JellyPages.com

Wednesday, January 9, 2013

Rumah

 Assalammualaikum..
 
Minggu lepas hari ahad 06.01.2012 aku dengan En Nua berkesempatan untuk melawat mahligai indah kami yang sedang dalam proses pembikinan..ayat tak nak kalah mahligai indah bagai..
Mahligai indah lah bagi aku sekeluarga. Tempat dimana ufairah akan dibesarkan..
kali terakhir datang ke tapak projek ni masa bulan 5 tahun lepas 2012. Masa tu baru pecah tanah..Apa yang ada cuma jentera tolak tanah bagi rata..
 
 Dan setelah 7bulan masa berlalu En Nua ajak aku pergi tengok lagi sekali. Sebab dalam perjanjian rumah ini akan di serahkan kepada pembeli pada hujung tahun 2013.
Aku tak sangka pulak sebanyak ini progres rumah tu..Terperanjat bila tengok sudah ada bentuk rumah aku membayangkan dinding dinding yang baru nak bina jer..iyelah ada setahun lagi masanya.
 
 
 
Ini kawasan dapur..tengok kat belakang dapur ni pun ada sebaris rumah yang sama jugak..kira satu taman lah..kalau tak silap aku ada 63bijik rumah kat sini.
 
 
 
Ini dua bilik yang berkongsi bilik air yang sama..
 
  
 
ufairah bukan boleh lelama kat sini..muke bosan jer..heheh..so tengok lelebih kuang pastu keluar..kang cik kak kita tu nangis satu hal pulak..
 
 
 
 
sah ufairah boring giller projek ni heheh..ini bilik depan..kalau tengok kat lua tu ada nampak atap rumah setinggan pekerja indon kat sini..ramai betul diorang kat sini pastu kerja dari pagi sampai pukul 10malam mana tak laju progres rumah ni.Indon tu cakap kat En Nua bos dia nak suh siap bulan 6. nanti bulan 6 dah nak bagi kunci..matiklah duit tak cukup lagi nak kumpul hukhukhukhuk
 
  
 
Haaaa...ini BUKAN rumah aku..En Nua skodeng rumah orang..rumah ni dah complete sepenuhnya. tunggu nak buat pagar depan tu jer lagi..dalam rumah semua dah setell.. rumah sebelah tu pun dah siap..tak dapat tengok umah sendiri skodeng umah orang pun jadilah..patu skodeng bawak anak dara aku..cehhh..
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, January 8, 2013

Kikok kuning

 Assalammualaikum..
Bila pewot lapa memang rajin meroyan kat sini..pagi tadi sebelum meeting sebat sebungkus nasi lemak..masa meeting sebat pulak kuih pulut panggang dua ketul.. pastu En Nua ajak lunch pewot kenyang lagi tapi sekaranggg sudah menyanyi lagu dangdut..macam mano lah eden nak kurus macam ni..kojo ehh asik nak makan yo..
 Dulu masa ngandung ufairah naik berat badan sampai 30kg ufairah lahir 2.59kg jer kahkahkahkah..kg yang lain bermastautin dalam badan aku huwaaaaa!!!!
 
 
 
Ufairah dengan abang adam.. ni kikok abang adam ufairah nak jugak naik lagak macam orang besar.. Tengok tangan siap pegang tumbul tu jadi boleh naikan pengaut yang depat tu.. kikok ni nama ayah ufairah yang bagi..dulu dia kecik kecik panggil benda alah ni kikok singkatan pada KAKI BENGKOK.. kikok pun kikok lah..yang penting senyum meleret puas hati naik kikok :-)
 
 
 
  
 

malukkkkkkk!!!!!

 
Assalammualikum...
Rasanya lama tak tepek muka sendiri kat sini..asik asik muka ufairah jer!!!! Bukan kat sini jer kat pesbukk pun lama dah tak letak gamba sendiri.
Ni gamba semalam..  
jemput ufairah dari rumah mak imah..tengok tengok mak imah ikatkan dua rambut ufairah..Over tau mak imah ni. Rambut ufairah sejemput tu di ikatnya dua. Setiap hari ada jer getah atau sepit rambut baru ufairah mak imah beli.aku pun baru jer sekali belikan ufairah sepit rambut mak imah dah berkali kali dah..
 
