JellyPages.com

Friday, April 22, 2011

:-)

Saya nak senyummmmmmmmmmmmm heheheh..seyes nak senyum walaupun di pagi sabtu ni aku terpacak kat opis hahahahah..aduhai migration system punyer pasal aku yang di kerah kan stanby kat opis.."bos lepas bulan 5 saya tak mau dah stanby kat opis ni heheh".. weekend hanya untuk keluarga ok bos..
masa bujang ni tak kisah sangat lah nak stanby tapi bile dah kawin nnt tak mau lah..bile plak nak spend time ngan suami kan klu asik nak kene stanby jer kat opis ni huhuhuhu..

Yang membuatkan aku nak senyum ni adalah tentang tunang ku semalam bagi aku ikan laga..comeiii waner pink..ekor yang sangat panjang dan kembang heheh..aku sangat suke..aku letak kat atas meja opis ni..harap sangat ikan ni boleh tahan dengan keadaan econd opis aku ni yang kuat..kamu kene kuat yer ikan..setidaknyer bile lihat kamu berenang2 di celah2 rumpai tu rase lapang sikit dada ni..tak der lah stress sangat hehehe..kamu berenang sangat comei..seyes sangat comei..

Wednesday, April 20, 2011

~TolOnG LaH pERgi~

wahai mood yang tak best ni tolong lah pergi dari jiwaku ini..
sungguh aku tak suke ape yang aku rase ni..
rase nak bawak diri ni lari jauh2..
lari dari semua orang.


wahai mood yang best..tolong lah hadir dlm jiwaku skang ni...
sungguh aku perlukan mood yang best tu skang..
sangat rase tertekan..sangat rase tak best..sangat rase down..
sangat rase nak nangis huwaaaaaaaaaa...


wahai hati..
jgn lah buat jiwa ku terseksa macam ni..
banyak2 kan lah bersabar..
jangan ikut bisikan syaitan tu..
jangan lah terlalu cepat sangat untuk tersentuh
dengan perkara perkara yang kecil..
dengan perkara perkara yang remeh temeh..
jangan lah terlalu cepat untuk berkecil hati..
huhuhhu...

Monday, April 18, 2011

~nAk PaKai hennA boleH tAk Bos?~

Soklan tu dah banyak kali gak aku tanyer kat buah ati aku tu..leh tak nak pakai inai berukir tu masa kawin..jawapan tetap sama..tak boleh huwaaaa...hheheh..
teringin lah nak mempoyokan diri time tu, bukan selalu pun sekali seumur hidup kan bersanding ni haruslah buat yang 'segedik' mungkin hahahah..

                                                                No 1  sumber dari google

tak yah nak banyak2 sangat simple2 macam kat atas tu jer yang aku nak..klu aku pakai yang beria2 takut kalah kajol plak..almaklumlah kulit aku ni dah ada gaya dah keturunan india hahaha



                                                            No 2 sumber dari google

kan ada gak nampak sopan tak der lah gedik sangat kan klu pakai inai henna ni hehehe..tapi aku tak mau lah pakai sampai ke pergelangan atas tu..nak pakai kat tapak tangan tu jer hehehe..atau cube lak nengok gamba kat bawah ni..


                                                                No 3 sumber dari google

Sah aku yakin sangat encik tunang aku tu mahu aku pakai inai mcm gamba no 3 ni heheh...kate nyer tak boleh pakai inai henna ni..menyerupai tatu..ohhh..ehh tatu ni bukan ker di haramkan kerana apabila kita mengambil wuduk air tidak masuk kat kulit tu..tapi henna ni hanyer inai..tak der masalah kan untuk air lalu apabila kita mengambil wuduk..dan oleh itu aku cube merajinkan diri untuk masuk ke laman web agama islam untuk mencari kepastian..tak lupe gak aku meninjau masuk ke blog2 yang berkaitan dengan inai ini..
jadi keputusannyer aku copy paste kan kat bawah..harap maklum lah aku memang jenis pemalas tau mau buat kesimpulan sendiri ape yang aku baca..copy paste dah cukup senang..menyenangkan hidup aku hahahah..


KEPUTUSAN PERTAMA..
Aku paste kan ape yang aku baca kat blog kengkawan yang lain..

Diperoleh daripada soal jawab dari JAKIM:

Kemusykilan #1
Soalan :
Assalamu'alaikum wbt,
Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan hukum iaitu apakah hukumnya memakai inai yang bercorak dan berukir? Setelah merujuk pada laman web JAKIM, memakai inai yang biasa diharuskan hukumnya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi memakai jenis inai yang bercorak dan berukir? Terima kasih. .
Jawapan :
Waalaikumussalam,
Harus memakai inai bercorak dan berukir seperi corak bunga bagi pengantin perempuan tetapi dengan syarat tidak bercorak haiwan atau benda-benda hidup

Kemusykilan #2
Soalan :
Apakah hukumnya memakai inai berukir seperti trend pengantin sekarang?.
Jawapan :
Hukum memakai inai berukir harus bagi wanita,dengan syarat ukiran inai tersebut tidak menyerupai benda-benda hidup..

