JellyPages.com

Wednesday, November 7, 2012

JIWA KACAU..

Assalammualaikum..
Selamat pagi..Mood tak berapa nak baik.. Hati risau.. Hati hiba.. Hati sedih.
Benda yang paling aku takut sepanjang perjalanan menyusukan ufairah menjelma jua akhirnya. Minggu ni dah masuk 3minggu tiada produktion pengeluaran susu untuk ufairah.. Tak tahu apa salahnya, mana yang tak kena susu langsung tak mahu keluar.
 
Ya allah..sedihnya hati ini bila memikirkannya. Saat menulis entri ini juga terasa amat sebak..menahan empangan air mata supaya tidak banjir melimpah ke pipi.
Niat hati untuk menyusukan ufairah secara eksklusif selama dua tahun mungkin akan berkubur pada bila bila masa sahaja.
Stok susu ufairah semakin menurun.sayu sangat hati bila chek stok susu ufairah.
 
Ufaiah ibu dah cuba sehabis baik..semua benda ibu makan untuk banyakan susu sehinggakan ayah belikan ibu teh untuk banyak susu pun ibu minum..teh tu baunya ibu tak boleh tahan. Seperti bau ginseng cina, tapi ibu gagahkan jugak minum demi memperbanyakan susu ibu. Untuk menambahkan motiovasi ibu, ayah yang minum dahulu teh tersebut dan ayah terus cakap "ha tengok B dah minum dah sikit teh ni,biasa jer rasenya,bau akan ilang bila ayang masukan air teh ni dalam mulut,lepas tu terus telan" bila tengok ayah dah minum dengan muka yang slamber ibu pun minum. Ternyata kata kata ayah tadi hanya dusta semata mata.Hanya untuk menaikan semangat ibu. Hampir ibu termuntah minum teh tersebut.Cepat cepat ibu makan benda lain untuk ilangkan bau ginseng tu dalam mulut.
Penat tak ada susu ibu tuka semua peralatan mengepam. Ibu pujuk hati ibu mungkinkah peralatan mengepam ini yang punca ibu tak ada susu.  Setelah tuka semua peralatan mengepam ibu masih tidak ada susu jugak. Hari hari ibu mintak ayah doakan ibu selepas solat banyakan susu, ibu juga pesan dekat ufairah supaya doakan ibu banyak susu.
 
Seandainya ibu terpaksa berikan ufairah susu lain selain dari susu ibu ibu mintak maaf. ibu dah lakukan sehabis baik..ibu suka saat saat ufairah menyusu dengan ibu. Bila dah besar ni tiap kali menyusu ufairah akan mengusap ngusap muka ibu sambil menyusu. kepala ufairah akan berpeluh peluh ibu selalu akan menyusap ubun ubun ufairah sambil selawat dan berdoa ufairah akan jadi anak yang solehah bekalan ibu bila dah meninggal nanti. Bila ibu makan ufairah akan beria ria tengok apa yang ibu makan dan ibu akan cakap dekat ufairah,ufairah akan rase juga apa yang ibu makan ni nanti bila semua zat yang ibu makan menjadi air susu.
 
Moga allah mempermudahkan perjalanan penyusuan kita ufairah. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita. Ibu berserah segalanya kepada ketentuan dia. Ibu tidak akan berputus asa. walaupun setiap kali mengepam tiada susu yang keluar ibu akan teruskan mengepam juga. Moga allah memberi rezeki kepada ufairah dan ibu..amin.
 
 
 

No comments:

Post a Comment