JellyPages.com

Tuesday, November 20, 2012

PERUTUSAN RAJA SEHARI

Assalammualaikum..
Mula jer cuti sekolah.. demam kenduri kawin pun menjelma juga.
cuti sekolah jer orang kawin..orang kawin jer cuti sekolah.. iyer dak??
 
Dah memang senonim cuti cuti sekolah ni orang buat kenduri kawin. mungkin kerana anak anak cuti sekolah maka mak bapak senang untuk buat kenduri. senang nak berjalan ke kenduri kendara sanak saudara serta rakan taulan.
 
Dan sekarang pun dah cuti sekolah. mula lah dapat kad kad jemputan orang kawin.
Aku dulu pun kawin masa cuti sekolah hehe.
tapi sebab tak saba nak kawin aku tak mau tunggu cuti sekolah yang panjang mcm ujung tahun ni. cuti sekolah 2minggu pertengahan tahun pun aku sebat kahkahkahkah.
lepas tu 9bulan kemudian hospital wad bersalin pun penuh..dah kawin serentak maka beranak pun agak agak serentak lah jugak kan hehehe
Tu sebab masa masuk hospital HUKM lahirkan ufairah dulu kemain penuh bilik bersalin tu macam macam jeritan dapat di dengar..huwaaaa seriau...
 
Jom lah imbas kembali perutusan raja sehari aku..Yang mempunyai seribu satu cerita di sebaliknya
almaklumlah awak citarasa gegurl mana nak kad jemputan yang skema ni..nak lah gamba katun laki pompuan sambil pegang belon duk kat atas pangkin tepi tu ada basikal tua..lahai sangat lah comell kad jemputan macam tu..macam kad befday pun ada heheh. baru lah santai tak formal
tapi laki ai kan sangat lah mahukan nostalgia kad jemputan zaman tok kaduk..kalau boleh yang krawang krawang design 10 tahun yang lepas..dia nak..tak mau katun katun..nak gamba tepak sirih kat depan. huwannn sangat zaman dolu kala..
 
 
 
Ni sampul kad jemputan..adalah cenonet gamba tepak sirih kat depan..tu dah leh buat muka laki aku senyum lebar.menepati citarasa dia..



Tak dapek jack nak letak gamba katun pegang belon tu..ha tu dia gamba katun pakai baju pengantin yang di luluskan hahahaboleh lah ada jugak katun..
 

Butir butiran majlis. Rumah aku kenduri hari sabtu hari ahad kenduri umah suami aku. Punyalah lah penat, nasib baik umah tak jauh. 1jam perjalanan jer..tapi bawak laju sikit boleh lah dalam 45minit heheh..

Ni baner pihak lelaki. Suami aku tema unggu maka baner ni pun dia nak unggu..lantak lah nak warna apa pun.asalkan gamba pengantin pompuan tu aku..hehehe
oh tu gamba masa bertunang..tunang kan tak lama 3bulan jer..
Ni baner umah aku..pompuan kan memang suka pink. fedulik kan orang kata warna pink tak sesuai. hehehe..keras pala bagi lah kat aku. Ufairah jangan ikut macam tu tau!!!
 
Dah setahun lebih pun cerita tu berlalu..Rase baru sangat lagi aku kawin.. cepat sungguh masa berlalu. Sekarang ufairah pun dah lahir ke dunia ni.. kejap jer dia dah 8bulan.. nanti kejap jer dia dah pandai nak mintak kawin kat aku..pastu aku pulak yang ada cucu..sungguh masa begitu pantas meninggalkan kita.
 
 
 
 

Monday, November 19, 2012

Kawan Baik

 
 
Assalammualaikum. 
 
 
 
 
Anak pompuan selalunya akan jadi kawan baik ibunya. Tempat ibunya bercerita meluahkan perasaan dan bertanya pendapat.
Ufairah kawan baik ibu..macam ibu dengan wan jadi kawan baik..berkongsi segala cerita suka dan duka.amin.. moga ufairah membesar menjadi anak yang solehah. harta ibu di kala ibu melelapkan mata untuk selamanya.
 
 
 
 

hepy befday & congratulationa!!!!

Assalammualikum..
 
