JellyPages.com

Wednesday, October 30, 2013

Bedak. rezeki dan jiran





Assalammualikum..

Anak dara dah besar dah pandai nak melawa sendiri..
Kalau leka sikit abis satu botol bedak letak kat muka.. bukan setakat muka jer dengan lantai lantai sekali berbedak *urut dada*


senyumanmu satu azimat


Cepat betul masa berlalu kan.. bila ufairah dah besar ni bukan main ramai lagi tanya bila ufairah nak jadi kakak.. heheheh.. Inn syaa allah kalau ada rezeki tak ke mana.

biasa sebenarnya orang kita ni..
bila nampak orang tu tak kawin... sibuk tanya bila nak kawin.. bila dah kawin pulak tak punya anak sibuk tanya bila nak ada anak..bila dah ada anak sebuk tanya bila nak dapat anak lelaki/perempuan pulak.. 
tak yah tanya lagi lah soklan-soklan macam ni.. sebab orang yang kita tanya tu pun tak tau nak jawab apa..

kan ni semua rahsia allah.. jodoh maut rezeki bukan kita yang tentukan.. allah lebih tau mana yang baik untuk kita.. sebab tu rezeki kita tak sama dengan orang lain..

ha kan mak encik dah membebel, mak encik kalau dah mula membebel tak leh henti ni..
muahahahah

Sebelum raya hari tu dapat surat dari pemaju rumah.. Rumah tu dah dapat sijil CF (syukur)
dan semalam dapat pulak surat dari bank, bank dah suruh baya penuh loan setiap bulan.. tu maksudnya rumah tu dah 100% siap.. sebelum ni kan bayar setiap bulan ikut progres rumah tu.
mungkin dalam sebulan dua ni dah boleh pindah kot..
bila pikirkan hal pindah ni..lemah rasanya lutut ni..
nak mengemas dan packing barang tu yang buat aku tak tido malam..
 penat jangan cerita lah hukhukhuk..


Sayang dengan rumah yang aku duduk sekarang ni.. Banyak kenangan kat situ..
yelah sejak kawin sampai sekarang aku duk situ..
dekat rumah tu lah aku belajar erti tanggungjawab terhadap keluarga yang kita bina..
di hiasi dengan perangai jiran tetangga..
dulu aku pernah cerita kan jiran bawah rumah aku yang sangat sangat cari pasal dengan kitaorang hehehe..

Tapi aku silap..aku diberikan seorang jiran yang tak boleh nak bertolak ansur tetapi ramaiiii lagi jiran yang sangat baik kat aku..

contoh jiran depan rumah aku..segi dia cakap aku rasa mungkin orang sabah atau orang indonesia. tak berapa pasti sleng cakap dia.. yang aku tau dia seorang yang baik.. jarang bertegur dengan dia sebab jarang jumpa..sekali tu waktu aku nak keluar rumah pergi kerja dia berikan aku sepinggan pulut kuning.. katanya "akak jarang jumpa adik, ni untuk adk" bukan setakat rumah aku jer dia beri rumah jiran yang lain pun dia beri pulut kuning tu tanda persahabatan barangkali.

jiran atas rumah aku orang cina.. aku tau dia orang cina sebab ada lah beberapa kali bila aku sidai kain di balkoni akan ada bau colok tu..
masa balik hari raya haji hari tu aku tengok dekat dapur ada bocor air dari tingkat atas..
jadi aku call tuan rumah suruh dia betulkan..uncle yang duduk atas rumah kitaorang tu turun betulkan sebab memang dia yang sepatutnya betul..
minggu lepas terjumpa uncle tu dekat lif rumah.. masa tu kebetulan kitaorang baru sahaja beli barang dapur..dengan berasnya dengan minyak masak nya..
tak cukup tangan untuk angkat.. uncle tu dengan rela membantu kitaorang angkat beras sampai ke depan pintu rumah kitaorang.. baik kan budi bahasa dia..

sebab tu aku kata aku hanya di uji dengan seorang jiran yang tidak boleh bertolak unsur tapi aku di kurniakan dengan ramai jiran yang baik..


