JellyPages.com

Tuesday, September 26, 2017

38W 6D

Assalammualaikum..

Pepagi lagi dah drama.. pukul 1.30 pagi terjaga sebab sakit perut.. pikir ni misti nak membuang ni.. gagahkan diri dalam mamai mamai tu pergi toilet..
setel semuanya hajat hati nak sambung tido semula.. tapi sakit datnag lagi.. mulalah terpikir ini sakit nak bersalin ke ni..

terus ambik hp untuk monitor berapa minit sekali sakit datang.. ada lah dalam 10minit sekali datang.. aku pun monitor sampai pukul 3pagi.. En nua dah ajak pergi hospital.. aku kata ini belum sakit sangat lagi ni.. sakit ni leh tahan lagi.. kalau betul pun sakit nak bersalin lambat lagi bersalinnya..

aku suruh En nua sambung tido.. lama lama aku pun tertido..Pukul 5pagi aku terjaga.. terus aku terpikir kalau betul sakit nak bersalin tak mungkin aku boleh tertido.. masa ni dah kompius ini sakit nak bersalin atau false alarm je ni.. lepas solat subuh sakit tu semakin sikit.. tak sakit sangat perot ni..

Jadi aku kata dengan En nua bersiap je lah pergi opis.. lagipun kalau sakit kuat kat opis dah dekat dah dengan hospital.. kalau tak sakit teruskan je lah buat keje dekat opis..

pagi tu sampai depan umah mak imah lebih kurang 7.30pagi.. tetiba sakit perut dengan pinggang.. terus cakap kat mak imah nak pergi hospital.. aqil dan ufairah tinggal dekat rumah mak imah.. ufairah tak pergi lah sekolah hahah..

Sebelum nak pergi hospital tu aku sempat suh en nua beli nasik lemak depan simpang umah mak imah tu.. lapa hahahaha.. makan dalam kete je tapi tengah tengah makan tu sakit perut dan pinggang ni semakin hilang.. ehh memain plak sakit ni.. tadi depan umah mak imah sakit sampai tak leh nak bercakap sekarang tengah makan tak sakit plak..

aku kata dekat en nua kita pergi opis je lah.. tak jadi lah aku pergi hospital hahaha.. masuk opis buat kerja macam biasa hahah.. masih gagah perkasa lagi tiada plak sakit tu datang hahaha


Balik dari keje jemput ufairah dengan aqil macam biasa.. cerita lah dengan mak imah drama yang terjadi satu hari ni hahahah..

bawak ufairah pergi makan.. ufairah baru baik demam.. tu yang ikutkan tekak dia nak makan apa


besar dah anak dara ibu ni.. nanti bila sentap ayatnya 'ibu tak sayang adik kan" adik dah nak dua ni pun tetap bahasakan diri dia adik hahaha..



ufairah ni memang susah nak tengok dia makan.. bila suruh makan kekadang sampai gadoh gadoh dengan dia.. 



kemain lagi main suap suap dengan ayah.. anak dara ayah sangat




ayah plak suap suap ufairah.. aku perati je.. hahaha anak dara dah besar cepat betul masa berlalu.. rasenya baru semalam lahirkan ufairah..



muhammad aqil razin bin mohd anwar.
ini budak sangat garang.. selalu buli kakak.. selalu ajak kakak main lawan lawan.. kalau kakak tak nak main lawan lawan dengan dia terus menangis.. kaedah paksaaan  dia dekat kakak.
hahahahah

ok ini sahaja hari drama sinetron oleh baby hahahah.. ibu tak kesah lah baby nak kua bila pun.. bak kata wan.. dah tiba masanya nanti keluar lah baby ni..


















Tuesday, September 12, 2017

37 W

Assalammualaikum..

Setelah sekian lama tidak update blog ini.. bukan setakat berhabuk blog ni bersawang semua ada.. bertahun  tak bukak blog sendiri..

ini namanya testing 1,2,3.. kembali mengupdate.. itu pun tergerak nak bukak blog ini sebab tak lama lagi aku akan melahirkan anak yang ketiga..

dulu masa bersalinkan Aqil aku cerita setiap detik kelahirannya di sini.. jadi kali ini aku akan cuba untuk menulis di sini sebagai kenangan aku di masa hadapan kelak..

iyer di saaat ini aku mengandung 37w.. jika ikutkan aqil bersalin dalam minggu 38w ufairah pula 39w.. harap baby kali ini mengikut jejak langkah kakak dan abangnya.. lahir sebelum due.


next time kita update proses kelahiran baby plak ye..

doakan yang terbaik untuk aku.. aminnnn



Wednesday, May 20, 2015

AQIL RAZIN

Muhammad Aqil Razin

Assalammualaikum..