Hari ni befday ayah ufairah.. so kali ni entri nak wish heppt befday kat ayah ufairah.
moga panjang umur murah rezeki. menjadi ayah yang terbaik untuk ufairah dan bakal bakal adik ufairah serta menjadi suami yang terbaik untuk ibu ufairah.
 
Semoga dengan pertambahan umur ini akan menambahkan lagi amal kebajikan untuk bekalan kita ke sana  amin.. Malam tadi sanggup tak tido awal semata mata nak wish kat ayah ufairah tepat jam 12malam. Mata kemain lagi ngantuk.. yang ufairah pulak macam tau tau jer..dia pun tak tido..dah cantik dah ufairah tido pukul 8 ingatkat dia tido sampai pagi..upanya anak dara ayah bangun pukul 11 tak tido sampai pukul 12lebih..agaknya dia pun nak wish kat ayah dia tepat jam 12 heheh
 
Tanya ayah ufairah nak adiah apa.. jadi mari kita saksikan dialog isteri mithali bersama suami tercenta
 
 Isteri   : minggu depan befday B kan, B nak adiah apa?? Ayang dah tak ada idea dah ni nak beli apa
 
Suami  : alah tak yah adiah pun tak apa..wish pun dah cukup..
 
isteri    : betul ni tak nak adiah??
 
Suami  : ok kalau macam tu ayang buatkan jer lah B kuih karipap yang ayang pernah buat hari tu. B   
               kan penggemar karipap yang tegar.
 
Isteri   : itu jer ke yang B nak?? (senang sangat heheh..tapi resepi tu entah ilang kemana..buat karipap
             pun ikut resepi hebat sungguh hahaha)
 
 
 

dah tutup cerita tentang befday ayah ufairah
 
 
Hari ni kan keputusan UPSR keluar.. Tahniah kepada anak buah aku Nur Nisha Amalia bt Norisham
memperolehi keputusan 4A 1B. bila tanya apa yang b dia jawab sains dia b. walaupun dia tak dapat 5A tapi dia dapat 4A tu pun dah besar rahmat syukur alhamdulillah.ingat lagi kata kata dia mingu mingu akhir nak UPSR.. "mocu boleh tak kalau kakak tak baca buku lagi..kakak dah penat" kalau kakak baca buku sampai saat akhir mst dapat 5A heheh..  Apa pun Mocu tetap berbangga dengan kakak. Muahhh baling kiss untuk kakak..love u.
 
 
 

Wednesday, November 7, 2012

JIWA KACAU..

Assalammualaikum..
Selamat pagi..Mood tak berapa nak baik.. Hati risau.. Hati hiba.. Hati sedih.
Benda yang paling aku takut sepanjang perjalanan menyusukan ufairah menjelma jua akhirnya. Minggu ni dah masuk 3minggu tiada produktion pengeluaran susu untuk ufairah.. Tak tahu apa salahnya, mana yang tak kena susu langsung tak mahu keluar.
 
Ya allah..sedihnya hati ini bila memikirkannya. Saat menulis entri ini juga terasa amat sebak..menahan empangan air mata supaya tidak banjir melimpah ke pipi.
Niat hati untuk menyusukan ufairah secara eksklusif selama dua tahun mungkin akan berkubur pada bila bila masa sahaja.
Stok susu ufairah semakin menurun.sayu sangat hati bila chek stok susu ufairah.
 
Ufaiah ibu dah cuba sehabis baik..semua benda ibu makan untuk banyakan susu sehinggakan ayah belikan ibu teh untuk banyak susu pun ibu minum..teh tu baunya ibu tak boleh tahan. Seperti bau ginseng cina, tapi ibu gagahkan jugak minum demi memperbanyakan susu ibu. Untuk menambahkan motiovasi ibu, ayah yang minum dahulu teh tersebut dan ayah terus cakap "ha tengok B dah minum dah sikit teh ni,biasa jer rasenya,bau akan ilang bila ayang masukan air teh ni dalam mulut,lepas tu terus telan" bila tengok ayah dah minum dengan muka yang slamber ibu pun minum. Ternyata kata kata ayah tadi hanya dusta semata mata.Hanya untuk menaikan semangat ibu. Hampir ibu termuntah minum teh tersebut.Cepat cepat ibu makan benda lain untuk ilangkan bau ginseng tu dalam mulut.
Penat tak ada susu ibu tuka semua peralatan mengepam. Ibu pujuk hati ibu mungkinkah peralatan mengepam ini yang punca ibu tak ada susu.  Setelah tuka semua peralatan mengepam ibu masih tidak ada susu jugak. Hari hari ibu mintak ayah doakan ibu selepas solat banyakan susu, ibu juga pesan dekat ufairah supaya doakan ibu banyak susu.
 
