JellyPages.com

Sunday, October 21, 2012

Ragam ufairah


Assalammualaikum..
Selamat hari isnin..yeahh  hari ni aku bercuti..tiada kemana mana pun..duduk golek golek polok polok dengan ufairah sahaja..ayah ufairah bekerja jadi projek tu ayah ufairah tak leh nak joint heheh
Pengasuh ufairah (mak imah) mintak cuti sebenarnya.jadi memang aku dan ufairah lepak rumah jer.

okeh ni gamba minggu lepas..orang sibuk baca yasin dia pun nak sibuk jugak. Mula dah cantik dah dia tido dalam buai..tak abis lagi baca yasin dia dah bangun..
So macam biasa ni keje ayah ufairah..dia memang suke nampakan anak aku ni macam boy..huwaaaa muka dah lah tak ada nak ayu sangat di pakaikannya songkok memang dah macam boy dah..


Lain kali ibu pakaikan ufairah tudung yer..mesti manis dan ayu anak dara ibu ni..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kahkahkahkah

alaaa alaaaa..muke bulat betul..merangkak dah laju..hari hari kemas umah ibu..meja umah ibu tak yah lah nak alas alas memang kesukaan ufairah untuk tarik..

muka bosan orang tak layan..

kalau layan ufairah semua orang tak jadi nak buat keje.bak kata nenek ufairah tiap kali ufairah balik kampung.. tak jadi nenek nak masak asik nak ngadap ufairah jer..kang atok lapa suh jer makan ufairah hahahah..


p/s~ nak cakap haiiiiii kat kengkawan yang sudi jenguk kat sini...hai ibu aisyy hai mom to be Qila n hai pengantin baru baayah.. bayah tulis kat wall fb nak url blog ni dia terpadam..dah pecah rahsia ada blog merapu ni..thanks bayah..malu aku tau kahkahkah!!!! muahhhh baling kiss kat korang.

Zoo Negara.

Assalammualaikum..
Gagah aku menulis di tengah malam di kala ufairah nyenyak tido..selalu bila ufairah tido aku pun tido sama. Malam ni lain pula aku masih lagi sempat menulis..sebabnya aku sudah terlajak tido balik dari Zoo petang tadi.
Semalam wan datang tido umah aku. Wani anak buah aku pegang pemain bola sepak untuk perlawanan akhir kelantan vs Atm. alah kan masa mula mula nak main tu pemain semua keluar ke padang pegang budak kecik..ha jadi wani salah seorang budak tu lah..yang lain ke stadium wan duk lepak ngan ufairah kat umah..tengok tv lagi selesa kan wan leh baring baring dari pergi stadium..tak sesuai dengan wan heheh.

Jadi sebelum gerak balik ajak wan singgah zoo negara dulu. Aku memang dah lama nak pergi nak tengok binatang..ufairah tak ada perasaan lagi tengok binatang kat zoo..mak dia yang terlebih over hehehe..

Masuk jer terus kita ke kandang Gajah.. Kat sini yang bagusnya kalau nak bawak orang orang tua pun tak apa sebab train di sediakan kat sini ..tinggal bayar jer lah..ajak wan naik train..tapi wan kata tak mencabar lah naik train dia nak jalan kaki..sampai setengah perjalanan asik ajak aku duduk kaki dah lenguh..ha tadi kemain eksen tak nak naik train pastu sibuk suh aku duduk sekali..aku ni kan etlit mana main duduk duduk berehat *menabikdada* lepas wan ajak aku duduk jalan sepoloh langkah aku pulak ajak wan duduk begitulah drama kami anak beranak sehingga sampai ke pintu keluar semula..aku dah rase macam nak merangkak dah kahkahkahkah sungguh aku etlit..





boleh bagi gajah ni makan. ha tengok lah ayah ufairah muka tak puas hati gamba dia tak di ambil masa belalai gajah tu kat tangan dia.. pisang empat ketul orang tu jual RM3hengget untuk bagi gajah tu makan..mak oii mahal betull.tau tadi beli siap siap setandan kat kedai buah bagi gajah ni makan..pisang yang busuk pun tak apa gajah ni ngap je.