Setahun berlalu tiada sebarang update pada blog kesayangan ni..
iye betul aku telah pun punya dua cahaya mata penyeri dan penguat semangat aku..
pengalaman bersalin aqil yang sangat berharga bagi aku.. DUe date Aqil pada 1 feb 2015.. seperti ufairah lahir sebelum tarik due aku juga menjangkakan seperti itu untuk kandungan kedua ni..lagi pula bila dah pertengahan bulan januari badan rase sangat tak berdaya cepat penat dan serba serbi tak kene

20 Januari 2015
hari selasa.. balik kerja seperti biasa. sebelum sampai rumah aku dan en nua akan singgah makan kat kedai biasa aku makan tu..mengandung kali ni memang aku tak masak balik kerja.. kandungan cecah 7bulan je aku dah tak larat masak.. tak larat nak berdiri lelama waktu memasak tu. Jadi tiap hari lah makan luar.
menu aku hari tu nasi goreng kampung.. esok 21 januari 2015 aku ada appoinment dengan dokto untuk ambik darah. nak tengok gula dalam darah jadi aku kena puasa dari malam ni..

10 malam.
selepas balik makan nasi goreng kampung tadi balik umah seperti biasa..lakukan kerja kerja hakiki dan terus masuk tido. Memang aku masuk tido awal masa mengandungkan kali kedua ni.faktor usia barangkali cepat sangat letih.

12 malam
Terbangun dari tido rase seperti sakit perut.. temenung sekejap kat katil..ini sakit perut apa..sakit perut nak bersalin atau sakit perut nak 'membuang'.. sebab minggu lepas ada gak sakit mcm ni..rase mcm sakit nak bersalin dah lepas tu sakit tu hilang dengan sendirinya.jadi sakit kali ni buatkan aku kompius sekejap..
maka aku andaikan ini sakit perut nak "membuang" je.. selepas membuang aku pun sambung tido..

21 Januari

3 Pagi.
terbangun lagi.. sakit perut datang lagi.. ok kali ni aku dah kompius tak kan sakit perut nak membuang lagi kan. Jadi aku dah mula tengok jam. sakit contraction ke apa ni.. bila aku tengok jam sakitnya konsisten setiap sepuloh minit sakit jadi aku tau ini hint pada sakit contruction aku..
yeahhh akhirnya sakit contruction betul dah datang yang sebelum ni sakit memain kejap sakit pas tu hilang dengan sendirinya..


3.30pagi
kejut en nua kata sakit perut dah.. tapi masa ni boleh tahan lagi lah macam malas nak pergi hospital awal awal kan. Tapi en nua suh jugak aku siap sebab kalau tunggu hari makin pagi nanti jalan jem dia tak nak ambik risiko. aku pun bangun mandi..punyalah lama aku mandi pepagi buta tu..bersihkan diri sebersihnya sebab hari ini pastinya hari yang panjang bagi aku..

4.30pagi
keluar dari rumah..sebelum keluar rumah siap call mak imah (pengasuh ufairah) kata aku dalam perjalanan nak ke hospital ufairah akan aku tinggal kan kat rumah mak imah. Sempat en nua singgah 7elevan kat rumah aku tu beli top up kang apa apa hal senang. Sampai rumah mak imah, bagi ufairah kat mak imah. ufairah tdo lagi masa tu..aku peluk dan cium ufairah.. mata dah berair tahan sebak.. mak imah kata jangan risaukan ufairah. aku senyum n mintak mak imah doakan yang terbaik untuk aku.
Sebelum sampai hospital en nua tetiba plak nak ke toilet. Singgah stesen minyak BHP en nua nak melepaskan hajat..nampaknya dia lagi nebes dari aku heheh

5.30pagi.
Sampai hospital.. aku tengok tak ada orang pun kat kawasan kecemasan ibu mengandung tu. terus masuk serahkan buku pada nurse yang bertugas.tak lama lepas tu nurse panggil.check tekanan darah.
dokto sampai check bukaan. masa tu bukaan dah 2cm. dokto terus arahkan aku masuk wad.

6.00pagi.
Masuk wad dah..aku solat kat tepi katil.. En nua pun solat kat tepi katil tu je..masa ni memang dah sakit tapi boleh lagi borak borak dengan en nua..


8pagi..
dokto masuk check bukaan aku.. masa ni bukaan dah 3cm. Dari subuh hingga pukul 8pagi bukaan baru 3cm.dokto suh aku berehat dulu dekat katil.. masa ni aku rase macam dah tak boleh nak berehat sangat sakit tu dah datang dengan kerap.

