ufairah pandai meniarap belum pun sampai sebulan lagi dah cube cube nak angkat buntut merangkak..alahai anak!!!

ok sekian sahaja laporan untuk pembesaran ufairah anak dara solehah ibu..


Wednesday, June 20, 2012

~Pump Oh Pump~

Assalammualaikum..

Nak cerita kisah aku dalam dua tiga hari ni.aku ni kan bangsa gelabah sikit.
hari selasa malam sebelum tido aku macam biasa nak pum susu dulu..nak menambahkan lagi stok susu aku menjelang puasa ni risau okehh mengenangkan puasa ni kot kot menjejaskan pengeluaran susu.
Elok aku landing nak pum..tetiba pum tu macam  tak berfungsi seperti biasa!!! oitt!! jangan buat hal..aku dah mula menggelabah sikit huwaaaa..

Aku pun chek satu satu pum aku tu..Lepas tu baru aku perasan kat corong tu macam ada bocor sikit.angin keluar dari situ maka tak boleh nak berfungsi seperti biasa.


Ha seperti gamba kat atas tu.yang dekat no 6 tu bocor sikit..Tapi aku macam kompius sekejap,benda alah ni plastik kot macam mana boleh bocor plak?..ganas sangat ke aku.air mata dah keluar setitis dua masa nak tido malam tu (aii ni kan hati tisu haruslah drama air mata sikit)
Maka dengan perasaan hampa kemas balik semuanya simpan dalam beg semula.pesan dengan encik suami beli corong yang baru esok.tak boleh tangguh tangguh beli corong tu.

Dalam pukul 11pagi encik suami call dah beli corong tu.aku pun ambik dan terus masuk surau opis untuk mengepam.hati berbunga bunga okeh masa ni mengepam.kiranya masalah sudah selesai lah.
Bila aku start mengepam.masalah yang sama terjadi jugak.pum tu macam tak cukup angin. aku bukak semua peralatan pum..Aku chek kat No 4 tu.dekat no 4 tu lah angin dari pum keluar..Aku chek tak ada masalah.Angin keluar dekat no 4 tu.Lepas tu aku sambung tiub tu pulak.bila sambung tiub angin keluar jugak.
Tiub tu aku sambungkan dekat corong yang no 5 tu.Ada jugak angin dari situ. Jadi maknanya motor pum tu tak ada masalah lah kan. Tetapi kenapa bila aku mengepam angin macam tak cukup tak boleh nak keluarkan susu. Nak kata bocor kat corong yang no 5 tu aku dah beli baru dah corong tu..
mulalah adegan air mata kembali lagi.Aku dah membayangkan susu tak cukup untuk ufairah dan harus bagi dia susu formula huwaaaaaaaaaaaaaaaa..
Ape yang tak kene dengan pum aku ni. Ya allah ufairah baru 3bulan lebih.aku dah jadi kompius.tak boleh nak berfikir ape lagi yang tak kena dengan pum aku ni.angin dari motor tu ok.tapi kenapa tak boleh mengepam seperti biasa.

Seharian aku memikirkannya.mood untuk berkerja ke laut. Ape harus aku buat. Tetiba teringat mummyqaid
terus call dia.cerita masalah yang aku hadapi.cerita satu persatu.Dia suruh aku tengok kat bahagian no 7 tu yang warna biru tu.Dekat bawah warna biru tu ada benda kecik warna putih.apa entah namanya aku lupa dah.mummyqaid kata kalau benda kecik tu dah kembang pun boleh jadi macam masalah yang aku hadapi sekarang ni. Dia suruh aku tukar benda kecik tu dulu.

Balik rumah aku terus tukar benda kecik tu. Alhamdulillah aku dah boleh mengepam seperti biasa.Bila aku tengok memang betul pun benda kecik tu dah kembang (suami aku yang basuh kesemua peralatan mengepam ni,ganas sangat basuhnya sampai leh kembang kembang benda tu,orang lain pakai bertahun tahun aku pakai 3bulan dah kembang hehehe)

2 malam aku drama air mata tau!!! rupanyer benda kecik tu yang masalahnya!!haiiihhhhh..




