Assalammualikum..
Syuku alhamdulillah.. semua yang terjadi ini di atas izin-Nya.
Allah beri rezeki kepada ufairah aku hanya menumpang rezeki anak..rezeki ufairah.
Masa aku bersalinkan ufairah balik berpantang rumah wan.. masa dalam pantang tu en nua call aku dia cakap "ayang b rasa b nak beli rumah"
aku terkejut..ehh apa mimpi laki aku ni.. ke duduk jauh dengan anak isteri buat dia jadi tak keruan tu..
Bermulalah detik kami lalui bersama untuk merealisasikan impian en nua. almaklumlah kami ni bukan lah senang mana, abis bulan abis gaji.. nyimpan sikit sikit..
dari saat tu ikat perut ikat nafsu..
untuk simpan duit baya segala mak nenek dokumen tentang rumah.
Sekarang ufairah dah pun berumur 1tahun 8bulan.
rumah pun sudah siap..
isnin lepas 4 Nov 2013 bersamaan 30 Z.hijjah 1434 kami selamat dapat kunci rumah tu.
Kiranya hadiah tahun baru islam..
moga nikmat yang allah berikan ini lebih mengajar kami sekeluarga erti bersyukur..
ufairah.. nanti kalau ufairah dah pandai baca ufairah baca entri ni..ini lah umur ufairah masa kita ambik kunci rumah semenyih tu.. ufairah akan di besarkan di semenyih..
ikutkan hati ibu ibu mahu balik kampung besarkan ufairah tetapi di mana mana besarkan ufairah sama sahaja cuma ibu harus pandai mendidik ufairah supaya faham akan agama kita.
masuk dalam pejabat tu kene sain beberapa dokumen.. dokumen serah milik kot.
aku tak berapa nak ambik tau sebab sibukk jaga ufairah..
lagi lagi ufairah baru bangun tido.. tenaga dah cas..
satu pejabat tu dia melawat heheheh
suami tercenta sayaaaa...
En nua tekun sain menyain semua dokumen.
tengok list rumah.. agak ramai jugak owner yang dah ambik kunci rumah ni.
dari minggu lepas dah start owner ambik kunci rumah
haaaaa nengokk..
aku biakan jer dia.. minah ni agak jakun tengok cop cop yang banyak kat atas meje tu heheheh.
ikat rambut tu mak imah yang beli kan.. aku balun pakai..
Inilah kuncinya..
Ini no lot.. No rumah No 8
Inn Syaa Allah jika di izinkan allah kami akan berpindah ke sana pertengahan atau ujung bulan 12 ni.
semoga allah beri kami jalan dan permudahkan segala urusan kami amin..
No comments:
Post a Comment