12tengahari
Bukaan dah 4cm. dokto dah arahkan aku masuk labour room.. tapi masa tu labour room penuh jadi aku duk dulu kat wad.. sakit masa ni dah tak leh cite dah.. sambil tu nurse kat wad suh jugak aku makan..takut kang tak ada tenaga nak meneran. Dah sakit macam ni mana lah aku ada selera nak makan.. cuma aku minum air je lah. Sempat en nua belikan aku air susu kotak..itulah yang aku minum untuk alas perut.

2 Petang
Bukaan masih 4cm. Aku di tolak ke labour room..masa ni wan ngan atok pun sampai..salam dan cium2 wan terus aku masuk labour room. Tak boleh nak bercakap banyak sangat masa ni..sakit dah tak tertahan. Bibir dah start kering.. dah tak tau nak bernapas melalui idung, bernapas melalui mulut untuk tahan rase sakit.

3petag
sakit yang amat sangat sampai menggigil kaki tahan sakit. aku mintak epidural kat dokto. walaupun aku tau kesannya keatas aku nanti bila ambil epidural..aku tak peduli. yang aku tau aku nak melalui saaat ni dengan tenang jadi aku perlukan bantuan epidural lagipun aku tak tertahan sakit contruction tu..

4petang
dokto bagi epidural ..masa ni aku dah tak tengok jam sangat asik melayan sakit..bila dokto bagi epidural tu sakit contruction berkurang..aku boleh tertido sekejap dalam labour room tu.sempat jugak aku pesan dengan en nua pergilah keluar makan.. dia pun tak makan seharian..

5 Petang hingga 10 malam.

Dokto terus check bukaan aku..dalam pukul 9mlm tu bacaan bukaan dah 8cm. Bila dah 8cm ni sakit contruction lagi kuat walaupun ada epidural sakit tetap kuat.. masa ni lah aku rase waktu berjalan begitu lambat sekali..

10.30 malam.

Dokto check lagi sekali bukaan. dah 10cm. terus dokto kata kat aku "ok mummy dah 10cm jum kita meneran" jum jum dakto ni macam jum ajak aku tengok wayang je.. senang je dia jum jum heheh
dokto terus suruh aku meneran..walaupun pada masa tu aku langsung tak rase nak meneran..aku pun ikut je cakap dokto..ambil nafas dalam dalam meneran..

10.58 malam
lahirlah bayi lelaki seberat 3.70kg setelah hampir setengah jam aku meneran..bila taip ni aku pun tak sangka aku mampu melahirkan aqil secara normal..syukur ya allah atas nikmatmu.


Nikmat yang tak terhingga merasa pengalaman bersalin ni..biarlah aku abadikan di sini..jika ada rezeki aqil membacanya suatu hari nanti ketahui lah aqil ibu sanggup gantikan nyawa ibu demi anak anak ibu aqil dan kakak ufairah.





























Thursday, January 23, 2014

sebulan dah..




Sebulan dah..
sebulan dah aku berpindah.. sebulan jugak lah aku mengadap jem yang entah apa apa tiap pagi dan balik keje..
aku akui aku sangat manja yang selama ni tak pernah hadap jem pergi dan balik keje.. sekali hadap jemm rase macam nak nangess.. tapi nanges dalam hati je lah.. tak kan nak nanges depan en nua lak kan..

sebulan jugak berjirankan jiran baru..kalau duk umah lama dulu memang aku tak ambik kesah langsung tang jiran ni..balik keje masuk umah tak kua kua.. kalau sabtu ahad tu..cuti dua hari..dua hari jugak aku tak kua rumah.. sampai ada sekali tu ufairah nanges2 tunjuk pintu nak keluar bohsan gamaknya dua hari terperap dalam umah tak keluar..tapi sekarang untuk awal awal ni aku ambik tau jugak lah siapa jiran jiran aku.. wan dah pesan kenal kenal jiran ni.. esok lusa sakit pening jiran lah orang yang terdekat dengan kita nak kita mintak tolong.. nak harapkan pertolongan saudara mara di kampung lambat lah sikit.. baikk lah wannn..nasib baik jiran jiran aku semua melayu..
tapi macam biasa lah duk lepak tiap petang borak2 ni bukan lah jiwa aku.. aku lebih suke duk lepas depan tv sambil makan kopok itu adalah lebih afdal.
keperatusan untuk aku terperap dalam rumah walaupun hari cuti agak tinggi lepas ni..

