Assalammualikum
Alhamdulillah ufairah sudahpun 6bulan.
syukur alhamdulillah ufairah membesar dengan sihat.
Jadual makan ufairah..aku kan asik lupa jer apa yang leh dia makan apa yang tak leh dia makan.akhirnya aku print jer jadual kat bawah tepek kat pintu petiais kejap kejap aku tengok balik apa yang ufairah leh makan..itu pun ada jugak aku tersalah..macam hari tu..beriaya aku duk pikir dari opis nak masakan ufairah bubur campur bayam..dan dan time tu jugak pergi beli bayam nak masak malamnya..kompiden jer ufairah leh makan bayam..tengah siang siang bayam tu tergerak hati nak tengok jadual ni..ha ambik ko!!! bayam hanya untuk 8-12bulan sahaja..
dah ada jadual depan mata pun aku leh salah..inikan plak kalau tak ada..
Pgi tadi pepagi lagi dah dapat sms dari kawan aku kata anak dia tak mau makan solid food. Anak dia lebih kuang sebaya ufairah..tanya aku bagi makan apa ufairah..haiihh aku ni pun terkulat kulat duk pikir mana satu boleh di beri makan dan mana satu tak boleh di beri makan.tetiba nak jadi cikgu kat kawan aku bagi tau dia apa yang ufairah makan..wahh kelassss makcik tau!!! terbaik...
Tapi..belagak pandai tu penting kahkahkahkah..cerita ape yang ufairah makan..dan aku membe punya pasal..anta gak lah email carta organisasi pemakanan ni kat dia..baik kan aku zill oii..belanja aku makan ah pas ni..tak abis-abis makan..lemak kan badan tu dah berkumpul kumpul dengan jayanya dah..cerita tentang lemak ni..pagi tadi aku tak naik lif pun..naik tangga padahal opis aku tingkat satu jer hahahaha..punya lah lama aku tak naik tangga mengah okehh bila sampai tempat duduk aku ni..lahaiiiii bila aku pikir balik lama dah aku tak naik tangga..sejak mengandung sampai sekarang..dulu masa tak ngandung memang ari ari jer naik tangga.sekarang aku dah insaf..aku akan naik tangga hari hari hehehe..
Hari ni pekse UPSR. kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berjaya kepada anak buah aku Nur Nisha Amalia bt Nor Isham. petang sabtu aku dapat sms dari anak buah aku ni.. sms pertama "moksu doakan kakak yer dapat 5A dalam UPSR. kakak dah takut dah ni.." aku biakan jer sms tu.kebetulan masa tu tengah bagi ufairah makan. tak sampai 5minit dapat sms kedua dari anak buah aku tu sms kedua "pastu maafkan kakak tau kalau kakak ada buat salah"
cehh nak menangis pun ada baca sms kedua dia..dah macam nak ambik spm dah..terharu aku..