Aku harap aku akan di kurniakan jiran yang baik baik juga di rumah baru nanti aminn..










Tuesday, October 29, 2013

sahabat & kawin.




Assalammualaikum..

ujung ujung tahun macam ni mulalah majlis orang kawin setiap minggu kan..
nanti bulan 12 musim cuti sekolah lagiiiii ramai yang akan buat kerja kawin..

minggu lepas dapat pergi kenduri kawan budak kelas masa sekolah dulu..



 

Selamat pengantin baru fika dan radzi. kitaorang dulu satu kelas.. masa sekolah tak bercenta dah kerja ni baru diorang bercinta.. jodoh itu rahsia allah kan.. bertemu jodoh mereka..
gembira dengan perkabaran diorang bercinta sehingga lah selamat di ijab kabul..syukur.

membe aku ammei yang edit gamba kat atas tu.. tepek kat fb..
kenapa kene edit..sebab aku sampai lambat kenduri ni.. bila time aku sampai diaorang dah nak balik.. jadi tukar tukar gamba dekat group wasap akhirnya terhasillah gamba edit dari ammei kat atas tu.



ni pulak gamba aku yang edit tepek kat group wasap.. tak nak kalah tu.. orang pakai baju pengantin awak nak jugak pakai baju pengantin. walaupun bukan lah title pengantin baru.. tak acilah kan fika je pakai baju pengantin heheh..





gamba yang aku edit tu tak ada gamba ammei dengan cikon. bukan aku tak mau letak gamba diorang.. aku tak tau nak edit bagi gamba diaorang masuk dalam edit yang aku buat tu..
sekali ammei balas dengan tepek gamba ni kat group wasap..
lagi besar gamba dia, dia edit..hahahah
balas dendam nampak kahkahkahkah..





cikon dah sentapp.. kenapa gamba dia masih tak ada jugak dalam setiap gamba yang di edit.. hahah..
akhirnya pengantin baru fika menyelamatkan keadaan..
tepek gamba kat atas ni kat group wasap.
puas hati cikon hahahah
semua gamba ada..semua dah kawin dalam group tu..fika penutupnya heheh..
dan semua orang gumbiraaaaaaa...


 

ingatkan dah abis cerita edit ni.. tetiba liza (pengantin baju kelabu) pulak tepek gamba ni kat group wasap..
semua orang gamba dengan pasangan sahaja tiada orang lain.. muka memasing semua senyum gumbira..yeahhhh dah kawinnn!!!!!!!
gamba ni sangat sweeeetttttt kannnnnnnnnnnnnnn..


umur makin meningkat dan makin ramai lah yang menamatkan zaman bujang..
moga persahabatan kita akan terus kekal mewangi hingga akhir hayat walaupun masing masing sudah punya keluarga sendiri sudah punya kehidupan sendiri.







Diriwayatkan bahawa:
Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah
"Ya rabb..
kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami puasa bersama kami dan berjuang bersama kami.

Maka Allah berfirman:
"pergilah kamu ke neraka lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah (HR: Ibnu mubarak dalam kitab Az-Zuhd)



Al-hasan Al-basri berkata:
"perbanyakan sahabat2 mukminmu kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti"


Ibnul jauzi pernah berpesan kepada sahabat2nya sambil menangis
"Jika kalian tiadak menemukanku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada allah tentang aku"

"wahai rabb kami..
hambamu si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau. maka masukan lah dia bersama kami di syurgamu"




ya allah

aku bermohon kepadamu
kurniakanlah kepadaku
sahabat2 yang selalu mengajakku untuk
tunduk patuh dan taat kepada syariatmu

kekalkanlah persahabatan kami hingga
kami bertemu di akhirat kelak...




















Tuesday, October 22, 2013

Adab Masuk Rumah Baru




Soalan.

Assalammualikum. Apakah perkara perkara sunnnah masuk rumah baru? Adakah azan 4  penjuru masuk di dalam sunnah?