Tapi bukan bagi ufairah yer.. ufairah sangat mesra alam.. tak boleh sikit dengar orang huru hara main depan umah mulalah lehe dia panjang dan tangan tunjuk ke pintu nak keluar bermain.. ahad lepas ufairah tido dari pukul 3petang sampai lah pukul 6..bangun tido terus aku tanya dia "peya nak milk?" selalunye selepas tido yang agak lama tu pasti dia akan angguk nak milk.. jangkaan aku meleset.. niat untuk milk terkubur bila dengar riuh rendah di luar kanak kanak bermain.. dia boleh lupa nak milk asalkan dapat bermain di luar.
selagi tak azan selagi tu masuk..tu perangai anak dara aku sekarang ni..


bulan depan ufairah dah 2tahun.. cepatnya masa berlalu kan.. macam tak caya ufairah dah pun 2 tahun.. sikit hari lagi boleh lah bercakap ufairah..sekrang pun bukan main lagi banyak cakap.. hari tu balik keje jemput ufairah rumah mak imah.. macam biasalah aku berdua dengan en nua akan borak2 dalam kereta sambil hadap jem tu.. aku rancak berborak ufairah lagi rancak bercakap..berdiri tengah tengah antara aku dengan en nua sambil bercakap yang semua butirnya tak paham dah bercakap bahasa german dia laju pulak tu yang lagi kelakar sangat kuat.. bayangkan aku tak leh dengar en nua cakap apa bila ufairah dah membebel sebelah kitaorang.. terus en nua cakap kat ufairah "ufairah perlahan sikit cakap tu ayah nak cakap dengan ibu" ..ada potensi kerja membebel kat umah akan di ambil sepenuhnya kat ufairah ni..

tak ada dah kot yang aku nak laporkan sepanjang sebulan pindah kat sana selain jalan jem ya menguji kesabaran jiwa dan raga aku suami isteri.. ok ketemuk lagi di laporan yang seterusnya.. tahap kemalasan nak update belog ni memang dah tahap dewa ni.. bbukan main malas aku nak buka page PIJON ni.. muahahaha.. mungkin faktor umur mempengaruhi segalanya (*___*)



















Tuesday, January 14, 2014

Rezeki



Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang bermaksud:

    “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa  yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul  siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
 
 
*****************************************************
 
 
 

Monday, December 23, 2013

Pindah 21 dec 2013




Assalammualikum..

Tanggal 21.012.2013 (sabtu) aku selamat dah berpindah rumah.. bye bye sungai besi welcome semenyih..
sebulan sebelum pindah aku dah start packing barang.. sebab aku tau kemampuan diri aku yang sangat manja ni.. letih sikit tak boleh.. lenguuh sikit tak boleh.. manja sangat heheh
tapi kalau yang tak semanja aku..setakat barang dalam rumah aku yang tak banyak mana tu seminggu jer dah boleh setel kot semunya heheh..

Bila aku packing barang ,lepas jer basuh rumah aku dengan en nua dah angkut dah sikit sikit kotak ke semenyih.. atok mengotakan janji dengan belanja duit sewa lori hahahah.. tak sia sia pau atok..
ngam ngam pulak tu semua barang sumbat dalam lori tu..

wan siap bawak bekal dari kampung.. tinggal makan je.. pastu semua orang sibuk lapa bukak dulu nasi bekalan wan kat umah sungai besi.. lepas semua kekenyangan baru diaorang angkat barang umah masuk lori..
kenyang perut senang hati kan..


lepas angkut barang dalam lori semua orang sekali konvoi dengan lori menuju ke rumah semenyih.. hujan sangat lebat petang tu.. aku tak risaukan barang2 dalam lori basah sebab lori ada kanvas yang aku risaukan masa nak angkat barang dari dalam lori pindah masuk rumah..kalau hujan lebat macam mana??
puas doa dalam perjalanan ke semenyih supaya semua di permudahkan..
samapi jer rumah semenyih hujan masih renyai renyai..
keluarkan semua barang dari lori longgokan dekat tengah tengah umah..
aku dah tak tau dah ufairah kat mana, nasib baik dia ok bila sepupu sepupu dia ada..senang sikit aku nak tumpukan pada pemindahan barang..

Lepas semua barang selamat masuk dalam rumah.. paklong ajak semua orang pergi makan luar malam tu.. yelah nak masak macam mana kan.. aku dengan en nua memang tak larat nak ikut.. pesan bungkuskan je lah..
penat ya amat..