Kemusykilan #3
Soalan :
Assalamualaikum.Saya ada kemusykilan mengenai pemakaian inai di tangan.Saya seorang pelukis inai(henna) untuk pengantin.Saya ada terbaca artikel bertarikh 8/5/2007 di dalam website ini,pihak JAKIM mengatakan bahawa harus memakai inai di tangan kerana ia bukan menyerupai tatu.Saya juga ada terbaca surat khabar mingguan malaysia bertarikh 10/2/2008 di muka hadapan pemakaian inai ala tatu dilarang.Soalan saya disini,adakah memakai inai yang dilukis di tangan itu diharamkn sama sekali walaupun ia bercorak bunga ( corak arabic) bukan bercorak binatang atau haiwan cthnya seperti gambar yang disiarkan di dalam mingguan malaysia itu.Saya risau selagi tidak mendapatkan kepastian dari pihak JAKIM.Terima kasih .
Jawapan :
Waalaikumussalam, memakai inai atau mengukir inai di tangan pengantin perempuan diharuskan dengan syarat bukan bercorak benda-benda hidup..

Rujukan: JAKIM


KEPUTUSAN KEDUA..
ini pulak pandangan para ulama' yang aku paste kan..

pada pandangan saya untuk menghasilkan hukum yg tepat kita tidak seharusnya hanya melihat pada aspek teks sahaja tapi kita juga perlu memahami dari segi budaya, antropologi dll i.e apa dia yg dimaksudkan dengan bertatu dizaman nabi tu kerna sesuatu hukum itu tak diberikan dalam vakum tetapi berdasarkan konteksnya.

memahami budaya bagi menghasilkan hukum sesuatu perkara yg baru dan asing dalam ilmu fiqh. ia termasuk dalam bab memahami illah (sebab) sesuatu hukum = jika ada illah, adalah hukum tu. jika tidak ada, tidak adalah hukum tu.

apa dia budaya dan falsafah bertatu di zaman itu?? adakah ia hanya haram kerna aspek lukisannya, atau kerna ia tak mensahkan wudu' atau kerna ada pemikiran khurafat disebaliknya atau kerna ia menggunakan jarum yg menusuk kulit.

saya tak buat kajian mendalam, tapi sekali imbas saya perhatikan ada banyak perbezaan dari segi falsafah dan teknik antara bertatu sebagaimana yg diamalkan oleh masyarakat asli i.e. badwi arab dizaman nabi, dayak di amerika selatan, iban dll dengan budaya berinai yg berukiran bunga-bunga yg kita lihat di kalangan masayarakat indo-pakistan yg popular di hari ni di kalangan org melayu.

dalam hal ini, mengqiyaskan hukum dalam hadis tu kepada amalan berinai yg berukir awan larat oleh kaum pompuan pada pandangan saya adalah, dalam istilah hukum, qiyas ma`al fariq. erti mudahnya ia bukan apple to apple analogy.

namun, ada juga kecenderungan hari ini yg mahu menggunakan inai sebagai alternatif bagi tatu konvensional = melukis imej-imej tertentu tetapi dengan menggunakan inai atau bahan-bahan yg tidak kekal semata-mata kerna terpengaruh dengan budaya tatu konvensional. dan sifat ketidakkekalan tatu tu, dijadikan helah utk bertatu, tapi rupanya hampir sama dengan yg kekal.

yg seperti ni mmg wajarlah dilarang, tetapi larangannya ialah kerna niat melakukannya tak betul = terpengaruh dgn satu budaya yg mempunyai unsur-unsur negatif, berbangga dengan sesuatu yg terdapat larangan oleh agama, apatah lagi kalau imej-imej itu, adalah imej yg mmg islam tidak suka.

namun untuk extend aplikasi hadis tu kepada semua bentuk lukisan berinai ala indo-pakistan yg biasa kita nampak di tangan pengantin-pengantin pompuan seperti yg satu masa dulu ditunjukkan oleh kakz, lalu kita katakan mereka sumer tu kena laknat allah.. saya tak bersetuju.

hukum bentuk inai yg sedemikian tidak jatuh dalam hadis berkenaan, tapi jatuh dalam hukum bersolek dan berhias bagi org pompuan.

