JellyPages.com

Tuesday, October 16, 2012

Kali pertama ufairah makan

Assalammualaikum..
selamat pagi bagi yang baca entri ini pada waktu pagi dan selamat petang bagi yang baca pada waktu petang dan selamat semuanya bagi yang sudi baca entri ini ..wahh kemain panjang mukadimah.. Dah lah entri tertangguh..lagi mahu panjang mukadimah..sebenarnya dah lama dah nak nulis tentang kali pertama ufairah makan.tapi aku kan sibuk kalah menteri.sampai ke sekarang lah tak up up lagi entri ni hehehe..
 
Ufairah dah 7bulan setengah pun sekarang baru aku terhegeh hegeh nak cerita..cerita pun dah basi.tapi tak apa kan ufairah.setidaknya ibu abadikan jugak cerita ufairah kat sini walaupun lambat. Sekadar kenangan kita bersama (*____*)
 
 
Sebenarnya ufairah makan cepat seminggu dari tarikh sepatutnya dia makan.Tau tau jer lah ngam ngam tarik tu berada kat kampung bercuti hari raya. wan ufairah kan menggelabah macam ibu dia jugak..duk sibuklah suh ufairah makan.aku ingatkan nak genapkan betul betul umur ufairah 6bulan baru aku nak bagi dia makan,kan selama ni dia hanya menyusu badan sahaja.ayat wan "boleh dah ni bagi makan nak tunggu minggu depan buat apa,cepat 4,5hari jer"
aku diam kan jer bila wan cakap macam tu..tetiba atok balik bawak blender baru..dia beli khas untuk blender bubur ufairah..ha apa nak cakap..berserah sahaja lah..
Maka bermulalah fasa baru untuk ufairah..
wan terus masakan bubur..aku hanya mampu melihat..hancur harapan aku nak bagi ufairah makan bila umurnya genap 6bulan.terpaksalah redho.
 
 
 
Apa lagi..nganga jer lah mulut ufairah bila wan suapkan bubur.
 
Bubur pertama ufairah wan buat bubur nasi campur kurma. makan sikit bubur tu ada lah rase manis manis buah kurma tu. Mula mula ufairah macam buat muka pelik jugak bila di suap bubur tu.agaknya sebelum ni hanya tau rase susu tak pernah rasa makanan lain.tapi yang bagusnya ufairah ni muka berkerut habis tapi mulut nganga tetap nganga (ha itu ikut perangai ibu lah tu..makan tetap makan kahkahkahkah)
 


Atok cakap ufairah dah macam anak burung ternganga nganga tengok sudu tu hehe. Ayah ufairah tolong pegangkan ufairah wan yang tukang suap aku tukang ambik gamba hehehe.
aku pun tak paham ufairah yang makan ayah dia yang berpeluh peluh lebih..dah kenapa.. neves sebab kali pertama anak dara dia makan agaknya hehe..tengok aku..steady jer tangkap gamba,sekali gamba sendiri lupa nak ambik bersama ufairah..
 
Bermulalah fasa baru untuk ufairah. Kalau sebelum ni hanya minum susu ibu sekarang ufairah telah pun di beri makan lain. Moga ufairah membesar dengan sihat. Doa ibu moga ufairah menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat amin.
 
 
 

 


No comments:

Post a Comment