Tuesday, June 19, 2012

~MimPi 1 Baldi~



Assalammualikum..
Semalam aku bermimpi..kira best jugak mimpi ni.mungkin terpengaruh dengan bacaan blog ibu menyusu semalam.

syoknyer mimpi


Nak tahu aku mimpi ape? Apa yang syoknya mimpi aku tu?hehe.Tapi serius syok.tak dapat dalam dunia realiti dapat dalam mimpi pun jadi lah.itu pun dah syok habis dah.Bangun tido tersenyum senyum aku *bajet comel macam ufairah bangun tido tersengih sengih heheh*

Aku mimpi aku memerah menggunakan kaedah 'marmet' susu aku keluar mencurah curah sampai penug satu baldi.Satu baldi okeh.tak main lah botol botol susu yang kecik ni hehe
sampai melimpah limpah susu tu satu baldi.bayangkan perasaan aku time tu.senyum meleret.Siap bangga lagi susu penuh satu baldi hahahaha.

Tapi..dalam dunia yang nyata ni.aku langsung tak tahu memerah susu menggunakan kaedah marmet tu.aku nak belajar jugak kaedah marmet tu,senang kat mana mana pun kita boleh memerah susu kan.aku ada terbaca pengalam seorang blogger ni kawan dia memerah susu secara marmet ketika sedang mendengar ceramah, hebat kan..kebetulan kawan dia tu memakai tudung labuh jadi ape sahaja projek yang sedang di lakukan masa tu langsung tak dapat di hidu oleh orang sekeliling *sebab tu islam menyuruh kita memakai tudung labuh,ohh terkena pada diri sendiri*



~Power Pumping~

Assalammualaikum..
mengambil ilmu di group ibu ibu menyusu tadi. Ini nota untuk diri sendiri.serta nota kepada sesiapa yang tersesat baca blog ini.ambillah ilmu ini sebagai bekalan untuk menyediakan yang terbaik untuk anak kita.

Kadang kadang zaman kemerunduman susu selalu sangat menjenguk kita.bila tiba masanya mula lah hati ini akan susah.Takut bekalan untuk si manja tidak dapat di sediakan.Takut untuk TERPAKSA memberikan susu formula kepada si manja kita kan..ya allah jauhkan lah itu semua.selagi mampu selagi tu kita akan berusaha, dan antara usahanya buatlah power pumping seperti yang di syorkan di bawah.


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ide...anya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin



*Untuk rujukan di masa akan datang jugak,untuk adik2 ufairah kan..hehe*

Monday, June 18, 2012

~ufairah meniarap~


Assalammualaikum..

ufairah dah pun pandai meniarap berumur 97hari 3bulan lebih..ibu telah pun menulis  disini mengenai percapaian ufairah. dan sekarang ibu tunaikan janji ibu untuk meletakan gamba ufairah meniarap di sini.Buat tatapan ufairah di masa akan datang.





muka ada senyum setelah bekerja keras untuk meniarap.

Setiap kali meniarap kepala ufairah akan tergoyang goyang tanda belum begitu stabil lagi.tapi anak ibu ni kan kuat.walaupun kepala goyang goyang masih mahu meniarap juga.
Tapi...bila dah meniarap tegak macam ni ufairah tak pandai nak telentang kan diri semula.sampai merah merah muka ufairah berusaha untuk telentang semula dan akhirnya menangis tanda mohon pertolongan dari ibu.kadang kadang ibu biarkan jugak.ibu nak ufairah berusaha sendiri :-)