ufairah tak ada muka lain tang ambik gamba jer asik lah nak kumum bibir bahagian bawah tu..gusi gatal ke dik..tak cun lah gamba macam tu..itu peha ke batang balak!!!! kemain sihat lagi ibu ufairah skang ni!!!

ha tengok dah ada bukti wan asik ajak duduk berehat jer..jumpa jer kerusi misti ada muka wan kahkahkah..ehh anak dara sebelah tu tolong duduk sopan sikit yer..


ha muka ada senyum.gamba yang di idamkan di laksanakan oleh isteri tercenta hehehe..gajah ni pun satu..ulur jer makan ulur jer makan..kemain ramai yang bagi dia makan..

Ni pulak gamab sekumpulan rusa. ramai..macam meriah.. dulu masa aku kawin malam berinai ayah aku sembelih rusa..tapi aku tak dapat makan aku kan sibuk jadi pengantin heheheh..bila tengok rusa ni reramai macam ni..ishh macam tak sanggup nak makan daging rusa..tapi kalau hidangkan kat aku siap masak daging rusa ni aku ngap jer tanpa menoleh kiri kanan..dah jadi lauk belasah jer lah kan..kalau hidup macam ni baru rase tak mau makan heheh



Thursday, October 18, 2012

Eksennya dia

Assalammualikum.
 
Bukak jer belog tak ada cerita lain ufairah ufairah ufairah.. nak buat macam mana ufairah jer yang punya cerita yang menarik. nak cerita tentang ibu ufairah tak ada pun..penambahan berat badan ada lah..Opsss itu tak mau cerita..Ada aku sentap sampai esok kang huwaaaaaa..
 
 
Dalam minggu ni baru perasan yang ufairah dah boleh berdiri sendiri. Merangkak dah guna lutut. kalau dulu guna dada dia jer untuk bergerak sekarang dah macam komandor merangkak guna lutut..pastu kemain kan laju..semput ibu nak kejar. belum pun ibu abis cakap jangannnnn dah di capainya dah rak buku..abis terabur *lapairmata*
 

Eksen kan muka minah ni.
 
Lepas dapat berdiri dengan sendirinya..wahh kemain eksen muka siap toleh kat ayah..kaki tu pun tergoyang goyang berdiri tak stabil ada hati nak tunjuk muka eksen kat ayah.
Ha sekarang ni dah tak mau tido sangat dah. asik nak chek umah jer. merangkak ke hulu ke hilir..nak chek ibu rajin nyapu ke tak kat umah..semua habuk habuk yang kat atas lantai semua nak kutip.. Haip!!! nak pecahkan rahsia ibu lah tu hehehe.
 
kalau pepagi pulak tak yah dah nak kunci jam loceng. pukul 6.30pagi jer ufairah dah bangun..tak menangis masa bangun tu..tapi sibuk nak memanjat badan ibu. kalau buat tak tau jer dengan dia ha siap lah muka tu..di tepuk tepuknya..bagus anak ibu.. Pandai..
 
 
 



Wednesday, October 17, 2012

Rasa nak gigit!!

 
Assalammualikum.. 
  
hahaha muka putih kaki ya ampun hitamnya dik!!maklong ufairah kata ufairah pakai fair & lovely tu sebab muka putih (*_____*)
 
Gamba kat atas ni di ambil masa balik kampung umah wan bulan lepas.. Kalau balik kampung jadual tido ufairah lari sikit.. asik nak main jer bukan nak tido pun.. Best sangat agaknya balik kampung..Mana taknya kemain kan ramai yang boleh melayan dia. Dia pun apa lagi makin naik mengada lah..
Wan dukung ufairah pastu ufairah asik gosok gosok mata gaya macam nak tido..wan pun masukan ufairah dalam buai..Masuk jer dalam buai kemain bising mulut tak puas hati..akhirnya wan dudukkan ufairah dalam buai macam gamba tu..wahhh kemain senyum dia puas hati. Tak padan ngan kecik ada hati nak main macam orang besar. Tu sebab pipi ufairah tu ibu rasa macam nak gigit..tapi kengkadang terlepas jugak.. TERgigit jugak..bukan sengaja tak sengaja geram sangat nengok anak dara ni..


