JellyPages.com

Friday, November 2, 2012

ufairah 8bulan

Assalammualaiku.
Salam jumaat.Semoga memberi rahmat kepada kita semua amin.
Ufairah dah pun genap 8bulan hari ni..ehh kenapa hari ini bukan kah ufairah lahir 1/03/2012 kenapa pulak 2/11/2012 baru genap 8bulan. Bukan semalam ke sepatutnya genap 8bulan.
ha ni semua pengiraan wan. masa aku dalam pantang pun wan suh aku kira lambat sehari. Alasannya ufairah memang lahir 1/03/2012 tapi pukul 11.03malam..dah nak pukul 12belas nak masuk hari lain..apa apa jer lah wan (*____*)
 
Pagi tadi ufairah bangun nak nyusu pukul 6pagi. lepas nyusu bila letak balik suh dia tido dia bantai nangis kuat kuat di pagi subuh yang hening..jadi ambik semula polok polok tepuk tepuk sikit montot dia,baru dia senyap.Baringkan dia masih lagi merengek rengek tapi tak macam sebelumnya lah melalak. Aku biakan jer dia merengek rengek tu..dan tiba tida terus senyap.aku ingatkan mungkin dah lena tido kot..pastu ayah dia bagun..tengok ufairah sedap jer tumpahkan air pastu lap dengan baju sendiri.abis basah baju tido dia..bagus anak ibu..Pagi pagi lagi ibu dah ada keje.
 
Merangkak sekarang kemain laju lagi.Masuk ke setiap bilik.Tak takut pun walaupun bilik tu gelap. tido dah tak mau sangat.Asik nak mengemas jer..jangan lah harap aku nak makan berdua duaan dengan ayah ufairah dengan aman damai..ada jer lah ufairah akan menyelit..bila tak dilayan..merangkak bawah meja makan main kaki ibu.
 
Bila time melipat baju sepantas kilat dia pun nak sama melipat. Aku lipat dia kirai aku lipat dia kirai..bagus anakku,jadilah anak yang solehah. *lapairmata*
Tapi semua yang dilakukan ufairah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami anak beranak..kengkadang aku saja jer buli dia. Masa dia merangkak pegang dua dua belah kaki dia sampai dia tak dapat bergerak.meronta ronta dia nak lepas kan diri sambil jerit-jerit kahkahkah
 
ok sampai sini sahaja laporan untuk kali ini..moga kita ketemu lagi di lain hari.. babai (*___*) 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment