JellyPages.com

Thursday, November 28, 2013

Step 3 - Lampu




Assalammualikum..

Semalam ambik cuti semata mata nak beli lampu.. kedai ni memang semua orang tau antara kedai lampu yang murah..
Kalau dekat blog blog pun semua orang kata ni kedai lampu murah..
ala kedai lampu dekat puchong tu..
sebelum ni En Nua dah pergi dah kedai ni servey jalan dan harga.. kalau ujung minggu memang penuh nanti pekerja tak terlayan.. maka En Nua menggunakan kuasa dia untuk mengarahkan aku ambik cuti semata mata nak pergi beli lampu ni di hari bekerja..





 

Tepi jalan je kedai ni.. tak susah nak cari..

Nama jer hari bekerja tapi semalam aku pergi beli lampu tu penuh jugak orang dalam kedai tu.. masa nak bayar siap kene ambik no lagi..dah mcam pergi bank palak rasenya hehehe..





Paking pun dapat paking yang jauh dari pintu kedai.. bila nengok orang ramai tu baru kitaorang teringat kan dah dapat gaji..agaknya ramai yang pergi beli lampu bila dah dapat gaji (aku lah tuuuuu).



 

sampai ada yang tunggu kat luar.. ni misti bohsan nunggu isteri memilih lampu ni muahahahah.. 

 

ha ambik ko...kat atas penuh dengan lampu jer.. fitam aku nengok lampu kemainkan banyak kat sini..
sama jugak macam kedai lampu hiasan yang lain cuma yang bezanya harga sahaja lebih murah dari kedai kedai biasa.. sebab tu kedai ni sentiasa ramai orang..


 

kat dinding pun penuh lampu.. tak ke fitam kalau banyak sangat lampu ni..huhuhuhu..
nak memilih lampu dengan bajet yang kita nak..


 

kipas pun banyak.. diaorang siap pasang kat atas siling.. tengok lah mana kipas yang pekenan di hati dan harga dalam bajet yang telah kita peruntukan..



 

 

ni lampu apa ehh.. downligh kot.. lampu kat siling rumah.. pilihh jer nak bingkai tu corak apa.. macam macam ada rambang mata jadinya.


 

Lepas kita pilih barang barang yang kita nak.. akan ada satu kaunter check sama ada barang yang kita beli tu ok ke tak..cukup ke tak item setiap barang..




aku memang puas hati betul bab check barang ni.. kalau beli mentol tu setiap satu dia check.. tak kesah lah beli berapa pun beli 3ketul dia check ketiga tiga ketul tu kalau beli 100ketul pun dia check 100 ketul lampu tu.

 

kalau kipas dia check setiap item dalam kipas tu.. pastu siap bagi tau kita lagi tu 'kak dalam kipas ni ada sepuloh item.. saya kira satu satu akak tengok'
bagus kan..
walaupun orang ramai tapi layanan tip top..
lepas dia abis chesk barang kita baru lah dia hanta no kita dekat kaunter untuk bayar..


lepas baya ada pekerja lain yang akan check resit dan pastikan semua barang yang kita beli keluar dari kedai masuk dalam kete kita..
lagi sekali baguskan heheh..












No comments:

Post a Comment