Tuesday, October 16, 2012

Kali pertama ufairah makan

Assalammualaikum..
selamat pagi bagi yang baca entri ini pada waktu pagi dan selamat petang bagi yang baca pada waktu petang dan selamat semuanya bagi yang sudi baca entri ini ..wahh kemain panjang mukadimah.. Dah lah entri tertangguh..lagi mahu panjang mukadimah..sebenarnya dah lama dah nak nulis tentang kali pertama ufairah makan.tapi aku kan sibuk kalah menteri.sampai ke sekarang lah tak up up lagi entri ni hehehe..
 
Ufairah dah 7bulan setengah pun sekarang baru aku terhegeh hegeh nak cerita..cerita pun dah basi.tapi tak apa kan ufairah.setidaknya ibu abadikan jugak cerita ufairah kat sini walaupun lambat. Sekadar kenangan kita bersama (*____*)
 
 
Sebenarnya ufairah makan cepat seminggu dari tarikh sepatutnya dia makan.Tau tau jer lah ngam ngam tarik tu berada kat kampung bercuti hari raya. wan ufairah kan menggelabah macam ibu dia jugak..duk sibuklah suh ufairah makan.aku ingatkan nak genapkan betul betul umur ufairah 6bulan baru aku nak bagi dia makan,kan selama ni dia hanya menyusu badan sahaja.ayat wan "boleh dah ni bagi makan nak tunggu minggu depan buat apa,cepat 4,5hari jer"
aku diam kan jer bila wan cakap macam tu..tetiba atok balik bawak blender baru..dia beli khas untuk blender bubur ufairah..ha apa nak cakap..berserah sahaja lah..
Maka bermulalah fasa baru untuk ufairah..
wan terus masakan bubur..aku hanya mampu melihat..hancur harapan aku nak bagi ufairah makan bila umurnya genap 6bulan.terpaksalah redho.
 
 
 
Apa lagi..nganga jer lah mulut ufairah bila wan suapkan bubur.
 
Bubur pertama ufairah wan buat bubur nasi campur kurma. makan sikit bubur tu ada lah rase manis manis buah kurma tu. Mula mula ufairah macam buat muka pelik jugak bila di suap bubur tu.agaknya sebelum ni hanya tau rase susu tak pernah rasa makanan lain.tapi yang bagusnya ufairah ni muka berkerut habis tapi mulut nganga tetap nganga (ha itu ikut perangai ibu lah tu..makan tetap makan kahkahkahkah)
 


Atok cakap ufairah dah macam anak burung ternganga nganga tengok sudu tu hehe. Ayah ufairah tolong pegangkan ufairah wan yang tukang suap aku tukang ambik gamba hehehe.
aku pun tak paham ufairah yang makan ayah dia yang berpeluh peluh lebih..dah kenapa.. neves sebab kali pertama anak dara dia makan agaknya hehe..tengok aku..steady jer tangkap gamba,sekali gamba sendiri lupa nak ambik bersama ufairah..
 
Bermulalah fasa baru untuk ufairah. Kalau sebelum ni hanya minum susu ibu sekarang ufairah telah pun di beri makan lain. Moga ufairah membesar dengan sihat. Doa ibu moga ufairah menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat amin.
 