Ada satu malam ufairah tido dengan ibu seperti biasa.ufairah bangun lebih kurang dalam pukul 3pagi untuk menyusu.selepas itu ibu tidokan semula ufairah.bila ufairah tido ibu pun sambung tido semula.
Tiba-tiba ibu di kejutkan oleh ayah.ibu terdengar ayah tanya ibu "ayang anak kita tengah buat ape tu?"
Cepat-cepat ibu bangun.rupanya ibu tengok ufairah sedang menghantukan kepala dekat kaki katil. Tungg tungg tunggg bunyinya.ufairah dah meniarap tapi tak tau nak telentang kan badan,kepala pulak masih goyang goyang dan terus terkena dekat kaki katil tu.Patutlah ibu rasa macam mimpi dengar bunyi tung tungg tungg tu rupanya anak ibu hantukan kepala kat kaki katil heheh..Walaupun macam tu ibu tengok mata ufairah masih terpejam agaknya ufairah mimpi meniarap kot masa tu. Kalau ufairah menangis ibu akan secara automatik akan tersedar tapi bila ufairah hantukan kepala tu ibu tak sedar ibu ingatkan ibu bermimpi,nasib baik ayah ufairah sedar, kalau tak tak tahu berapa lama ufairah hantukan kepala tu heheh..

Ibu tak sabar nak tunggu ufairah merangkak pulak ni,terus membesar yer sayang.insyaallah setiap pencapaian ufairah akan ibu catatkan disini buat tatapan ufairah di masa akan datang.betapa ufairah membuatkan hidup ibu dan ayah lebih bahagia.terima kasih sayang kerana memilih ibu dan ayah untuk menjadi ibu bapa ufairah.



Sunday, June 17, 2012

~rentetan cukur jambul ufairah~



Assalammualaikum..
Hari tu cerita ufairah dah cukur jambul. Ini sambungan kisah perjalanan ufairah pula.
ufairah memang di lahirkan tidak lah begitu lebat rambutnya *macam aku masa kecik kecik dulu*




ha tengok gamba kat atas ni..ini gamba belum cukur jambul .memang stok tak der rambut lah anak dara aku ni.yang ada rambut belakang jer.


Leh nampak kan rambut belakang tu jer agak lebat yang depan tak ade langsung yang ada rambut halus halus tu jer.


Lepas cukur jambul nak kena botakkan ufairah.masa proses membotakkan dia siap menguap nguap lagi ngantuk hehehe..padahal ni baru jer bangun tido.


ok sekian sahaja laporan untuk kali ini.




Thursday, June 14, 2012

~aku yang Biasa Biasa sahaja~

Assalammualaikum..

Teringat perbualan aku dengan budak opis aku tadi.dia baru sahaja di sahkan mengandung 6minggu.
Dan aku seperti biasa sebelum solat zuhur mengepam dahulu heheh..

kawan opis ~ rajin fiza mengepam.

aku ~ tak ada lah rajin mana pun..tapi kena rajinkan diri untuk bekalan anak dara tecik kat umah tu..tak lama lagi puasa dah..so kene simpan stok banyak banyak heheh..takut susu merundum masa puasa nanti.

*********************************************************************************

Aku bukan lah jenis  ibu yang susu banyak.kenapa aku cakap macam tu.sebab sekali pam tak der lah sampai dapat berbelas belas oz,paling banyak pun aku akan dapat dalam 6 atau 7 oz sekali pam.
ada ibu ibu yang dapat berbelas2 oz sekali pam sangat jeles okeh.

jadi aku hanya yang biasa biasa sahaja kena lah berusaha luar biasa.aku memaksa diri untuk pum setiap 3 jam sekali.kalau dah sekali pum tu dapat sikit maka aku kene setkan kat otak aku ni supaya pum banyak kali. "sikit sikit lama lama jadi bukit" kan.. (aikk ape kene mengena bukit dengan ini wayang hehe)


Jadual aku sangat padat bila dah ada anak ni.padat dengan jadual mengepam.aku ni plak jenis kalau pum bukan boleh seminit dua nak tunggu susu tu keluar macam air terjun kene tunggu berbelas belas minit jugak jadi aku akan berlawan dengan masa di situ.

