JellyPages.com

Wednesday, October 30, 2013

Bedak. rezeki dan jiran





Assalammualikum..

Anak dara dah besar dah pandai nak melawa sendiri..
Kalau leka sikit abis satu botol bedak letak kat muka.. bukan setakat muka jer dengan lantai lantai sekali berbedak *urut dada*


senyumanmu satu azimat


Cepat betul masa berlalu kan.. bila ufairah dah besar ni bukan main ramai lagi tanya bila ufairah nak jadi kakak.. heheheh.. Inn syaa allah kalau ada rezeki tak ke mana.

biasa sebenarnya orang kita ni..
bila nampak orang tu tak kawin... sibuk tanya bila nak kawin.. bila dah kawin pulak tak punya anak sibuk tanya bila nak ada anak..bila dah ada anak sebuk tanya bila nak dapat anak lelaki/perempuan pulak.. 
tak yah tanya lagi lah soklan-soklan macam ni.. sebab orang yang kita tanya tu pun tak tau nak jawab apa..

kan ni semua rahsia allah.. jodoh maut rezeki bukan kita yang tentukan.. allah lebih tau mana yang baik untuk kita.. sebab tu rezeki kita tak sama dengan orang lain..

ha kan mak encik dah membebel, mak encik kalau dah mula membebel tak leh henti ni..
muahahahah

Sebelum raya hari tu dapat surat dari pemaju rumah.. Rumah tu dah dapat sijil CF (syukur)
dan semalam dapat pulak surat dari bank, bank dah suruh baya penuh loan setiap bulan.. tu maksudnya rumah tu dah 100% siap.. sebelum ni kan bayar setiap bulan ikut progres rumah tu.
mungkin dalam sebulan dua ni dah boleh pindah kot..
bila pikirkan hal pindah ni..lemah rasanya lutut ni..
nak mengemas dan packing barang tu yang buat aku tak tido malam..
 penat jangan cerita lah hukhukhuk..


Sayang dengan rumah yang aku duduk sekarang ni.. Banyak kenangan kat situ..
yelah sejak kawin sampai sekarang aku duk situ..
dekat rumah tu lah aku belajar erti tanggungjawab terhadap keluarga yang kita bina..
di hiasi dengan perangai jiran tetangga..
dulu aku pernah cerita kan jiran bawah rumah aku yang sangat sangat cari pasal dengan kitaorang hehehe..

Tapi aku silap..aku diberikan seorang jiran yang tak boleh nak bertolak ansur tetapi ramaiiii lagi jiran yang sangat baik kat aku..

contoh jiran depan rumah aku..segi dia cakap aku rasa mungkin orang sabah atau orang indonesia. tak berapa pasti sleng cakap dia.. yang aku tau dia seorang yang baik.. jarang bertegur dengan dia sebab jarang jumpa..sekali tu waktu aku nak keluar rumah pergi kerja dia berikan aku sepinggan pulut kuning.. katanya "akak jarang jumpa adik, ni untuk adk" bukan setakat rumah aku jer dia beri rumah jiran yang lain pun dia beri pulut kuning tu tanda persahabatan barangkali.

jiran atas rumah aku orang cina.. aku tau dia orang cina sebab ada lah beberapa kali bila aku sidai kain di balkoni akan ada bau colok tu..
masa balik hari raya haji hari tu aku tengok dekat dapur ada bocor air dari tingkat atas..
jadi aku call tuan rumah suruh dia betulkan..uncle yang duduk atas rumah kitaorang tu turun betulkan sebab memang dia yang sepatutnya betul..
minggu lepas terjumpa uncle tu dekat lif rumah.. masa tu kebetulan kitaorang baru sahaja beli barang dapur..dengan berasnya dengan minyak masak nya..
tak cukup tangan untuk angkat.. uncle tu dengan rela membantu kitaorang angkat beras sampai ke depan pintu rumah kitaorang.. baik kan budi bahasa dia..

sebab tu aku kata aku hanya di uji dengan seorang jiran yang tidak boleh bertolak unsur tapi aku di kurniakan dengan ramai jiran yang baik..


Aku harap aku akan di kurniakan jiran yang baik baik juga di rumah baru nanti aminn..










No comments:

Post a Comment