Ni pun badan ada rase sakit sakit2 lagi..rase macam nak demam..kan aku dah kata aku ni manja.. letih sikit terus rase macam nak demam hehe


Sebelum pindah en nua dah call astro (jumaat)  nak pindahkan line astro..orang astro tu janji 48 jam diaorang akan pindah kan.. memang cantik lah kita orang pindah.. tapi sampai ke hari ni (selasa) masih tak pindah lagi.. pastu bila aku call astro balik esok baru ada appt dengan technisian diaorangg.. acik ni tak berapa nak saba.. apa lama sangat korang nak proses order pindahnya.. kata 48jam ni dah berapa jam dah ni.. kang bila baya lambat sikit bil tang tang tu jugak korang putuskan line kan..dah lah intenet pun tak leh pasang..
intenet pulak kene tunggu 70% orang dah duduk situ baru tm akan bagi line.. memang macam tu kalau new area.. semalam pusing pusing satu taman dengan en nua, bila aku kira kira rumah yang dah berpenghuni.. kitaorang ni orang yang ketiga kot.. baru 3keluarga duduk situ.. bila lah nak capai tahap 70% tu heheheh...
keras kejunglah aku tak ada intenet lepas ni..


Nasib lah rumah aku ni mengadap dengan rumah lama.. rumah yang dah sedia ada.. jadi tak sunyi sangat lah.. bila tengok umah belakang aku yang depannya umah baru tak ada penghuni  seram jugak nengoknya.. Bukan seramkan pada hantu lebih seramkan kepada orang sebenarnya..kita baca ayat Qursi pun dia tak lari heheh..


Aku rase ujung bulan ni ada lagi kot dua tiga keluarga pindah sana.. harap macam tu lah.. tak ada lah aku sorang je duk sana kan.. malam ni nampaknya en nua pandang muke aku, aku pandang muke en nua..tak leh nak tengok tv lagi..


Pagi tadi pergi kerja angkut ufairah tengah tido.. cian dia pepagi lagi dah kene angkut naik kete.. dulu ibu pergi keje 15 minit dah sampai.. sekarang ibu pergi keje 45minit baru sampai..ufairah terpaksa lah berkorban jugak yer sayang..demi kebaikan kita di kemudian hari..



































Monday, December 16, 2013

cetiiii..ohh cetii..




Assalammualaikum..


Hari tu balik kampung sempat berbincang dengan abang abang aku perihal nak pindah umah ni

Along- dik ko tak yah sewa lori lah.. kang along dengan abang turun sana punggah barang naik kete kitaorang..

Aku- Eh long muat ke petiais tu bagai bawak naik kete tu..

Along- ehh muat.. apa tak muatnye..

jadi aku dah kata kat en nua selamat dah peruntukan kita nak sewa lori.. hari tu membe en nua pindah dari bukit jalil ke putrajaya sewa lori jer dah 500-600 hengget..
kecut pewot dengar..



semalam..
call atok.. mintak pandangan atok.. rase macam risau pulak kete abang abangku nak bawak barang rumah ni.. atok cakap ada ke lori kat sana kalau nak sewa.. aku terus lah cerita dengan atok perihal kawan en nua sewa lori 500-600 tu.. terus atok cakap tak payahlah kalau semahal tu.. baik bawak sendiri jer..


 

tapi aku ada no tel orang yang ada lori kat kawasan rumah aku duduk sekarang ni.. atok kata cube call orang tu... kata nak sewa pindah ke semenyih tanpa pekerja.. sebab barang2 abang2 aku akan tolong angkat..
bila tanya orang lori tu dia kata kalau macam tu sewa lori sahaja RM 150..

terus call ataok balik..


aku - ayah dah call orang lori tu  dah..orang tu mintak sewa RM150
Atok- boleh sangat lah tu kalau nak sewa.. tak mahal mana pun.. sekali angkut jer.. barang barang lain yang tak muat nanti boleh letak kat kete along dan abang.
aku- ok lah jadi lah sewa lori tu.. tapi duit sewa lori ayah baya kan (dalam pada tu sempat jugak aku pau atok bayakan duit sewa lori muahahahahaha)
atok- hahahahah (gelak yang panjang) iyelah nanti ayah bayakan duit sewa lori tu (nada macam paksa dalam rela)

pastu cerita dengan wan.. wan cakap atok dah cerita dah dulu dulu hari dengan dia.. terus wan cakap kat atok.. "itulah lain kali berhati hati dengan ceti tu (akulah tu), kan dah kene dengan dia" hahahah.. wan selalu panggil aku ceti depan atok.. ehh kalau bukan aku nak pau atok sapa lagi kan kannn kannnn.. anak pompuan pau ayahnya macam comel jer bila dengar muahahahahahahah...