 
 
 
 
Ada satu jer nampak rambut ufairah yang di ikat sebenarnya sebelah lagi tu pun mak imah ikat jugak tak nampak dalam gamba..
 
 
 
pipi ufairah macam melayut layut..kahkahkahkah..
 
 
Jelingan manja..tapi mak dia tetap mantain pandang camera hehehe
 
 
 
Anak dah naik bosan dah tangkap gamba mak tetap mantain lagi tersenyum sana sini..dah macam hape dah ambik gamba dengan ufairah dalam kete minah ni bukannya boleh duduk diam..senget senget tudung mak ehhh..
 
 
Gamba no 2 dan no 3 tu aku upkan kat pesbuk malam tadi.. punya lah malu up gamba sendri kat pesbuk..dah lama tak letak gamba sendiri asik gamba ufairah jer.Bila letak rase malu lak aiii.. Rase nak lari masuk bilik tekap muka kat bantal..malukkkkkk bangatttttttt..
 
 
ok babai.. rase maluk lagi ni up gamba ni kan belog pulakkk..
 

Sunday, January 6, 2013

Tepuk amai amai..

Assalammualaikum..
Sekarang benda baru yg ufairah boleh buat ialah tepuk tangan,makan sesuap dia tepuk tangan,merangkat sikit tepuk tangan.. Semuanya nak tepuk tangan,jari jari tu da la tecik je bile tepuk kemain slow bunyi gigit kang baru tau..




Thursday, January 3, 2013

3 Hari..

Assalammualaikum..

Apa yang 3 harinya?? dah 3 hari ufairah bekerja di tahun baru ni hahaha.. 3 hari dah ufairah kena angkut ke opis aku. Mak imah(pengasuh ufairah) mintak half day 3 hari ni sebab nak teman anak dia masuk darjah satu. Tapi pukul 11pagi dah boleh dah hanta ufairah ke rumah dia semula.

Terpaksalah anak dara kecik tu mandi pepagi buta.. iyelah tak kan nak bawak ke opis tanpa mandi kan..dah santek santek dah lawa lawa baru bawak ke opis..
Sampai opis memang ramai lah yang nak melayan dia.
Mula mula ufairah akan lepak kat opis ayah dia dulu. aku dan suami kan satu opis cuma lain tingkat jer.. sementara dia lepak kat opis ayah dia aku setelkan kerja yang memerlukan aku setel pepagi..lepas aku setelkan kerja aku baru bawak ufairah kat tempat aku. ayah ufairah pulak nak setelkan kerja dia.sampailah pukul 11pagi.Begitulah rutin ufairah 3hari ni. ha tang nak tido pulak...ini memang susah sikit.. Maklumlah ufairah tido nak berbuai.
Mana lah aku nak sangkut buai kat opis ni, dodoi dodoi sambil dukung ufairah lah aku tiap pagi dia nak tido.
Syukur alhamdulillah tak ada lah ufairah buat hal..cuma nak tido tu jer lah dia merengek sikit lepas tu selamat dah tido..

Begitulah asam garam bila kita memilih untuk tinggalkan anak ke rumah orang (pengasuh) berbanding memilih ke nursery. kalau dekat nurseri sorang cikgu yang cuti akan digantikan dengan cikgu lain, jadi kita tak perlulah nak susah susah kalau cikgu yang jaga anak kita tu cuti.lain pula perihalnya bila kita hanta anak kita ke rumah orang, bila dia cuti kita pun terpaksa cuti sekali, tak ada sapa yang nak gantikan dia.

Tapi aku memang pilih untuk hanta ke rumah pengasuh ni. kebetulan pulak pengasuh ni hanya jaga ufairah seorang jer. aku nak ufairah membesar dalam suasana keluarga.berbanding dekat nursery tu kan ramai bebudak lain dah macam sekolah pulak kan.8jam dia berda di sana..aku nak ufairah betul betul selesa,bukan lah aku kata nursery ni tak selesa, cuma kalau di beri pilihan aku lebih ke arah hanta anak ke rumah pengasuh biapun kadang kala akan menyusahkan kita macam kes pengasuh nak cuti kita pun terpaksa cuti.tak apa lah kita berkorban sikit.