 
 

 


Friday, October 12, 2012

hidup berjiran

Assalammualaikum..
hari ni aku nak cerita tentang hidup berjiran. aku percaya kita semua ada jiran lain lah kalau kita duduk dalam hutan memang tak ada jiran lah hehee.
Aku di besarkan dalam suasana kampung..tau apa itu suasana kampung hehe..yang umahnya dekat dekat sebelah menyebelah tapi bukan mcm rumah teres yang kat bandar ni. Jadi aku dah biasa dah tengok situasi mak aku dari dalam umah tengah goreng ikan laung kat jiran sebelah " oiiiii masak apa tu" sambil tangan mak aku pun sibuk duk masak kat umah sendiri..ha dapat bayangkan betapa dekatnya umah mak aku ngan jiran sebelah.
kengkadang kalau nak keluar lama sikit pesan kat orang sebelah umah..tolong tengok tengokan umah.silap aribulan mak aku kan blur jugak macam aku bila time nak keluar tu lupa nak angkat baju kat pengampai..alihnya jiran aku tolong angkatkan letak dekat beranda umah. rumah kampung kan ada beranda.ha selamat kain tu tak basah.
So aku tak der hal kalau setakat nak berjiran sampai lah aku dah kawin ni.aku menyewa umah apartment tingkat 13. tau tau jer lah kalau berjiran kat bandar ni mana lah kenal kan sebelah menyebelah. aku kenal jiran aku namanya kak murni..duk sebelah umah aku..kira ok lah dengan dia..dia rajin menyapa aku ni apa lah lagi..lagi lah rajin menegur..sampai aku balik berpantang dari kampung kak murni datang umah aku nak tengok ufairah..terasa jugak lah suasana kat kampung tu semula..ehh bukan tentang kak murni yang aku nak cerita sekarang ni..
yang aku nak cerita tentang jiran bawah umah aku..bawah umah pun kira jiran jugak lah kan.
Lepas kawin aku terus masuk umah tu, kiranya pengantin baru aku kat umah tu lah. tak sampai seminggu duduk umah tu orang bawah umah aku tu naik ketuk pintu umah aku.terus memperkenalkan diri. time tu aku tak jenguk kat luar sebab aku segan aku duduk jer dalam bilik.bagi dia berkenalan dengan suami aku. lepas tu terus sound kita orang "saya dengar bising lah dari bawah..saya ni baru lepas operate jadi terkejut dengar bising bising ni"
terus suami aku jawab "ohh ye ke bang..mintak maaflah saya tak perasan" ok cukup sampai situ tutup pintu.
Selang sehari naik lagi asri tu kat umah kitaorang. cakap yang aku buat bising lagi..dia tau tak aku ni pindah bujang sama bujang mana lah ada barang perabot yang nak di bawak..aku bawak kain baju ngan tilan bantal sama lah suami aku..tak paham pulak aku kalau tilam bantanl tu boleh mengganggu dia.minggu pertama duk situ 3kali naik ketuk umah kita orang..ehh tak tahan aku..tapi kitorang malas nak layan sangat buat tak tau jerlah.
sampai lah suatu hari aku terserempak ahli JKKK kawasan tempat aku tinggl tu.. nak datang umah aku.aku macam okeh lah nak datang..tapi terpikir jugak apa hal nak datang umah aku yang tak ada barang lagi tu..aku kanbaru kawin.
kak su(orang JKKK) - mintak maaf  lah akak datang umah korang ni..akak ni bukan apa. tak larat  
                                     dah duk terima panggilan cik asri tu kata korang bising sampai pukul 2,3pagi.
ehh asri ni ingat aku dengan suamai kuch kuch hota hai sampai pukul 2,3pagi. aku ni pukul 10mlm dah mengantuk ini kan pulak nak berjaga sampai 3pagi.
ok time ni darah pahlawan aku dah mendidih dah.
aku - setahu saya tak pernah pulak saya nak berjaga sampai pukul 3pagi.kalau macam ni kak su.tak sedap lah dengar penjelasan saya jer. kak su panggil lah asri tu naik umah saya sekarang biar kita bincang sama sama (aku kan jenis bukan penyabar)
okeh asri naik umah aku..aku pandang asri tu kecik besar kecik besar punyalah meluat.kahkahkah dahsyat kan imaginasi aku hehehe
