JellyPages.com

Friday, October 12, 2012

hidup berjiran

Assalammualaikum..
hari ni aku nak cerita tentang hidup berjiran. aku percaya kita semua ada jiran lain lah kalau kita duduk dalam hutan memang tak ada jiran lah hehee.
Aku di besarkan dalam suasana kampung..tau apa itu suasana kampung hehe..yang umahnya dekat dekat sebelah menyebelah tapi bukan mcm rumah teres yang kat bandar ni. Jadi aku dah biasa dah tengok situasi mak aku dari dalam umah tengah goreng ikan laung kat jiran sebelah " oiiiii masak apa tu" sambil tangan mak aku pun sibuk duk masak kat umah sendiri..ha dapat bayangkan betapa dekatnya umah mak aku ngan jiran sebelah.
kengkadang kalau nak keluar lama sikit pesan kat orang sebelah umah..tolong tengok tengokan umah.silap aribulan mak aku kan blur jugak macam aku bila time nak keluar tu lupa nak angkat baju kat pengampai..alihnya jiran aku tolong angkatkan letak dekat beranda umah. rumah kampung kan ada beranda.ha selamat kain tu tak basah.
So aku tak der hal kalau setakat nak berjiran sampai lah aku dah kawin ni.aku menyewa umah apartment tingkat 13. tau tau jer lah kalau berjiran kat bandar ni mana lah kenal kan sebelah menyebelah. aku kenal jiran aku namanya kak murni..duk sebelah umah aku..kira ok lah dengan dia..dia rajin menyapa aku ni apa lah lagi..lagi lah rajin menegur..sampai aku balik berpantang dari kampung kak murni datang umah aku nak tengok ufairah..terasa jugak lah suasana kat kampung tu semula..ehh bukan tentang kak murni yang aku nak cerita sekarang ni..
yang aku nak cerita tentang jiran bawah umah aku..bawah umah pun kira jiran jugak lah kan.
Lepas kawin aku terus masuk umah tu, kiranya pengantin baru aku kat umah tu lah. tak sampai seminggu duduk umah tu orang bawah umah aku tu naik ketuk pintu umah aku.terus memperkenalkan diri. time tu aku tak jenguk kat luar sebab aku segan aku duduk jer dalam bilik.bagi dia berkenalan dengan suami aku. lepas tu terus sound kita orang "saya dengar bising lah dari bawah..saya ni baru lepas operate jadi terkejut dengar bising bising ni"
terus suami aku jawab "ohh ye ke bang..mintak maaflah saya tak perasan" ok cukup sampai situ tutup pintu.
Selang sehari naik lagi asri tu kat umah kitaorang. cakap yang aku buat bising lagi..dia tau tak aku ni pindah bujang sama bujang mana lah ada barang perabot yang nak di bawak..aku bawak kain baju ngan tilan bantal sama lah suami aku..tak paham pulak aku kalau tilam bantanl tu boleh mengganggu dia.minggu pertama duk situ 3kali naik ketuk umah kita orang..ehh tak tahan aku..tapi kitorang malas nak layan sangat buat tak tau jerlah.
sampai lah suatu hari aku terserempak ahli JKKK kawasan tempat aku tinggl tu.. nak datang umah aku.aku macam okeh lah nak datang..tapi terpikir jugak apa hal nak datang umah aku yang tak ada barang lagi tu..aku kanbaru kawin.
kak su(orang JKKK) - mintak maaf  lah akak datang umah korang ni..akak ni bukan apa. tak larat  
                                     dah duk terima panggilan cik asri tu kata korang bising sampai pukul 2,3pagi.
ehh asri ni ingat aku dengan suamai kuch kuch hota hai sampai pukul 2,3pagi. aku ni pukul 10mlm dah mengantuk ini kan pulak nak berjaga sampai 3pagi.
ok time ni darah pahlawan aku dah mendidih dah.
aku - setahu saya tak pernah pulak saya nak berjaga sampai pukul 3pagi.kalau macam ni kak su.tak sedap lah dengar penjelasan saya jer. kak su panggil lah asri tu naik umah saya sekarang biar kita bincang sama sama (aku kan jenis bukan penyabar)
okeh asri naik umah aku..aku pandang asri tu kecik besar kecik besar punyalah meluat.kahkahkah dahsyat kan imaginasi aku hehehe
asri - selalu lah dengar bising.macam orang berjalan jalan..denagr tutup pintu bilik..pastu selalu dengar bunyi plus toilet di tarik tu. dengar tarik kusi makan jugak.
aku- saya tak tau lah kalau saya berjalan kat dalam umah ni mengganggu encik asri..kalau mengganggu saya mintak maaf lah. tapi yang bab plus toilet di tarik tu..takkan saya nak tahan berak pulak.saya pun selalu gak dengar orang atas umah saya ni tarik plus toilet.abis macam mana saya nak berak? (kuang ajaq betol)
asri- ehh bukan tu lah maksud saya (sambil senyumsenyum,ko ingat ati aku sejuk ko senyum2!!!)
dah abis perbincangan kami pada petang itu..
sejak ari tu setiap kali adik beradik atau sedara mara serta kengkawan yang nak datang umah aku..aku akan bagi tau hal jiran bawah umah aku ni..
sampai lah anak abang abang aku kalau datang aku pesan jgn nak berlari dalam umah aku.pernah abang aku ngan anak anak tido umah aku.terus dapat sms dari cik asri bawah umah suh kitaorang jangan bising bising.mak aku pesan jangan di lawan asri tu..dia lebih tua dari aku.(ha fedulik kan)
******************************************************************
setahun berlalu....
aku masih lagi duduk di rumah tu walaupun punya jiran yang terlebih baik tu..
sampai lah raya baru baru ni..
saudara mara aku datang ke rumah aku.. dalam 3keluarga..paham paham je lah kan kalau tiga keluarga tu mcm mana. masing masing punya anak yang tengah lasak berlari dalam rumah ni.
tak sampai pun 5minit diorang duk umah aku..terus cik asri tu naik ketuk umah..aku sebenarnya dah hangin..ko boleh paham tak sedara mara aku ni datang..bukan tiap hari pun..diorang datang nak beraya. kan musim raya. tak boleh ke ko tolak ansur bising sikit dalam 3,4jam.nanti diorang dah balik..ko aman lah semula!!!aku ni muka dah naik malu asik kena perli dengan kaum kerabat!!
belum sempat dia bukak mulut terus aku cakap..'mintak maaflah yer cik asri sedara mara saya ni datang beraya.bising sikit" sambil aku buat muka tak puas hati. terus dia jawab 'itulah saya dengar bunyi bising sangat ni" aku malas layan terus aku nak tutup pintu..sekali abang aku tahan pintu tu..terus sound encik asri tu " ha kenapa bising sangat ke??kan selalu ni asik komplain adik saya ni buat bising.orang datang raya memang lah bising sikit..abis tak boleh dah saya dengan yang lain lain ni datang umah adik saya.saya dah banyak kali ni dengar adik saya ngadu tentang encik asri ni bukan tiap hari kitaorang nak datang sini,ini adik saya..saya ni abnag dia,tiap kali balik kampung mengadu tertekan ada jiran macam encik asri ni langsung tak leh nak tolak ansur"
sedara mara lelaki yang lain dah duduk depan pintu  *abang aku yang hero heheh*
ayah aku duk tarik tangan abang aku jangan keluar dari pintu rumah..
terus asri tu bla dari situ tanpa memandang kami di muka pintu..bla dari situ tanpa sepatah kata.
Aku bukan lah niat untuk bergadoh.sebab aku hormat kat dia sebab tu setiap kali dia naik atas cakap kitaorang bising aku ngan suami aku mintak maaf jer.
tapi kadang kadang orang saiko macam ni kene bertegas jugak. Apa apa pun yang sound dia bukan aku ngan suami aku.tapi abang aku..kira ok jugak lah kan..
Dan sampai sekarang dia tak naik lagi ketuk pintu umah kitaorang kata kitaorang bising..kalau ko tahan setiap bulan ada orang ketuk pintu umah kata ko bising!!.. syukurrrr..

wah kelassss ko pijon punya lah lama tak update blog..sekali update terus tentang jiran hehehe..
jum tengok gamba anak dara yang dah semakin pandai dan banyak ragam ni.
 
 
 
 
gamba saringan..Demam nak tumbuh gigi..makan tak mau,nyusu tak mau..ni paksa minum air kosong..tengok lah muka tak puas ati dia hehehe.. muahhh sayang ufairah..dunia akhirat..


4 comments:

  1. uish...lawak pn ade gak jiran ko tu jon..... nape ko x sound je jiran ko tu klau xnak bising2 g la li rmh bwah yang xde jiran ats kpale.... org mcm nie pn ade ke....huhuhu

    ReplyDelete
  2. ha tau tak pe..upanya lepas aku pindah umah tu baru aku tau kenapa tuan rumah aku tu tak duduk umah tu.di biarkan umah tu kosong hampir setahun lebih..lepas tu baru dia cari penyewa nak sewakan umah tu..dia pun tak tahan dengan sikap saiko asri.pindah bawak diri..

    ReplyDelete
  3. mmg saiko asri u kan.. kalau taknak bising xpyh la duduk rumah tgkat.. pepandai la bwk diri.. duduk rumah teres ke.. tak pon duduk tingkat atas sakli.. kan2? sibuk nak susahkan orang.. kene la sesuaikan diri dengan situasikan,,

    ReplyDelete
  4. masalahnya fifi sampai kita orang bukak pintu pun tak boleh..ha flus toilet lagi lah..tak boleh tahan naik umah kita orang 3kali dalam seminggu..naik menyampah dah rasanya huwaaaa

    ReplyDelete