Contohnya selepas solat subuh aku akan pum terlebih dahulu,sebab aku nak bekalkan susu fress kat ufairah untuk dia minum pagi di rumah pengasuh..ha tengok dah 20minit aku kena luangkan masa mengepam setiap pagi.kadang kadang masa mengepam tu aku bantai mekap bukan kadang kadang kot memang tiap hari aku akan mekap sambil mengepam.ikut kan hati aku malas nak mekap takut pulak orang lari tengok muka aku yang pucat datang keje :-)
aku bangsa yang senang jer mekap.letak bedak kat muka calit sikit lipstik letak sikit celak siap!!! tak ada masa okeh nak over2 mekap ni heheh..

sampai opis 8.30.lintang pukang buat keje pukul 10.30 aku pergi mengepam.sebab kat umah aku dah pum pukul 7.30 maka selangkan dengan 3 jam 10.30 aku mengepam semula..lepas pum sambung balik buat keje.keluar lunch pukul 1.30 pum lagi sekali,ni sebelum solat zuhor pulak. Dan akhirnya 4.30ptg aku akan pum lagi sekali sebelum solat asar.lepas pum solat dan kemudian kemas kemas bag pum untuk di bawa balik. malamnya sebelum tido aku usaha jugak pum.yang malam ni aku selalu fail lah.sebab bila dah malam letih sesangat.aku selalu terskip pum sebelum tido ni.rugi okeh bila terskip pum sebelum tido ni.sebab susu banyak bila waktu malam ni.untuk set jam bangun pukul 2,3pagi tak larat lah plak aku.tapi aku rasa bila puasa nanti aku wajib kot bangun pukul 2,3pagi ni mengepam.

Ada jugak kengkawan aku pum sampai 6kali masa dekat opis.memang tabik lah aku.aku ni kene jadi macam tu jugak lah.ambil semangat dari mereka yang gigih ni.gigih mengepam di waktu kerja.



rasanya dah lama tak letak gamba ufairah



Memang bukan mudah untuk memaksa diri mengepam di tempat kerja okeh..ianya sangat susah.perlukan semangat yang bukan sikit sikit tapi semangat yang berterusan.
kadang kadang dengan keadaan sekeliling contohnya kerja yang banyak aku terskip jugak jadual mengepam aku kat opis.bila dah sekali terskip tu dah rasa senang mulalah ada niat nak skip sesi mengepam yang seterusnya.tak baik okeh.sebab bila kita dah terskip sesi mengepam susu kita boleh merundum.nak ambil balik rentak susu mencurah2 bak air terjun tu ambil masa. jadi tolong jangan ajar diri mengskipkan sesi pengepaman!!! nasihat untuk diri sendiri huhuhuhuhu..




Tuesday, June 12, 2012

~ada jugak Yang Tak Tahu~

Assalammualaikum..

Perbualan bersama pengasuh ufairah

Lokasi~ di hadapan rumah pengasuh ufairah dan seorang kakak (kakak ni pun ada baby sama sebaya dengan ufairah rasenya baby dia tua 2minggu dari ufairah)

aku~hari ni ufairah nangis tak duduk dengan mak imah?

pengasuh~hari ni ufairah baik..nangis sikit sikit jer.

aku~ufairah jangan nangis2 tau,nanti susah mak imah nak buat kerja..ha tengok kawan ufairah ni (sambil memandang baby yang kakak tu dukung) tak nangis,rambut pun lebat.(almaklumlah ufairah kan tak ada rambut heheh)

kakak~yang ni memang lahir dah lebat rambut

aku~ohh macam tu.ufairah lahir memang tak ada rambut..eh kuat lah leher baby ni macam dah besar (sambil aku mencium baby tu)

pengasuh~ ha dia tak minum susu badan pun dia minum susu lactogen. (sambil memandang aku)

aku~ohh..kenapa akak tak bagi susu badan?

kakak~akak bagi susu badan masa dalam pantang jer 44hari..habis 44 hari habislah pantang anak akak minum susu badan.memang akak saja ajar bagi susu formula,senang sikit.bagi susu badan ni leceh lah.lagipun akak tak nak pantang makan ni leceh lah.kalau nyusukan baby kan kita kene pantang makan jugak.

aku~tersenyum sahaja

pengasuh ufairah~bagus susu tu budak pun tak kembong minumnyer

aku~ok lah ufairah jom balik..bye mak imah.bye kawan ufairah

p/s~aku terus cabut dari situ..tak sabar nak meninggalkan lokasi kejadian.