asri - selalu lah dengar bising.macam orang berjalan jalan..denagr tutup pintu bilik..pastu selalu dengar bunyi plus toilet di tarik tu. dengar tarik kusi makan jugak.
aku- saya tak tau lah kalau saya berjalan kat dalam umah ni mengganggu encik asri..kalau mengganggu saya mintak maaf lah. tapi yang bab plus toilet di tarik tu..takkan saya nak tahan berak pulak.saya pun selalu gak dengar orang atas umah saya ni tarik plus toilet.abis macam mana saya nak berak? (kuang ajaq betol)
asri- ehh bukan tu lah maksud saya (sambil senyumsenyum,ko ingat ati aku sejuk ko senyum2!!!)
dah abis perbincangan kami pada petang itu..
sejak ari tu setiap kali adik beradik atau sedara mara serta kengkawan yang nak datang umah aku..aku akan bagi tau hal jiran bawah umah aku ni..
sampai lah anak abang abang aku kalau datang aku pesan jgn nak berlari dalam umah aku.pernah abang aku ngan anak anak tido umah aku.terus dapat sms dari cik asri bawah umah suh kitaorang jangan bising bising.mak aku pesan jangan di lawan asri tu..dia lebih tua dari aku.(ha fedulik kan)
******************************************************************
setahun berlalu....
aku masih lagi duduk di rumah tu walaupun punya jiran yang terlebih baik tu..
sampai lah raya baru baru ni..
saudara mara aku datang ke rumah aku.. dalam 3keluarga..paham paham je lah kan kalau tiga keluarga tu mcm mana. masing masing punya anak yang tengah lasak berlari dalam rumah ni.
tak sampai pun 5minit diorang duk umah aku..terus cik asri tu naik ketuk umah..aku sebenarnya dah hangin..ko boleh paham tak sedara mara aku ni datang..bukan tiap hari pun..diorang datang nak beraya. kan musim raya. tak boleh ke ko tolak ansur bising sikit dalam 3,4jam.nanti diorang dah balik..ko aman lah semula!!!aku ni muka dah naik malu asik kena perli dengan kaum kerabat!!
belum sempat dia bukak mulut terus aku cakap..'mintak maaflah yer cik asri sedara mara saya ni datang beraya.bising sikit" sambil aku buat muka tak puas hati. terus dia jawab 'itulah saya dengar bunyi bising sangat ni" aku malas layan terus aku nak tutup pintu..sekali abang aku tahan pintu tu..terus sound encik asri tu " ha kenapa bising sangat ke??kan selalu ni asik komplain adik saya ni buat bising.orang datang raya memang lah bising sikit..abis tak boleh dah saya dengan yang lain lain ni datang umah adik saya.saya dah banyak kali ni dengar adik saya ngadu tentang encik asri ni bukan tiap hari kitaorang nak datang sini,ini adik saya..saya ni abnag dia,tiap kali balik kampung mengadu tertekan ada jiran macam encik asri ni langsung tak leh nak tolak ansur"
sedara mara lelaki yang lain dah duduk depan pintu  *abang aku yang hero heheh*
ayah aku duk tarik tangan abang aku jangan keluar dari pintu rumah..
terus asri tu bla dari situ tanpa memandang kami di muka pintu..bla dari situ tanpa sepatah kata.
Aku bukan lah niat untuk bergadoh.sebab aku hormat kat dia sebab tu setiap kali dia naik atas cakap kitaorang bising aku ngan suami aku mintak maaf jer.
tapi kadang kadang orang saiko macam ni kene bertegas jugak. Apa apa pun yang sound dia bukan aku ngan suami aku.tapi abang aku..kira ok jugak lah kan..
Dan sampai sekarang dia tak naik lagi ketuk pintu umah kitaorang kata kitaorang bising..kalau ko tahan setiap bulan ada orang ketuk pintu umah kata ko bising!!.. syukurrrr..

wah kelassss ko pijon punya lah lama tak update blog..sekali update terus tentang jiran hehehe..
jum tengok gamba anak dara yang dah semakin pandai dan banyak ragam ni.
 
 
 
 
gamba saringan..Demam nak tumbuh gigi..makan tak mau,nyusu tak mau..ni paksa minum air kosong..tengok lah muka tak puas ati dia hehehe.. muahhh sayang ufairah..dunia akhirat..