Tapi nak hanta anak ke rumah pengasuh pun ambil kira jugak berapa orang pengasuh tu jaga budak..kalau dah 3,4 orang budak yang dia jaga termasuk anak kita baik tak payah.baik hanta kat nursery jer kalau macam tu. sah sah kalau dekat nursery tu cikgu cikgunya ramai boleh tolong tengok tengokan anak kita berbanding pengasuh sorang yang jaga 3,4 orang budak.
Ikut lah keadaan bila memilih untuk hanta anak ke nursery atau ke rumah pengasuh.
Macam aku dulu seminggu sebelum hanta ufairah ke rumah pengasuh aku dah menangis setiap malam. Membayangkan ufairah akan di tinggalkan di rumah orang,boleh tak pengasuh tu jaga ufairah,dah lah tak kenal pengasuh tu dah macam macam benda negetif lah yang aku pikir. Kita tak boleh nak harapkan pengasuh tu jaga anak kita 100% macam kita jaga anak kita. Lain orang lain cara kan. Tapi kan kadang kadang orang lain ni akan lebih elok jaga anak kita dari kita sebab dalam minda diaorang akan set "jaga betol betol anak orang ni, kang mak bapak dia kata apa pulak,kalau anak sendiri tak apa".. Moga anak anak kita baik baik sahaja sama ada berada di rumah pengasuh mahupun berada di nurseri insyaallah. Sama samalah kita berdoa.. amin..








happy new year!!!!!!!!!

Assalammualaikum..
Entri pertama di tahun 2013..
baru hari ni berkesempatan untuk menulis.. Selamat Tahun Baru semua. moga impian tahun lepas dah dapat di capai. tak pun bawaklah impian tahun lepas ke tahun ini.Salah ke..sukehati lah kan heheh..


Banyak suka duka tahun lepas.
Tahun 2012 jugak lah melakar sejarah dalam hidup aku. Di kurniakan anak alhamdulillah. bertukar status ke ibu muda. muda ke?? hehehe.


kalau tahun lepas di awal tahun macam ni aku tengah sarat mengandungkan ufairah.. Masa tu tak kira sangat new year ke apa ke yang aku kira kandungan aku dah berapa minggu.. dah nak 40minggu dah nak hampir ke penghujung perjalanan mengandung, perasaan jangan cakap lah..pelbagai rasa. pertama pikir macam mana sakit bersalin tu.. puas penuhi dada ni dengan membaca pengalaman bersalin orang. supaya yang baik boleh diambil dan yang buruk boleh di buat tauladan,
tak dapat nak imagine macam mana sakit bersalin. Akhirnya 1 Mac 2012 dapat aku rasa sakit bersalin tu macam mana. ufairah lahir 2minggu awal dari tarikh yang di jangka. Nasib tak terberanak 29 feb 2012 kalau tak kesianlah ufairah 4tahun sekali sambut birthday hehe..


Bermula saat tu rutin hidup aku berubah 100%. Balik Palong 2 untuk berpantang. 2bulan aku memerap kat kampung. Pengalaman berpantang pun best jugak. tahun 2012 kali pertama aku rase pengalaman berpantang tu. Makan kena pantang, semua kena pantang. Yang paling best tengok tv pun aku kena pantang. hahaha.. tengok tv tak boleh lebih 2jam dalam satu satu masa.. nak tengok industan jangan harap lah dapat tengok sampai habis, pukul 9malam dah kena tido alasan mak aku suh tido awal nanti memalam ufairah akan kerap bangun untuk susu.tengah pikir tahun dua ribu berapa belas pulak aku nak berpantang lagi sekali (*_*)


Tahun 2012 jugak ada rezeki aku sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri. sekarang rumah tu dalam pembinaan. mungkin hujung tahun ni siap. Rumah tu tidak lah besar mana tapi cukuplah untuk keluarga kecil kami berteduh. kalau nak besar besar mahu gugur segala bulu aku nak bayar setiap bulan. Jadi ukur baju badan sendiri.. supaya tidak menyusahkan mana mana pihak di kemudian hari.Biarlah kecik asalkan kita bahagia dan selesa anak beranak.kan kannn kannnn..


