JellyPages.com

Wednesday, July 31, 2013

Cerita Raya

Assalammualaikum..

Minggu depan kita dah raya kan..
amacam persiapan sudah setel ke belum..

baju raya ufairah sebelum puasa lagi aku dah belikan.. tak sanggup
nak tunggu last mminite baru nak beli baju raya ufairah
tak sanggup nak hadap orang bersesak sesak tu
tahun ni aku dengan En Nua ambil kepetusan tak mau jejak
kaki kat jalan tar tu.. lagi lagi nak menjelang raya ni
ya ampunn orang malaysia.. punya soping tak ingat..

masa beli baju ufairah setelkan jugak baju en nua.. beli baju dia sekali..
aku ni kang bila puasa kemain payah nak ajak kua..
kang nak masak lah nak kemas umah lah..
penat okehhh..
En nua pulak tak leh nak pergi beli baju sengsorang
nak jugak aku ikut beri pendapat..
aikk dulu bujang bujang boleh handel sendiri..
dah kawin ni manja tau..
nak pendapat bagai..

akhirnya baju aku jugekkk yang tak setell..
almaklumlah makcik ni badan dah naik..gamaknya kene pergi tempah jugak
tadi tailor call kata baju yang aku tempah tu siap sabtu ni..
okeh lah tu sempat aku ambik
sebab aku balik kampung cuti beraya hari isnin ni 5/8/2013.
tapi ada lagi yang tak beli..
kasut...
alahai macam mana nak jalan beraya kalau tak ada kasut kan?
tengok lah jap lagi kua ker.. EN nua manjang banyak keje jer..
tak leh nak ngular sikit..
aku ni jangan tanya lah..menunggu kerja macam menunggu buah yang tak jatuh
bosan ok tak ada keje kat opis.. amboi ayat riak kahkahkahkah
kalau time ada kerja..nak pergi kencing pun tak sempat..
Nak pergi beli kasut lepas kerja tak boleh kang kene masak untuk berbuka..
kalau aku ngan en nua jer tak apa..
adik en nua ada duk dengan kitaorang sekarang ni..tengah praktikal..
kang macam mana dia nak berbuka.. cian pulak..dah lah lelaki..
bukan tau nak masak apa..pastu boleh lah suih dia tapau buka kat umah
cian jugak nanti berbuka sengsorang kan..
so memang tak leh kua mana mana pas balik kerja..

Tadi masa dalam kete En nua tanya berapa kueh raya untuk rumah kitaorang..
ye lah sebok belikan kueh raya untuk mak aku dengan mak mertua
tambahkan lagi dengan mak imah (pengasuh ufairah)
aku jawab lah umah kita ada 2 jenis jer kueh raya..
tau en nua terus jawab.. "terokk lak ai""
amboi boleh yer dia jawab macam tu..
kang jadi tahun lepas..
kueh raya tahun lepas ada lagi dalam balang kat umah aku tuu..
En nua bukan lah penggemar makan kueh raya..
tapi nafsu nak beli kueh raya.. tak agak agak..
ayat dia..nanti kengkawan dia nak datang beraya nak makan kueh apa..
hahahahahah
drama king tau ayat tu...
nanti aku masakan kan lah meggi untuk kengkawan dia datang raya
ehh wan penah masakan meggi untuk tetamu tau..
gilerr selamber wan..
sebab masa tu orang datang umah wan tak henti henti..
satu satu wan masak abiss...
bila dah tengah malam ada jugak orang datang..kedai pulak dah tutup nak beli bahan masak
wan balun buat meggi..
tapi terangkat wooo makan meggi masa raya..sodap hahahah..
cubelah heheheh..


Aku ni dari mula puasa ada niat nak buat kueh raya..
bile kengkawan post kat fb gamba kueh raya diorang
aku jadi gerammm..
banyakk nya kueh raya diorang...
aku ni memang ada niat..
tapi tahap kerajinan aku tu tak berapa nak ada..
pastu geram tengok kueh orang lain..dah ko pemalasa nak geram dengan
kueh orang dah kenapa??...
tengok lah sabtu ni aku merajinkan diri buat sejenis dua kueh raya..
oven yang en nua belikan tahun lepas tak berpakai pakai pun..
masa en nua belikan oven tu ayat aku nak buat kueh tolonglah belikan aku oven..
tapi sampai ke sekarang tak pakai langsung tak rasa bersalah heheh

heyyy dah lah tu cerita tang raya ni..
macam tak saba plak nak balik kampung raya..
tahun ni balik raya kampung aku dulu kat palong..
haruslah gumbiraaa itu lebihh heheh..
tahun lepas wan ngan atok beraya berdua jer kat umah.
dah semua anak anak balik beraya kat umah mak mertua
so tahun ni wan ngan atok beraya dengan semua anak anak cucu dia..
adik beradik tak ramai macam ni lah..
ada 4 orang jer...
ufairah ada misi tahun ni..
kumpul duit raya..
anak dara tu dah pandi salam tangan dan cium orang..haruslah misi kumpul duit raya heheh










Monday, July 29, 2013

ibu sayang ufairah jantung hati ibu..