Jawapan.

Waalaikumsalam.
Menurut buku rawatan islam yang di susun oleh dato'dr harun din, cara untuk memasuki rumah baru ialah seperti berikut..

1- Baca Bismillahirrahmanirrahim
2- Tepuk daun pintu 3 kali
3- Beri salam sebelum masuk ke dalam rumah
4- Jika tiada reaksi dengan apa apa bunyi (samaada cicak atau seumpanya) maka rumah itu belum ada penghuni. Rumah tersebut selamat di diami anda sekeluarga.
5- sekiranya semasa atau selepas beri salam terdengar bunyi cicak itu bermakna rumah tersebut telah ada penghuni yang anda tidak nampak. Sebagai jalan penyelesaian anda kene bukak pintu depan dan belakang sewaktu hampir maghrib dan azanlah 3 petang di ruang tengah rumah. habis azan tutup kedua dua pintu, lakukan selama 3petang semasa maghrib.



P/s-kita copy paste jer lah kan untuk ilmu bersama.

Sunday, October 20, 2013

Terima Kasih Swiss Garden



Assalammualaikum..

Minggu lepas balik dari kerja En Nua cakap kat aku ada HR dari hotel swiss garden kuala lumpur call dia..
Orang tu kata nak bagi baucer penginapan 3 hari 2 malam kat En Nua secara percuma.. PERCUMA yer..bukan diskaun..

rasa rasa aku sebagai isteri yang mithali ni percaya tak omongan En Nua tu?
Of coz i tak percaya yer..
mana ada hotel tetiba nak bagi kat ko duk free 3hari 2malam..hotel plak bertaraf 4star..
apa lagi terus aku bebel kat en nua.
"apa lah b ni percaya jer cakap orang tu
"mana ada orang nak bagi freeeee duduk hotel..misti kene bayar punyer"
"dah tu kita tak pernah pun duduk kat mana mana hotel tu masa bercuti apa baik sangat hati nak bagi kita baucer free tu"




En Nua tak boleh nak cakap apa bila aku keluarkan hujah hujah aku tu.. ingat cerita baucer free abis kat situ jer.. esoknya hari jumaat en nua call aku dekat opis pulak..

"ayang tak nak ke baucer ni..sayang kalau tak ambik.. b tanya pendapat je"

eh tak abis lagi mamat ni melobi aku setuju dengan baucer tu..

"pendapat ayang tak payah percaya..mana pulak nak bagi free misti ada 'sesuatu' nanti..b cube pikir secara logik"

"b rase ni betul.. orang hr tu suh comfirm untuk kita ambik baucer ni dekat hotel swiss garden esok pukul 4petang.. kita pergi yer.. "

ehh ehhh memula tanya pendapat pastu macam arahan pulak kene ikut dia ambik baucer tu..
sayang suami..layankan jer lah..





sampai dekat hotel swiss garden kuala lumpur tu..aku tengok ramai jugak dalam bilik yang di janjikan tu.. adalah kot dalam 30keluarga..
kene isi borang..dan setiap keluarga ada pegawai hotel tu yang akan layan..
macam kene briefing lah.

bila aku tanya kat pegawai hotel tu mengenai baucer ni..memang betul diaorang bagi free.. kira strategi marketing diaorang lah..memperkenalkan hotel mereka kepada orang ramai..
pegawai hotel tu siap bawak setiap keluarga pergi melawat bilik dan kemudahan kemudahan yang ada di hotel tersebut..
yang paling syok nak tengok pastilah tempat kolam renangnya..
sebab tempat tu yang boleh membuat ufairah menangis tak mau keluar dari kolam nanti heheh..
semuanya tip top..

 
bila aku tanya mana dapat no hp En Nua dia cakap dalam borang pelanggan yang dah duduk kat hotel diorang,ada kengkawan en nua cadangkan nama en nua duk kat hotel tu..

syukur...


masa brifing tu diorang ada terangkan mengenai vacation club yang diaorang ada..

agak menarik..dan dengan jayanya En Nua telah tertarik untuk menjadi ahli..
keahlian selama 30tahun.. setiap tahun ada 7hari penginapan percuma di mana mana swiss garden dan hotel yang di bawah naungan vacation club tu.
kiranya bila ufiarah besar pun boleh guna lagi lah..
jangka masa panjang..