*******************************************************************

sebenarnya.minggu lepas ufairah ada meragam sedikit..merengek2.masa tu ufairah nak beralih bulan.nak ke 3 bulan sebab tu kot dia merengek2 serba tak kena,selalunya dia memang tak banyak ragam bagi susu terus tido.minggu tu minum susu pun tak nak.lepas dia meragam macam tu terus dapat meniarap agaknya sebab tu di meragam itu sangkaan aku jer lah.minggu ni dah ok tak meragam.
masa ufairah meragam tu pengasuh ufairah ada cakap.agaknya ufairah ni meragam sebab tak kenyang minum susu kot,akak tengok susu tu pun macam cair jer.campurlah bagilah ufairah susu formula biar dia kenyang tak nangis.masa pengasuh ufairah cakap mcm tu aku hanya tersenyum.


aku malas nak layan cakap2 yang tak memberikan aku semangat ni.tak kan aku nak bukak kelas tambahan pulak dekat ibu2 yang berpikiran macam tu bahawa betapa bagusnya susu ibu.susu yang di berikan oleh allah. perut baby kan masih baru lagi mana lah boleh di beri minum susu yang pekat pekat sebab tu allah jadikan susu ibu ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cair memang sesuai untuk di minum oleh baby tak payah kita nak susah hati lagi.lagipun susu ibu kan ada antibodi yang tak ada kat susu formula tu.


terus terang aku katakan.bila joint perbualan perbualan sepetang macam tu yang memperlekehkan susu ibu ni sedikit sebanyak mengganggu emosi aku.macam kuno giller ahh bagi susu ibu sekarang orang dah minum macam macam jenama susu!!! aku jer duk bagi susu badan lagi!!! tak moden langsung!!!

ufairah..ibu tetap akan berikan ufairah susu ibu..bialah apa orang nak kata selagi ibu mampu ibu akan berikan ufairah susu ibu.biarlah ibu susah asalkan ufairah dapat yang terbaik dari ibu.



Sunday, June 10, 2012

~bUaT uFairaH pArt 2~

Assalammulaikum..
mengambil keberkatan hari jumaat ini ibu kembali menyambung entri buat ufairah.bagi tatapan ufairah di suatu ketika nanti.
ibu dah pun menulis mengenai proses kelahiran kamu pada entri ini :-)
dan hari ini ibu akan sambung lagi pengalaman ibu seterusnya.

setelah ibu selamat melahirkan kamu ibu di tolak semuala ke dalam wad.lupa ibu nak bagi tahu.masa dokto keluarkan ufairah dari perut ibu dokto terus bagi kamu kepada nurse untuk di bersihkan.
ibu tertanya tanya di dalam hati.doktor ni tak mahu bagi ibu tengok kamu ke. semasa proses menjahit perut ibu dilakukan ibu bertanya kepada doktor pakar bius ibu "doktor anak saya lelaki ke perempuan?" doktor itu terus jawab "nanti kami bagi tau puan yer jantina anak puan" ibu hanya mengangguk sahaja.