Tahun 2012 jugak aku berpengalaman langgar orang..kahkahkah..ehh suka pulak langgar orang.. sebenarnya bukan aku langgar orang tapi aku rasa orang tu yang langgar aku. Tapi disebabkan dia naik moto jadi aku terus set kat kepala otak aku ni aku yang langgar dia hahahah..
habis ranap bumper depan kete aku. pengalaman jugak tukan..harap tahun ni tak mau lah pengalaman tu.Tapi apa lah hidup kalau tidak ada jatuh bangunnya kan. semua pengalaman mendewasakan kita. Cukuplah sampai sini sahaja perkongsian kisah hidup aku tahun lalu. yang lain lain kita lipat kemas kemas simpan dalam hati.

sebelum menamatkan entri ini. semalam ufairah dah pandai minum guna straw. kelakar bila tengok dia minum.. pastu skang memacam bunyi dia boleh buat.. pandai kena marah..pandai nak ajak main..pandai main kejar kejar eehh bukan lah kejar kejar dia merangkak jer pun yang tau,cuma bila dia merangkak kita kejar dia dari belakang tau lah dia nak merangkak cepat cepat sambil mulut bunyi bunyi sama laju dengan kaki yang merangkak (*_*)

Salam Tahun Baru dari kami sekeluarga
ayah ibu dan ufairah..







Thursday, December 13, 2012

Masih Bertahan

Assalammualaikum..
 
Ingat tak hari tu ada entri mengenai kemerunduman pengeluaran susu untuk ufairah. Entri ini  Abis apa sudah jadi sekarang.. Adakah ufairah masih ada rezeki untuk menyusu ibu??.. 
Syukur alhamdulillah.. masih ada rezeki untuk ufairah. Aku masih lagi meneruskan sunnah ini.syukur ya allah.kerana di beri kesempatan untuk menikmati saat saat indah ini. Serius sepanjang tempoh penyusuan ini adalah tempoh yang paling indah aku bersama ufairah. Sebab tu bila tiada produktiviti susu untuk ufairah tempoh hari aku punya sedih tak dapat digambarkan.
 
tapi disebabkan lebih dari 3minggu tiada pengeluaran susu hari tu maka stok susu EBM ufairah pun semakin sikit. Aku tengah gigih untuk kumpul stok susu untuk ufairah semula..
 
Masa tak ada susu tu kan aku ada cakap aku minum teh untuk memperbanyakkan susu kan.
Gambar dari encik google
 
Kali pertama minum memang kuat bau ginsengnya tu. tapi bila ingatkan kebaikan untuk memperbanyakan susu aku telan jer. aku punya pandai minum letak sikit gula, so rasa dia jadi macam manis manis sikit. tak kisah lah manis ke tak asalkan aku dapat telan masuk mulut heheh.
kiranya membantu jugak tea ni. walaupun bau dia agak tidak menyenangkan tapi syukur sebab allah gerakkan hati aku untuk mencuba.
 
Tapi masa kali pertama minum tu susu tak jugak keluar memancut macam air terjun tu. sehinggalah aku pinjam novel kakak kat opis ni. sambil menunggu susu keluar aku baca novel tu. lama nak
tunggu susu keluar. jadi aku tak ada lah asik pikir 'bila susu nak keluar' sebab aku dah leka baca novel tu.  maka tak adalah aku tension heheh.
 
 
 
 
Gambar dari encik google
 
Setiap kali mengepam aku baca novel. Agaknya aku memang suka baca novel. benda yang aku suka buat sambil mengepam maka tiada tekanan perasaan di situ dan susu boleh keluar dengan jayanya. Betul lah tak boleh stress bila mengepam ni.. Masa tak ada susu hari tu ramai yang tanya aku stress ke?? banyak keje ke? semua aku jawab tak.. memang aku tak stress apa apa pun time tu. keje tak banyak pun kat opis ni.. rupanya bila aku pikirkan balik..aku stress bila memikirkan susu tak keluar..terus lah susu pun tak keluar. jadi jangan stres stres yer kengkawan apabila tengah mengepam hehehe..
 
Abis aku khatam baca novel tu kakak kat opis aku ni punya lah baik hati Angkut beberapa buah novel koleksi dia untuk aku baca sambil mengepam. sukeeeeeeeeee..
Pastu aku dah cakap kat ayah ufairah, selain peralatan mengepam tambah lagi satu list kat belanjawan penyusuan ufairah iaitu list resit novel hehehe.