Dan hadiah untuk aku yang ini.. pegawai yang melayan kami tu sangat baik..dia bagi 3baucer ni kat aku..
kalau tak kurus tak tau lah..pegawai tu perli aku barangkali muahahah
pergi ni 3 kali lepas tu makan 3minggu tanpa henti tak guna jugak kan heheheh..




 

pegawai tu tak tulis tarikh kira bila bila masa aku boleh pergilah..
yang tak bestnya boleh pergi dari monday- friday 10am-6pm
waktu bekerja lah pulak..
jadi aku agih agihkan baucer ni kepada teman teman yang duk area kL ni.. kira kalau diaorang cuti leh lah terjah pergi sini..
aku ni kalau ambik cuit wajib balik kampung..jumpa orang kampung kannn kannnn..
heheh..


Baucer ni untuk 2tempat sahaja dekat kuantan atau dekat damai laut. kene pilih salah satu.. tengah berkira kira nak pilih yang mana satu..
masa En Nua ajak ambik baucer ni aku lah orang yang membangkang..
tetapi bila dah dapat baucer dan ternyata ianya FREE aku lah orang yang paling gumbiraaaa kalah en nua..
Dia bila dapat baucer buat muke biasa jer..
aku senyumm sampai ke telinga (*___________*)




*ai is kedekut tapi benda free ai is suke*






















Wednesday, October 9, 2013

Mistik

Assaalammualikum..

Tajuk tak agak agak.. tak ada lah mistik mana pun..
dua tiga menjak ni rumah yang aku duduk tu macam kene kacau pulak...
nak takut sangat pun tak boleh sebab tu rumah kita kan..
apa macam nak takut duduk dalam rumah sendiri..

Tapi semua ni normal sebenarnya..kita juga berkongsi kehidupan dengan makhluk yang lain kan..
kita tak kacau diorang harap diorang tak kacau kita lah kan..
setakat nak tumpang lalu ker di persilakan.. jangan ganggu kami sudah..
semalam call wan cerita lah serba sedikit yang terjadi kat rumah tu..
dengan ufairah yang dah pandai cakap "akut (takut)" tu lagilah wat jiwa tak keruan heheh
tadi wan baru call tanya ada apa apa jadi lagi tak..
wan suh jangan takut sangat jagan ikutkan perasaan..
wan takut kalau takut sangat duk dalam rumah tu nanti boleh terjun bangunan lah..gadoh laki bini lah semua sebab takut dan kemurungan..
semua benda negetif wan pikir..
wan ni pun sampai ke situ pulak di pikirnya..
biasalah wan..benda kecik pikir sampai yang bukan bukan..
kasih seorang ibu kan..
susah hati dia pikirkan apa yang aku cerita dekat dia..


Buat masa ni tak ada lagi gangguan mistik tu terjadi..
ufairah pun main dalam rumah macam sedia kala..
anggap jer mainan perasaan kami laki bini dalam rumah tu..
dah 2tahun lebih aku duk rumah tu.. tak ada pulak aku nak rasa seram ni bagai.
sekarang ni jer rase sikit sikit.. tu sebab aku kata anggap jer ni mainan perasaan kami

Dulu masa ngandungkan ufairah lagi lah aku duk sorang dalam rumah tu masa En nua kene kerja hari ahad
sikit pun tak ada rase seramm.. sebab aku ni dah biasa duk sengsorang dalam rumah..
aku kan anak bongsu.. memang selalu lah duk rumah sengsorang ni..
jadi tak ada hal bagi aku..

Tak akan tetiba aku nak rase seram pulak kann..
kalau aku rase seram pun mana aku nak lari??
Lebih baik jangan rase seramm.
buat macam biasa jer hehe


ok cukup bebel mistik ni, banyak benda lagi yang aku nak bebelkan kat sini..





Monday, October 7, 2013

Yang ke 3



Assalammualikum..


ufairah memang suke kalau nak tido cari bear dia ni..
satu bear kawan aku bagi masa ufairah dalam 3bulan macam tu.. satu lagi bear beli tinggalkan kat umah mak imah sebab kat sana pun dia akan cari bear nak tido..dan satu lagi ni baru beli untuk letak dekat dalam kereta tapi ufairah angkut masuk dalam rumah





tak ada niat pun nak beli bear yang ketiga ni.. tapi ufairah dah tak mau lepas bear ni sambil nanges nangess nak jugakkkkkkk bear ni.. terpaksa la beli..
dulu masa dia kecik dia tak pandai nak nanges drama industan ni..sekadar tunjuk jer..bila aku cakap 'NO' dia ok jer..



sekarang bila dah besar ni dah pandai dah buat drama industan.. mengajuk pun pandai dah..
paling senang nak nengok ufairah ngajuk bila en nua marah dia..
terus diam tak bergerak..kaku.. sampai lah en nua pujuk dia balik baru lah dia bergerak.. tu en nua cakap nampak sangat pompuannya bila ngajuk macam tu..
hahahahah







semalam aku duk nengok tv dengan ufairah..
saje layan ufairah.. tanya mata mana mata..kang ufairah kelip kelip kan mata dia tunjuk idung..

pastu tak tau macam mana aku leh tanya ufairahh.

ufairah baby ibu mana baby ibu? (aku ingat dia nak tunjuk diri sendiri) tapi dia terus tunjuk kan pewot aku..
pastu aku cakap ufairah kiss baby ibu..berlari kiss pewot aku.. hahahahah.
en nua tengok dah senyum senyum dah..
aik ufairah dah pandai nak mintak adik ker???
kat pewot ibu ni tak ada baby sayang..lemak banyak lahhh hahahah..












Saman..



Assalammualikum..

Baca tajuk dah tau dah kan apa kesah yang akan aku bebelkan kat sini..
tragess okehh..
ini lah kali pertama selama bersama dengan NCF tu..

Ujung bulan lepas ajak en nua pergi downtown cheras.. sesapa yang duk area bandar tun razak tau lah kan downtown tu.. iyer downtown yang sentiasa ramai orang tu.. time ujung bulan pun ramai orang time dapat gaji apatah lagi..
Bila time orang ramai paking pun tak cukup lah kan.. dari dulu lagi memang macam tu lah keadaannya.. kemain ramai orang.. dan macam biasa paking lah kat bahu bahu jalan tu..
Balik dari situ nak masuk kereta tengok ada surat cinta dari abang polis..
hambek kene saman dah sebab paking kat bahu jalan..ehh dulu tak kene saman pun paking kat situ sekarang dah kene saman..
yang lagi best masa tengah duk belek surat cinta abang polis tu.. rileks jer nampak abang polis tu berjalan dari arah depan kitaorang..
gamaknya dia baru sahaja saman semua kereta depan kitaorang tu...lambat sikit jer lah kitaorang
kalau tak leh cabut sebelum kene saman kan huhuhuhu




En Nua wasap aku resit saman ni yang dia tengok online..
Semua ada pukul berapa kat mana no ic aku pun ada..


 


Taubat lah tak mau lagi dah pergi downtown tu.. aku sekadar nak cuci mata jer.. bukan ada niat nak beli apa apa pun masa tu.. sekali kene saman..
patutlah ada peniaga cina tu masa aku nak beli barang dekat dia dia cakap..belilah barang ni.. lagipun orang dah tak ramai nak datang downtown ni..polis tarik itu kereta..
aku ngan en nua dengar cina tu cakap terus bia betul polis nak tarik kereta orang datang downtown ni..
rupanya bukan tarik lah achong itu polis saman ma...
memang tak ada lah yang nak pergi downtown tu lagi..
beli barang tak seberapa saman yang lebih...mencikk!!!!