Assalammualikum

Hari ni rase rindu sangattt dekat ufairahh.. macam nak balik skang jugak pelokk ufairh..
sebenarnya emosi ni lebih terpengaruh dari satu belog yang aku baca
sangat sedihh
dah tiga hari aku baca belog ni..
start dari mula tahun 2010 samapailah ke tahun 2013 ni.. kisah seorang ibu yang kehilangan anaknya di usia anaknya menjangkau ke 2 tahun.. luahan hati ibu tersebut..sakitnya dia menanggung rindu pada anak kecilnya..sepanjang aku baca belog tu sentiasa menangis dengan patah patah perkataan yang di tulis..
aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempatnya.. aku tak sanggup untuk kehilangan ufairah.. setiap kali aku membaca rintihan hatinya..setiap kali itu jugak lah aku bersyukur kerana allah meminjamkan ufairah kepada aku..



ya allah terima kasih di atas segala nikmatmu ini..
 


ibu sayang ufairah sangat sangat..
ayah sayang ufairah sangat sangat..

ufairah segalanya bagi ibu..


awal puasa hari tu pun aku dikejutkan dengan perkabaran kawan sekolah rendah aku kehilangan anaknya di usia anaknya 101hari..

luluh jiwa aku membaca setiap patah status yang di updatenya.. luluh jiwa aku bila terbaca status dia sedang menyimpan semua baju anaknya kerana dia tak dapat tahan sebak setiap kali terlihat baju anaknya..

aku yang baca status tu pun dah berjurai jurai air mata keluar ini kan pula yang menghadapinya..

kuatlah wahai teman kerana ganjaran yang besar sedang menunggumu..



*************************************************************




Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Wednesday, July 24, 2013

Ada berani????




Assalammualaikum..

aku ni macam tu lah.. bila datang mood malas nak tulis kat belog ni keras kejung belog ni aku tak pedulik.. tapi bila datang rajinyaaaaaaa...ayoooooo satu hari boleh dua tiga entry..
ni aku rase mood rajin aku dah datang..
mau setiap satu jam satu entri kang ni heheheh



 

wahh wahh wahhhh kemain sajak lagi duduk yer..

ufairah sekarang ni ada perangai tak mau pakai baju.. kalau bab mandi tak yah pelawa..
aku mandi dia nak mandi..En Nua mandi pun dia nak mandi..siap pegang pegang baju suh bukak..
tapi bila pas mandi nak pakaikan baju.. kejar dia satu umah..



 

Dan ni lah akhirnya.. baju pakai seluar tak pakai.. tu dah cukup bangga dah bagi dia..
pas tu duduk macam ni.. kemain lagi lagak dia duduk..

Terangkat sebelah kaki..mampu???

anak ai mampu  hehehe






selamat berpuasa



Assalammualaikum..

lama menyepi.. heheh tak sibuk malah di bulan ramadhan ni kerja di opis macam malu malu jer nak ada.. pukul 9.30pagi dah setel kerja..pastu duk melangok depan pc sampai ke petang..
habis kenapa menyepi.. tak update belogggg..
hahahah sebenarnya aku malassssssssssssss.. jujur sangat ni (*___*)


 

eh dah terlambat ke nak ucap selamat berpuasa eh?? tak lagi kannn..
walaupun hari ni dah 15ramadhan
okeh dengan rasminya nak ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.. ahlan wasahlan ya ramadhan..




 
(rambut ufairah semakin panjang )


ohh minggu lepas ufairah cirit birit + muntah muntah.. nampak sangat susut badan dia.. sekarang ni tengah cover balik badan yang susut tu.. bagi dia makan banyak banyak heheheh..


babai ....










Wednesday, July 3, 2013

Saving general yang.



Assalammualaikum..

Baru jer abis nengok cerita ni..
Bagi aku sangatttttttttt bestt..

tak tertahan empangan air mataku ini..

aku kan hati tisu.. mana lehh nengok cerita yang berunsurkan kekeluargaan ni..




Mula lah drama air mata hheheh....




Boleh lah layan cerita ni bagi ratu air mata macam aku ni...
kekeluargaan yang sangat boleh di jadikan tauladan..

Aku sampai tertunduk tunduk dekat opis ni nak cover line tak mau orang tau aku nangis nengok cerita ni kahkahkahkah...



saya sayang keluarga saya sampai hembusan nafas yang terakhir.