Seandainya ibu terpaksa berikan ufairah susu lain selain dari susu ibu ibu mintak maaf. ibu dah lakukan sehabis baik..ibu suka saat saat ufairah menyusu dengan ibu. Bila dah besar ni tiap kali menyusu ufairah akan mengusap ngusap muka ibu sambil menyusu. kepala ufairah akan berpeluh peluh ibu selalu akan menyusap ubun ubun ufairah sambil selawat dan berdoa ufairah akan jadi anak yang solehah bekalan ibu bila dah meninggal nanti. Bila ibu makan ufairah akan beria ria tengok apa yang ibu makan dan ibu akan cakap dekat ufairah,ufairah akan rase juga apa yang ibu makan ni nanti bila semua zat yang ibu makan menjadi air susu.
 
Moga allah mempermudahkan perjalanan penyusuan kita ufairah. Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk kita. Ibu berserah segalanya kepada ketentuan dia. Ibu tidak akan berputus asa. walaupun setiap kali mengepam tiada susu yang keluar ibu akan teruskan mengepam juga. Moga allah memberi rezeki kepada ufairah dan ibu..amin.
 
 
 

Friday, November 2, 2012

ufairah 8bulan

Assalammualaiku.
Salam jumaat.Semoga memberi rahmat kepada kita semua amin.
Ufairah dah pun genap 8bulan hari ni..ehh kenapa hari ini bukan kah ufairah lahir 1/03/2012 kenapa pulak 2/11/2012 baru genap 8bulan. Bukan semalam ke sepatutnya genap 8bulan.
ha ni semua pengiraan wan. masa aku dalam pantang pun wan suh aku kira lambat sehari. Alasannya ufairah memang lahir 1/03/2012 tapi pukul 11.03malam..dah nak pukul 12belas nak masuk hari lain..apa apa jer lah wan (*____*)
 
Pagi tadi ufairah bangun nak nyusu pukul 6pagi. lepas nyusu bila letak balik suh dia tido dia bantai nangis kuat kuat di pagi subuh yang hening..jadi ambik semula polok polok tepuk tepuk sikit montot dia,baru dia senyap.Baringkan dia masih lagi merengek rengek tapi tak macam sebelumnya lah melalak. Aku biakan jer dia merengek rengek tu..dan tiba tida terus senyap.aku ingatkan mungkin dah lena tido kot..pastu ayah dia bagun..tengok ufairah sedap jer tumpahkan air pastu lap dengan baju sendiri.abis basah baju tido dia..bagus anak ibu..Pagi pagi lagi ibu dah ada keje.
 
Merangkak sekarang kemain laju lagi.Masuk ke setiap bilik.Tak takut pun walaupun bilik tu gelap. tido dah tak mau sangat.Asik nak mengemas jer..jangan lah harap aku nak makan berdua duaan dengan ayah ufairah dengan aman damai..ada jer lah ufairah akan menyelit..bila tak dilayan..merangkak bawah meja makan main kaki ibu.
 
Bila time melipat baju sepantas kilat dia pun nak sama melipat. Aku lipat dia kirai aku lipat dia kirai..bagus anakku,jadilah anak yang solehah. *lapairmata*
Tapi semua yang dilakukan ufairah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami anak beranak..kengkadang aku saja jer buli dia. Masa dia merangkak pegang dua dua belah kaki dia sampai dia tak dapat bergerak.meronta ronta dia nak lepas kan diri sambil jerit-jerit kahkahkah
 
ok sampai sini sahaja laporan untuk kali ini..moga kita ketemu lagi di lain hari.. babai (*___*)