JellyPages.com

Thursday, December 8, 2011

~peNyusuAn bAyi~

Assalammualaikum..
hari ini sibuk aku meng'google' teknik penyusuan bayi..ehh bukan mula-mula aku google untuk cari breastpumps untuk di servey..secara jujurnya aku zero pengetahuan mengenai ini semua..lepas tanya pada kengkawan ada juga beri link website produk produk breastpumps, selepas itu aku terpinga pinga sendiri tengok web tu..ape yang seharusnya di bandingkan pun aku tak tau..
teruk kan bunyinya..dan lebih teruk lagi apabila tidak tahu istilah istilah yang di gunakan untuk menyusu bayi..

Selepas tu beralih pula pencarian teknik penyusuan bayi dengan betul.ok jum kita layan jap ape yang sempat aku copy paste kat bawah ni..untuk rujukan aku di masa hadapan..aku nak sangat menyusukan anak selepas bersalin nanti..moga niat aku ini di permudah kan..amin..

p/s~semalam chek up untuk 28minggu.sepatutnay minggu depan chek up.tapi di percepatkan kerana malas nak datang banyak kali kat klinik tu hehehe..boleh plak kan macam tu..terlanjur hanta encik suami dapatkan rawatan kerana sakit perut,aku pun chek up sekali..
baby dan ibu baik baik sahaja.berat badan macam biasa bertambah lagi.dari sebelum kawin dan sampai sekarang berat badan aku sudah naik 15kg.haha bayangkan 15 kg..dah macam tong drum dah aku rase heheh..uri sudah naik ke atas sudah berada di kedudkan yang normal.
dan apabila scan pada baby plak (tang scan kat baby ni suami aku lah yang paling suke) baby sihat sihat sahaja dan sangat aktif..semalam masa scan tu..time dokto beri penerangan mana kaki mana tangan..tetiba baby ni isap jari.nampak lah tangannya di masukan dalam mulut..alah comei..dari keluar klinik sampai balik rumah suami aku asik cerita tentang baby ni isap jari..lagi tak saba nak tunggu kelahirannya tapi pada masa yang sama agak takut juga menunggu saat tu.



TEKNIK PENYUSUAN BAYI
  1. Mula-mula kita kena tahu sama ada posisi kita semasa memegang anak kita tu betul ke tidak.
    Apa yang nurse tu ajar saya adalah, pastikan bayi kita rapat ke badan dan B kita. Kemudian dia suruh saya pastikan badan Khayra time tu lurus ke tidak. Sekiranya baby kita dibedung( ni apply pada new born) longgarkan sikit bedungan tu untuk lebih selesa.
    Kemudian kita tampung badan dan punggung anak kita seselesa yang kita rasakan boleh. Masa Khayra baby dulu, saya akan letakkan bantal di bawah tangan saya untuk mengelakkan lenguh. So boleh la lama-lama kalau demand tinggi time tu.. 
  2. Kalau mengiring pulak, pastikan perut anak kita kena pada kita dan pastikan badan diorang lurus. Jangan letak kepala anak kita kat lengan kita ye. p/s: Kalau anak kita dah besar, posisi ni mungkin tak leh apply sangat sebab ada banyak cara diorang yang tersendiri macam mana nak menyusu. ada sampai tertongeng-tongeng
  3. Cara macam mana kita masukkan puting dalam mulut anak kita.Mula-mula biarkan mulut anak kita terbuka luas then baru masukkan. Kita kena pastikan areola ( kawasan hitam disekeliling puting kita ) masuk sekali dalam mulut kita. Ada sesetengah ibu yang aerola dia besar, tak perlula nak jugak masukan semua…  Masukkan ikut selesa kita. nurse tu ada bagitau saya kalau nak tampung B kita or biakan pun boleh. Pesanan dia, jangan kita ke arah anak kita tapi biarkan anak kita yang pegi ke B kita. Kiranya, kita rapatkan anak kita kat kitala.
  4. Then masa anak kita menyusu tu, ada tak kita rasa sakit. Kalau tak sakit, insyaallah its a correct position. Kalau nak comfirm lagi sama ada anak kita menghisap dengan betul ke tak, kita tengok cara anak kita menghisap. Anak kita akan hisap.. hisap.. then telan… hisap.. hisap… then telan. Lepas tu tengok bibir anak kita ada tak macam ala-ala mencebik? Dagu and hidung ada tak sentuh B kita? Lepas tu kita ada tak dengar bunyi anak kita menelan air susu kita? Kalau ada, insyaallah, dah betulla tu
             
Kalau teknik penyusuan kita salah, puting kita akan luka dan kita akan berasa sakit semasa kita menyusukan anak kita. Itu adalah punca kenapa susu tidak dapat dikeluarkan dengan berkesan dan boleh jugak buatkan diri kita hilang motivasi dan semangat untuk teruskan breastfeed anak kita.
Kekerapan penyusuan juga membantu dalam meningkatkan penghasilan susu kita. Kita perlu susukan anak kita base on demand. Kalau anak kita asyik tidur je, 2/3 jam sekali kita perlu kejutkan dan beri dia susu. Insyaallah,  ini dapat membantu kita dalam usaha untuk menyusukan anak kita. Apa yang selalu saya terima atau baca berkenaan breastfeeding ni, adalah demand and supply. tinggi demand, maka tinggila supply kita. Lagi kerap kita direct/pam untuk anak kita, lagi banyak la susu yang terhasil dengan syarat, cara kita menyusukan anak kita tu, adakah betul caranya.

Jadi, cuba tengok dulu, kenalpasti punca kenapa susu kita tak banyak atau sikit. Adakah sebab kita salah teknik? Atau kita kurang pam bila berjauhan?


No comments:

Post a Comment