JellyPages.com

Sunday, January 8, 2012

~Up dAte 32weeks~

Assalammualaikum..

Alhamdulillah minggu ni usia kandungan sudah pun 32minggu ini bermakna sudah pun 8bulan :-)
kejapnya masa berlalu.Rasanya baru semalam di sahkan mengandung dan mengalami alahan yang agak teruk sehingga terpaksa di masukan ke dalam hospital.Masuk air 9botol baru aku di benarkan keluar jadi 3hari 2malam aku berkampung di hospital heheh..pengalaman yang sangat manis wahai anakku.

Dan hari ini sudah pun 8bulan aku bersama khalifah kecil di dalam perutku ini..moga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat itu doa ibu untukmu anakku..amin..
ini bermakna hanya tinggal sebulan sahaja lagi aku akan bergelar ibu insyaallah..
Perasaan di saat ini...semua ada..rase tak saba nak jumpa baby ni dan dalam masa yang sama rase neves menyelubungi perasaan aku.takut weiii bila memikirkan bab nak bersalin nanti huhuhuhu..
moga semuanya di permudahkan.

Kaki dah setiap hari lenguh lenguh..kalau berjalan banyak pinggang aku pun  lenguh  + sakit..mungkin kandungan sudah semakin besar kot,aku memandai buat kesimpulan heheh..
lebih suke berbaring baring di rumah berbanding ke luar berjalan jalan.Tapi aku rase kalau setakat encik suami aku ajak shoping baju baby aku rase aku boleh lagi gagahkan diri ni,ape sahaja bab baby aku cergas jer..semua baju baby yang di beli dah pun aku basuh.beg persediaan baby untuk di bawa ke hospital dah pun aku bereskan hanya tinggal beg aku jer lagi yang tak beres..

Selera makan pula tidak menentu.kadang kadang berselera dan kadang kadang langsung tak berselera,dan yang pastinya setiap kali waktu makan tengahari aku sudah tidak boleh makan nasi campur macam selalu.langsung tak ada selera,kesudahnya paksa encik suami aku bawa aku makan ke food court yang berhampiran makan makanan panas.aku juga dah mula minum air kelapa,orang tua tua cakap bagus minum air kelapa di akhir akhir mengandung ni,sebenarnya aku memang suka air kelapa  pun ;-)

Moga semuanya di permudahkan..tak saba mahu ketemu buah hati cinta ibu.. muaahhhhh..

No comments:

Post a Comment