JellyPages.com

Wednesday, June 5, 2013

Sekitar Makkah..




Assalammualaikum..

Dapat beberapa keping gamba wan dengan atok kat tanah suci kota mekah..
Bila tipon wan.. terus wan cakap 

 "datang lah sini.. seronok sangat berada kat sini.. mak dah panggil dah semua nama anak anak mak supaya ada rezeki datang ke sini.. kumpullah duit.. datang sini masa muda.. senang nak lakukan ibadah.."

ya allah sayu rase hati ni.. moga ada rezeki untuk menjejakan kaki kat sana..




 
wan dan atok..




Doakan kami semua ada rezeki untuk ke sana aminnn..




 

skype dengan wan.. nampak jer muka wan terus tahan nak nangis.. sekali wan nangis dulu lah aku pun turut lah serta menangis berjemaah hahahah..
anak beranak drama king...



wan dan onyang.. onyang sihat kat sana.. wan cakap bibir onyang jer pecah pecah.. tu pesan kat wan suh onyang minum air zam zam bebanyak.




Tak tau apa nama benda ni.. masa ni atok demam sikit.. ni baru lepas buat umrah..nak balik hotel..
wan cakap atok minum susu unta satu botol mineral yang besar tu.. balik terus demam.. banyak sangat kot atok minum susu tu..
aku call cakap kat atok kenapa minum banyak sangat lain kali pos lah balik bagi upaiyah sikitt..atok jawab kalau boleh di pos dah pos dah tak yah mintak hehehe







Ni hotel yang wan dan atok duduk..




Dalam hotel..wan atok dan onyang satu bilik.. paklang dan bangah satu bilik..



onyang tetap setia dengan kain batik (*____*)





wan bagi makan atok ubat..
mujur lah atok demam tak kuat.. atok kan kuat heheh
nasib sebelum wan dan atok nak bertolak hari tu aku dah siap bekalkan pelbagai ubat untuk wan dan atok bawak ke sana.. takut diaorang tak dapat nak cari klinik kan..  jadi ubat ubat basic aku bekalkan..macam ubat demam, sakit tekak, ubat batuk..penting semua ni..





Ini suasana deretan kedai dekat makkah..


Suasan macam kat sini jugak kan...




wan tengah pilih apa tu.. macam kedai runcit kat sini.. barang keperluan asas semua di jual kat sini.





Ini hari terakhir kat makkah.. lepas tu semuanya gerak ke madinah pulak.. wan cakap diaorang akan berada di madinah selama 3 hari sebelum berangkat balik ke malaysia.



 



Jadi sekarang ni semua dah berada kat madinah..




Dalam perjalanan nak ke madinah paklang bagi gamba ni.. dia kata masa ni ada ribut pasir bas yang diaorang naik tak leh laju laju.. perjalanan dari makkah ke madinah lebih kurang 8 jam..




Nanti kita cerita cerita sekitar madinah pulak yer..
Kat madinah ni lah kot baru boleh beli sedikit cenderamata untuk anak anak.. wan dulu dulu hari lagi dah bagi tau nanti belikan kopiah untuk En Nua..masa hari terakhir wan nak bertolak ke makkah en nua hanta wan beli keperluan lain yang belum wan beli.. tetiba en nua pekenan dengan satu kopiah kat dalam kedai jual jual barang umrah dan haji tu.. tapi tak ada saiz pulak kopiah tu.. tu yang wan nak belikan untuk en nua kat sana..




1 comment: