JellyPages.com

Sunday, October 20, 2013

Terima Kasih Swiss Garden



Assalammualaikum..

Minggu lepas balik dari kerja En Nua cakap kat aku ada HR dari hotel swiss garden kuala lumpur call dia..
Orang tu kata nak bagi baucer penginapan 3 hari 2 malam kat En Nua secara percuma.. PERCUMA yer..bukan diskaun..

rasa rasa aku sebagai isteri yang mithali ni percaya tak omongan En Nua tu?
Of coz i tak percaya yer..
mana ada hotel tetiba nak bagi kat ko duk free 3hari 2malam..hotel plak bertaraf 4star..
apa lagi terus aku bebel kat en nua.
"apa lah b ni percaya jer cakap orang tu
"mana ada orang nak bagi freeeee duduk hotel..misti kene bayar punyer"
"dah tu kita tak pernah pun duduk kat mana mana hotel tu masa bercuti apa baik sangat hati nak bagi kita baucer free tu"




En Nua tak boleh nak cakap apa bila aku keluarkan hujah hujah aku tu.. ingat cerita baucer free abis kat situ jer.. esoknya hari jumaat en nua call aku dekat opis pulak..

"ayang tak nak ke baucer ni..sayang kalau tak ambik.. b tanya pendapat je"

eh tak abis lagi mamat ni melobi aku setuju dengan baucer tu..

"pendapat ayang tak payah percaya..mana pulak nak bagi free misti ada 'sesuatu' nanti..b cube pikir secara logik"

"b rase ni betul.. orang hr tu suh comfirm untuk kita ambik baucer ni dekat hotel swiss garden esok pukul 4petang.. kita pergi yer.. "

ehh ehhh memula tanya pendapat pastu macam arahan pulak kene ikut dia ambik baucer tu..
sayang suami..layankan jer lah..





sampai dekat hotel swiss garden kuala lumpur tu..aku tengok ramai jugak dalam bilik yang di janjikan tu.. adalah kot dalam 30keluarga..
kene isi borang..dan setiap keluarga ada pegawai hotel tu yang akan layan..
macam kene briefing lah.

bila aku tanya kat pegawai hotel tu mengenai baucer ni..memang betul diaorang bagi free.. kira strategi marketing diaorang lah..memperkenalkan hotel mereka kepada orang ramai..
pegawai hotel tu siap bawak setiap keluarga pergi melawat bilik dan kemudahan kemudahan yang ada di hotel tersebut..
yang paling syok nak tengok pastilah tempat kolam renangnya..
sebab tempat tu yang boleh membuat ufairah menangis tak mau keluar dari kolam nanti heheh..
semuanya tip top..

 
bila aku tanya mana dapat no hp En Nua dia cakap dalam borang pelanggan yang dah duduk kat hotel diorang,ada kengkawan en nua cadangkan nama en nua duk kat hotel tu..

syukur...


masa brifing tu diorang ada terangkan mengenai vacation club yang diaorang ada..

agak menarik..dan dengan jayanya En Nua telah tertarik untuk menjadi ahli..
keahlian selama 30tahun.. setiap tahun ada 7hari penginapan percuma di mana mana swiss garden dan hotel yang di bawah naungan vacation club tu.
kiranya bila ufiarah besar pun boleh guna lagi lah..
jangka masa panjang..






Dan hadiah untuk aku yang ini.. pegawai yang melayan kami tu sangat baik..dia bagi 3baucer ni kat aku..
kalau tak kurus tak tau lah..pegawai tu perli aku barangkali muahahah
pergi ni 3 kali lepas tu makan 3minggu tanpa henti tak guna jugak kan heheheh..




 

pegawai tu tak tulis tarikh kira bila bila masa aku boleh pergilah..
yang tak bestnya boleh pergi dari monday- friday 10am-6pm
waktu bekerja lah pulak..
jadi aku agih agihkan baucer ni kepada teman teman yang duk area kL ni.. kira kalau diaorang cuti leh lah terjah pergi sini..
aku ni kalau ambik cuit wajib balik kampung..jumpa orang kampung kannn kannnn..
heheh..


Baucer ni untuk 2tempat sahaja dekat kuantan atau dekat damai laut. kene pilih salah satu.. tengah berkira kira nak pilih yang mana satu..
masa En Nua ajak ambik baucer ni aku lah orang yang membangkang..
tetapi bila dah dapat baucer dan ternyata ianya FREE aku lah orang yang paling gumbiraaaa kalah en nua..
Dia bila dapat baucer buat muke biasa jer..
aku senyumm sampai ke telinga (*___________*)




*ai is kedekut tapi benda free ai is suke*






















1 comment:

  1. jadi ahli untuk apa ya.. sbb sy pun terima panggilan untuk ke sana.

    ReplyDelete