p/s-jadi apabila encik tunang aku tu baca ni semua dia boleh bagi tak kebenaran untuk aku pakai inai henna tu nanti..huhuhu..kalau dia still tak bagi jugak terpakselah aku berangan jer nak pakai inai ni di hari bersejarah tu nanti huwaaaaaa..

semua persoalan aku dah terjawab sekarang..jadi misi aku seterusnya adalah misi memujuk untuk mendapatkan kebenaran tu hehehe..yang penting aku mesti dapatkan kebenaran tu..ape perlu aku buat..adakah aku perlu bermain "kotor" untuk misi kali ini hahahahaha..petang ni blanja dia mkn (seyes aku dah lama tak blanja encik tunnag aku mkn) n than bg tau niat murni hati ku ini mengenai pakai inai ni..adushhh sangat 'kotor' permainan yang aku lakukan ini..jap ehh ingat encik tunang aku tu leh jalan ker setakat rasuah blanja makan tu hahahahah..

Wednesday, April 13, 2011

~tEriMa kAsiH enCik tUnaNg~

Assalammualaikum..
Hari ini dengan begitu awal aku sudah tercegat kat opis ni..
bukan kerana aku rajin..dan dtg awal kat opis ni bukan lah rutin harian aku..
ni semua gara2 encik tunang aku tu..dia yang kene pergi kursus dengan aku2 sekali kene datang awal kat opis huhuhuhu..tapi yang best nyer dia siap belikan aku sarapan..sweet kan hahaha..ala nak tutup rase bersalah dia lah tu coz pakse aku dtg awal opis..huhuhu.. (andai suatu hari nnt anak aku berpeluang baca blog ni..ketahui lah ayah kamu mmg sangat bertanggungjawab pada ibu mu ini wakakaak)~mood berangan~

ok stop..beralih cerita lain..aku ada tulis entry yang aku nak novel pergilah air mate penulisan hanni ramsul..semalam akhirnya mr tunang aku tu mengotakan janji nya untuk blanja aku novel tu..sebelum ni mmg susah nak cari novel tu tapi semalam bile pergi menghabiskan masa dekat kedai kegemaran aku (POPULAR) memang banyak giller buku tu sampai hehehe..
seyes aku sangat teruja nak baca novel tu hehehe..dulu aku dah baca online tapi mcm biasalah klu
baca online ni kompom ceritanyer tergantung huhuhuhu..

itu sahaja yang aku nak update..ermm aku terpikir gak..skang aku rajin lah update blog aku ni..sampai bile penyakit rajin ni ada aku pun tak tau..nanti dah kawin ada lagi tak penyakit rajin update blog ni lagi ha???? hehehe..

p/s~mood tak saba nak tunggu bulan 5...hello ko memang sangat gatal yer hafizah..ehh sorry sikit aku bukan gatal oke aku hanyer nak mempercepatkan langkah mendirikan rumahtangga..back up diri sendiri huwaaaa..

Tuesday, April 5, 2011

~BeLajAr TaAt dAri SekaRang~

Yuhuu...
Assalammualaikum..wahh pepagi lagi aku dah menjenguk blog aku ni..sangat rajin atau ada benda lain hehehe..sesungguhnya aku bukan lah rajin untuk menulis di saat ini..dengan kesibukan kerja setiap pagi..tapi aku sudah tidak sanggup untuk menjawab persoalan di hati ku ini huwaaaaaaaaaa...

Minggu lepas aku ngan mr tunang aku sudah pergi ke hs kreatif..ni kedai buat kad kawin lah hehhe..aku pun baru tau..aku rase bab preparation perkahwinan aku ni mr tunang aku tu yang banyak memainkan peranan..dari kusus kawin,cari rumah sewa,book appt ujian hiv sehinggalah mencari kedai tempah kad yang murah semua dia yang buat...bukan aku tak mau buat..masalahnyer aku mana lah tau jln kat KL ni..tapi penyakit tak tau jln aku ni memang serius oke..sangat kritikal penyakit aku tu..bayangkan masa aku mule pindah keje sini..seminggu aku sesat tiap kali balik keje..dahsyat kan..semua orang gelak kan aku..tapi dah memory mengingat jalan aku ni rendah nak wat mcm mana.."b nanti boleh tak belikan ayang gamin tu..senang ayang g jenjalan kompom tak sesat hahahah'  dialog ni mmg selalu jer aku gunakan dengan mr tunang aku tu hehehehe...