Selepas di jahit sekali lagi ibu bertanaya kepada doktor tersebut jantina anak ibu.memang lah setiap kali chek up ufairah masa mengandung dulu ibu sudah tahu jantina ufairah perempuan,tapi itu hanya mesin ibu nak tahu jugak jantina sebenar ufairah.doktor tersebut masih memberikan jawapan yang sama pada ibu "nanti kami bagi tau puan yer jantina anak puan"

setelah semua siap sedia ibu pun di tolak ke wad biasa.semasa ibu keluar dari dewan bedah tu ibu tak nampak pun ayah ufairah di depan pintu dewan bedah tu.rupanya ibu di tolak ke wad mengikut pintu yang lain.ibu pun tak tahu berapa banyak pintu yang ada untuk keluar dari dewan bedah tu.
ubat bius masih lagi ada di badan ibu.ibu tidak boleh bergerak.lebih kurang setengah jam selepas itu (dalam lingkungan pukul 12.30a.m 2 march 2012) ayah masuk ke dalam wad ibu.ayah cium dahi ibu sambil mengucapkan terima kasih.terus ayah cakap kat ibu ayah dah pun azan dan iqamat kan ufairah,mula mula ufairah nangis kuat bila ayah kendong ufairah dan azan serta iqamatkan ufairah,ufairah terus diam sambil memandang ayah.masa ni ibu sendiri tak bertentang mata lagi dengan ufairah.ayahlah yang beritahu ibu jantina ufairah.

malam tu ufairah tak tido dengan ibu.ufairah di jaga oleh nurse di situ.mungkin di sebabkan ubat bius masih ada maka ufairah di jaga oleh nurse terlebih dahulu.

Paginya ibu bangun.ibu terus teringatkan ufairah.betapa ibu rindu untuk bertentang mata dengan anak solehah ibu ni.ibu bertanya dokto bila ibu boleh bangun dari katil.dokto kata ibu dah boleh bangun sudah lebih 6jam.bermulalah saat ibu menahan sakit selepas pembedahan.
ibu cuba bangun perlahan lahan,alhamdulillah untuk proses bangun dari katil ni tidak lah begitu menyakitkan ibu wahhhh bukan ibu kata tak sakit tapi sakit contruction nak bersalin tu berganda ganda lagi sakitnya dari sakit nak bangun selepas pembedahan ini hehe.

lebih kurang pukul 11pagi baru lah nurse tolak kamu kepada ibu..ini lah saat pertama ibu bertentangan mata dengan ufairah.ufairah tido lena.tau tak masa nurse tu tolak ufairah kepada ibu,ibu tak terus ambil ufairah.ibu biakan sahaja ufairah,sambil memandang ufairah hati ibu berkata,inilah baby yang 9 bulan ibu kandung dulu,baby yang buat ibu mabuk sehingga di masukan ke hospital 3 hari 2 malam masuk 9 botol air,inilah baby yang bergerak aktif di dalam perut ibu dan sekali sekala buat tendangan dari dalam perut ibu lalu ibu akan tersenyum sendiri,ini lah baby tanda cinta ibu dan ayah.hampir tidak percaya ibu sudah pun punyer zuriat syukur alhamdulillah.

2 march 2012 adalah malam pertama ufairah tido dengan ibu. Perasaan ibu masa tu lebih kepada takut,ibu takut untuk malam berdua dengan ufairah.macam macam pesanan wan pada ibu.jaga ufairah bebaik malam ni,jangan tido lena sangat nanti tak dengar ufairah nangis,tukar pampers ufairah nanti ufairah tak selesa.ibu cube ingat satu persatu pesanan wan. malam pertama tido dengan ufairah,ufairah langusng tak tido lene.tido 15minit lepas tu terjaga balik.melekap dengan ibu menyusu.ufairah sangat pandai.ufairah pandai menyusu dengan ibu.tak terkial kial pun pandai anak ibu.tapi sayangnya masa malam ni susu ibu tidak ada,sebab tu ufairah tak lena tido sehingga ke pagi dan akhirnya selepas subuh ada seorang nurse yang baik datang ke katil ibu bertanyakan ufairah.lalu ufairah di beri susu dari hospital(susu formula nurse tu bagi susu dekat ufairah dlm sudu dia tak bagi susu dalam botol kerana takut nanti ufairah kompius susu botol dan susu bersama ibu hospital ni tak benarkan ibu ibu memberikan susu formula kepada bayi hanya susu ibu sahaja di benarkan).sayu hati ibu bila tengok ufairah minum dengan rakusnya,menunjukan ufairah betul2 lapar.

