Assalammualaikum..
Minggu lepas aku di kabarkan dengan berita kematian kawan sebelah rumah aku kat kampung..
aku kan duduk kampung..jadi sejak aku lahir hingga sekarang duduk dekat rumah yang sama.. maka jiran tetangga ni dah jadi macam sedara mara..
kalau sakit pening kat kampung jiran lah yang tau dulu.. jiran lah yang datang rumah dulu berbanding sedara mara kita yang duk jauh kan..
umur arwah dengan aku jarak 2tahun jer.. sebab tu aku panggil dia kak ya. memang semua panggil kak ya.. Dulu masa aku nak kawin dengan En Nua aku berebut tarikh dengan kak ya heheh.. sebab dia pun nak kawin tarikh tu..nasib baik aku dulu yang beri tau kat ketua blok booking tarikh tu..jadi dia awal kan majlis 2 bulan dari aku..
Dapat anak pun kita orang sama sama.. cuma anak dia Qayyum tua dua bulan dari ufairah..
aku dalam pantangkan ufairah dia masih lagi cuti bersalin 3bulan..
sebelum puasa ari tu wan pergi umrah dia pun balik sambut wan balik dari umrah..
selalu duduk depan rumah dengan dia borak borak..sekarang memasing dah ada anak borak tentang anak pulakkk.. aku tak leh pandang qayyum di hari kebumi kak ya ari tu..sayu sangat rase hati aku ni.. kecik sangat qayyum untuk memahami situasi ini..
lagi bila kak ya meninggalkan kami secara mengejut.. hari sabtu tu aku balik sebab kawan baik aku kawin..llepas kenduri balik palong..malamnya lepas makan malam aku gerak balik kl semula..En nua kene keje ahad tu...pagi ahad tu dapat perkabaran kematian kak ya pulak.. lepas en nua keje aku terus balik..
Aku sampai palong lebih kurang pukul 2.30petang ahad tu.. ngam ngam aku sampai jenazah telah di kapankan.. aku mintak kebenaran aku nak jugak kucup kak ya buat kali terakhir..
dapat aku kucup kak ya kali terakhir..
mukanya sangat tenang..
selama ni dia sakit dia tak bagi tau sesiapa pun sakit dia dengan terperinci mak dia pun tak tau..
dia berjuang seorang diri..
Tak ada lagi kawan berborak aku.. tak ada lagi kawan mengadu aku..
sampai sekarang aku macam tak percaya perkara ni terjadi..
moga rohnya tenang di sana..
al-fatihah
nurul nadiah bt ramli
1984-2013
No comments:
Post a Comment