JellyPages.com

Thursday, December 30, 2010

iNsyaAllaH versi Melayu

Setiap kali diriku merasa seperti tidak mampu meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan entah apa...
Menyatakan bahwa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku
Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingkuInsya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..
Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan bahawa telah lambat untuk ku mencari jalan taubat
Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran
Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil.. Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku
Thank You Allah

Wednesday, December 29, 2010

~PanDuan MemiLih iSteRi~

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.
Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.
Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.
Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.
Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.
Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.
Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.
Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.
lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.
Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.
Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.
Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.
Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.
Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

*aku mahu menjadi isteri yang solehah dan mentaatimu dunia akhirat..doakan ku ke arah itu..tanpa sokongan dang kesabaran dari mu aku tidak dapat melaksanakan impian ini..jadi bersabar lah dengan segala karenah mengada ku ini..seperti yang ustad tempoh hari ckp semasa kita pergi kurusus kawin bersama tempoh hari,ustad tu sendiri berkata.... pompuan akan menguji kejujuran lelaki sampai mati..pompuan berfikir secara emosi lelaki berfikir secara intelek..*

mOoD BolA...

Gollll....jeritan tu dah cukup membuat tekak aku ni sakit..dengan pakaian opis berbaju kurung purple gelap dan bertudung purple cair aku melepak kat diri ku ini bersama 'insan tersayang' tengok bola di kedai mamak..hahahahaah...sebenarnyer aku tak tengok sangat pun..aku takut nak tengok wawawa..gerun tiap kali pasukan indonesia dekat dengan gol kita..

tapi..mmg terbaik lah penjaga gol kita kan..mmg semua orang cakap mcm tu..sampai bile aku bukak fb aku ramai jugak lah status kengkawan aku yang bertukar jatuh cinta dengan khairul fahmi (penjaga gol malaysia) gara-gara mutu permainan yang di tunjukannyer semalam agak menyengat..wahai kengkawan ku sekalian si fahmi ni dah ada awek...ni gamba awek dia..cunn hehehehehe


                                                         



kepada Perdana Menteri kita jutaan terima kasih di ucapkan kerana telah mengumumkan esok 31/12/10 cuti umum bagi negara kita MALAYSIA..maju lah sukan untuk negara..tahniah kepada semua yang terlibat terutamanyer pemain2 muda negara kita..anda semua adalah wira negar..muahhhhh..

Thursday, December 23, 2010

Nama Saya Hafizah Binti Zamrus..

Assalammualaikum...
hhehehe gelak dulu lah kan..almaklumlah perasaan BATAK A aku tu tak abis lagi heheeh..kepada yang tertanyer tanyer apa maksud BATAK A tu meh sini aku jwb sebelum aku merapu lebih panjang heheeh BATAK A = jakun,sakai,kuno dan ape lagi yang seangkatan dengann nyer korang leh pikir sendiri hehehe..kan aku baru jer ada blog ni so memang sah lah aku ni BATAK A lagi kan wakakakaka..

Nak perkenalkan diri,maklumlah budak baru hehehehe..nama aku Hafizah Binti Zamrus..pendek jer kan nama aku tu hehehe..nama aku ni arwah atok aku yang bagi..dia kate bia nama tu pendek senang nnt cikgu kat sekolah panggil..mmg betul ape yang atok aku tu kate..di sebab kan nama aku bermula dari huruf 'H' selalu nama aku ni jadi yang paling atas bile ikut turutan abjad.. perghh agak mengganggu ketenteraman jiwa aku jugak lah tang bile dokto gigi dtg kat sekolah aku..aduhaiii.. mmg sah lah aku ni jadi bahan uji kaji kwn2 aku kan time tu.. "eh nama ko dulu nnt dokto tu panggil.. bg tau aku eh sakit ker tak dokto tu buat gigi ko" tu lah antara dialog yang selalu kua dari keng kawan aku heheheh..hello gigi ko mana sama rosak ngan gigi aku maklumlah aku ni kan suke gosok gigi (dlm nada berangan) heheheh...

aku jugak pernah menimbul kan kontroversi diantara mak aku n wan serta arwah paklang aku dulu mengenai nama aku hafizah..aku rase time tu aku darjah 1 atau darjah 2..
balik dari sekolah terus aku berlari cari mak aku..tau ape soklan pertama aku kua untuk mak aku..
'mak nape mak bg nama adik Hafizah???ishh tak best lah nama ni" sambil buat muke tak puas ati..time tu aku nak jer suh mak aku tuka nama aku pada nama lain..
pastu mak aku tanyer aku  balik.. "nape ada org kate nama adik(mak aku panggil aku adik sebab aku anak bongsu..tapi skang gelaran tu dah lama aku tak dengar..ia dah bertukar kepada panggilan mocu aku kan dah punyer anak buah so panggilan pun berubah) tak sedap ker? abis nama ape yang sedap??'' lalu aku menjawab "tak der pun org kate nama adik tak sedap..tapi adik rase nama ni tak sedap..bg lah nama adik haryani kan sedap nama tu ni bg nama adik hafizah ishh tak sedap" lebih kuang mcm tu lah jawapan aku pada persoalan mak aku..ishh nape lah aku leh jwb mcm tu kan..ade ker nama haryani yang aku banding kan dengan nama hafizah hahahah padahal jumlah huruf yang sama  pendek jer kan..
dari sebab kejadian tu aku dah digelar "budak complain nama".. setiap kali arwah paklang aku menalefon mak aku bile mahu bercakap dengan aku  mst ayat dia mcm ni "nak berckp dengan budak complain nama tu'
hahahahahah..padan muke aku kan...
pada hal nama ni ada lah yang sebaik2 nama..maksud  yang sedap dan yang paling penting senang orang nak ingat serta sebut heheheh.. HAFIZAH BINTI ZAMRUS..

testing..

Hahahahah..akhirnyer setelah lama hanyer membaca blog orang..aku sudah ada blog sendiri wawawa..bak kate anak buah aku..'ishh mocu ni BATAK A la' hehehe..memang skang aku BATAK A (kakak mocu terima kate2 kaka yang mocu ni BATAK A)..dah besar panjang baru skang aku ada blog..klu skang bebudak baru nak idup pun dah ada blog mmg sah aku ni ketinggalan zaman...ketinggalan zaman pun ketinggalan zaman lah kan..nak wat macam mana mmg aku ni dah kategori "remaja purba"  :-)