Ibu terus talifon ayah,ufairah tak tido semalam sebab lapar susu ibu tak ada lagi.bercerita dengan ayah betapa rakusnya ufairah minum susu yang di berikan oleh nurse tu tak sedar air mata ibu menitik,ibu lantas suruh ayah belikan ufairah susu formula sementara susu ibu ada :-(
tak sanggup tengok ufairah kelaparan.

Petangnya 2 march 2012 ibu di benarkan balik.ayah terus hantar ibu balik bersama wan.ibu akan berpantang di rumah wan.dari ibu mengandungkan ufairah ibu mahu berikan ufairah susu ibu bukan susu formula.sangat sedih bila ibu pandang susu formula yang ayah belikan untuk ufairah

malam pertama tido dekat rumah wan,sebelum tido wan dah siap bancuhkan susu formula untuk ufairah,wan cakap bagi ufairah minum susu formula tu sebelum tido bia ufairah lena tido bila perut kenyang.
ibu bai ufairah susu formula tu (ibu bagi dalam botol). Tapi masa ibu bagi ufairah susu tu,ufairah tolak2 punting botol tu dengan lidah ufairah,macam ufairah tak suke.akhirnya ibu berikan ufairah susu ibu,ufairah isap dengan bersungguh sungguhnya walaupun ibu tau susu ibu masa ni tak lah begi tu banyak tapi mungkin ufairah rasa selesa di dalam dakapan ibu.di sebabkan ibu masih belum banyak susu lagi,apabila ufairah isap dengan kuat menyebabkan punting ibu berdarah..ya allah sakitnya lah masa ni sehinggakan apabila terkena air waktu mandi pun sangat sakit.wan memanggil orang urut ibu.ibu tak boleh urut seperti orang bersalin biasa sebab ibu kan operate jadi bahagian perut ibu tak boleh urut.
selepas berurut barulah susu badan ibu keluar dengan banyaknya dan ufairah pun puas minum sampailah sekarang :-)

Dan hingga kini ufairah masih minum susu ibu tanpa bantuan susu formula,hanya sehari sahaja ufairah di berikan susu formula,susu formula yang ayah belikan untuk ufairah abang adam yang minum sepupu ufairah hehe..syukur alhamdulillah ufairah masih lagi minum susu ibu.ibu akan cube berikan ufairah 6bulan susu ibu tanpa makanan tambahan yang lain.






Tuesday, June 5, 2012

~97 hari~

Assalammualaikum..

Hari ini pada tarikh 05.06.2012 ufairah telah pun melangkah setapak kehadapan.sudah pandai menyiarap buat pertama kalinya :-)

Sudah besar anak aku.sudah pandai menyiarap tak lama lagi pandai merangkak,berjalan dan berlari hehehe.Sungguh aku bersyukur.

Tapi kepandaian dia ni belum pun dia tunjuk depan aku.cuma petang semalam seperti biasa ambil dia di rumah pengasuh.pengasuh terus report kat aku ufairah dah menyiarap.
aku dengan tak saba nya bawak ufairah balik dengan harapan bolehlah tengok dia menyiarap..ermmm haramm..balik umah nyusu terus tido sampai ke pagi huhuhu..harapan tinggal harapan..tak saba nak abiskan amsa ujung minggu ni dengan ufairah,pasti aku boleh tengok dia menyiarap kan.dan di sebabkan tak dapat tengok dia menyiarap lagi maka gamba pertama dia menyiarap tak dapat lah di tepekan di sini
tunggu dia nyiarap depan aku akan aku zasssss ambik gamba dia hehe..patutlah ufairah meragam kebelakangan ni rupanya nak menyiarap hehe..