Berbalik pada cerita kedai kad kawin aku tu tadi..ya allah memang banyak lah kad kawin kat situ..banyak pilihan..dah jadi rambang mate..semua pakej ada..mengikut bajet yang kita peruntukan..berbaloi2 heheheh..
punyer lah lama aku kat dalam kedai tu..akhir sekali tinggal kami berdua jer dlm kedai tu tapi tak gak dapat pilih kad yang di inginkan..ini kerana citarase aku ngan mr tunang aku berbeza hehehehe..


sumber dari google



sumber dari google

aku pekenan kad kawin yang berbentuk santai..tidak menunjukan kad kawin..aku memilih kad kawin yang ada gamba katun..mcm cover cd album pun yer gak aku nengok heheh..ala2 mcm gamba kat atas tu hehehe..tapi boleh plak mr tunang aku ckp mcm kad hari raya hehehe..geli hati aku dengar nak marah pun ada gak heheheheheh..

smber dari google

nak tak nak kene lah ikut gak ckp dia..dia yang pilih kad kawin aku..ala2 old scool tu..zaman dulu kala punya kad kawin..huwaaa...aku akan bersedia dari segi mentel dan fizikal untuk melihat hasil kad kawin tu ujung bulan ni hehehehe..wahai hafizah belajarlah taat pada suamimu dari sekarang..

AlhaMduLiLLaH..Step Foward..

Assalammualaikum...
alhamdulillah..selesai sudah majlis pertunangan aku pada 26 mach 2011 ari tu..aku sudah menjadi tunangan orang..oleh itu kompom aku encik anwar punyer heheheh..pergghh ayat sangat tidak menahan..insyaallah doakan yang terbaik buat kami..

setinggi jutaan terima kasih ku ucapkan kepada keluarga,sanak saudara serta sahabat andai yang menjayakan majlis pertunangan aku tu..tak dapat aku balas jasa baik semua..tak lupa jugak kepada jiran tetangga yang bertungkus lumus memasak lauk pauk bagi santapan para tetamu pada hari tersebut..

Dalam pada orang meraikan kegembiraan aku..ada gak yang tak gembiranyer..anak buah aku nur dini iwani bte norisham hahahah penuh aku tulis nama nyer disini heheh..baru berusia 4tahun dan sangat rapat dengan aku..tak der lah semua anak buah aku rapat ngan aku..tapi mungkin dia ni ala2 gedik dan aku suke melayan tu sebab dia lebih rapat pada aku..bukan gedik yang ape..dia ni suke melawa.. kalau nengok aku bersiap2 nak kua..dia pun mule lah nak mengacau..abis beg mekap aku tu di lihatnyer..tau plak tu setiap fungsi alat mekap tu hhehehe sangat pandai oke kanak2 zaman skang..main game kat laptop..aku dulu usia mcm dia nak pegang komputer pun takut..takut meletop komputer tu..dia selamber jer bukak laptop aku main game..siap tau lagi nak cari game barbie dia tu dalam intenet..fuhhhh..sungguhlah budak zaman skang ni...

wani ni ada perangai pelik dia sikit..dia suke cium pengantin..pengantin yang siap di mekap oleh mak andam sahaja oke..hehehe... ari tu masa aku bersiap nak bertunang.. dari start mak andam aku mekap aku sampai ke sudah muke dia sangat ketat..yang tak leh tahan dia siap cekak pinggang time tetamu datang dan berbincang di ruang tamu..lepas aku bersiap aku panggil dia nak tangkap gamba..tak senyum oke..muke still ketat..tak mau pun kiss aku..mcm dia sangat marah..nenek aku kate dia marah aku nak kawin..hehehe..kalau aku kawin pun aku still sayang dia..mocu tetap sayang baby wani lah..mocu tetap akan layan kerenah baby wani..mocu tetap akan tido polok2 ngan baby wani lah (tapi ni kene mintak kebenaran pocu dulu lah)..
aku pun mcm tak caya aku akan bergelar seorang isteri tak lama lagi..aku harap akan menjadi isteri solehah..menyenangkan suami..opss terjiwang plak heheh..
dah banyak ni aku mengarut..skang step seterusnyer dah tak lama jer lagi..tengah sibuk untuk majlis perkahwinan aku plak..

syukur padamu ya allah kerana mengirimkan seorang lelaki yang sangat memahami aku baik hati dan mencintai aku seadanya..sesungguhnyer nikmat mu ini sangat besar bagi ku..kerana ku tahu aku insan yang tidak sempurna...setelah aku harungi segala dugaan darimu akhirnya ku temui seorang insan yang sangat sempurna di mataku..syukur ya allah..


Dulu aku suke lagu ni (di saat putus cinta lah konon..ahahah sungguh cinta monyet)

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah
Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya
Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

p/s~bab korus dia tu aku suke.."kirimkanlah aku kekasih yang baik hati yang mencintai aku apa adanya"..kerana aku sedar aku tidak sebaik siti khadijah dan tidak secantik seri kandi para solehin..tetapi punya impian untuk memiliki insan yang terbaik..(B ayang  sayang B dunia akhirat..semoga ayang boleh menjadi seri kandi di hati B :-)