JellyPages.com

Monday, April 18, 2011

~nAk PaKai hennA boleH tAk Bos?~

Soklan tu dah banyak kali gak aku tanyer kat buah ati aku tu..leh tak nak pakai inai berukir tu masa kawin..jawapan tetap sama..tak boleh huwaaaa...hheheh..
teringin lah nak mempoyokan diri time tu, bukan selalu pun sekali seumur hidup kan bersanding ni haruslah buat yang 'segedik' mungkin hahahah..

                                                                No 1  sumber dari google

tak yah nak banyak2 sangat simple2 macam kat atas tu jer yang aku nak..klu aku pakai yang beria2 takut kalah kajol plak..almaklumlah kulit aku ni dah ada gaya dah keturunan india hahaha



                                                            No 2 sumber dari google

kan ada gak nampak sopan tak der lah gedik sangat kan klu pakai inai henna ni hehehe..tapi aku tak mau lah pakai sampai ke pergelangan atas tu..nak pakai kat tapak tangan tu jer hehehe..atau cube lak nengok gamba kat bawah ni..


                                                                No 3 sumber dari google

Sah aku yakin sangat encik tunang aku tu mahu aku pakai inai mcm gamba no 3 ni heheh...kate nyer tak boleh pakai inai henna ni..menyerupai tatu..ohhh..ehh tatu ni bukan ker di haramkan kerana apabila kita mengambil wuduk air tidak masuk kat kulit tu..tapi henna ni hanyer inai..tak der masalah kan untuk air lalu apabila kita mengambil wuduk..dan oleh itu aku cube merajinkan diri untuk masuk ke laman web agama islam untuk mencari kepastian..tak lupe gak aku meninjau masuk ke blog2 yang berkaitan dengan inai ini..
jadi keputusannyer aku copy paste kan kat bawah..harap maklum lah aku memang jenis pemalas tau mau buat kesimpulan sendiri ape yang aku baca..copy paste dah cukup senang..menyenangkan hidup aku hahahah..


KEPUTUSAN PERTAMA..
Aku paste kan ape yang aku baca kat blog kengkawan yang lain..

Diperoleh daripada soal jawab dari JAKIM:

Kemusykilan #1
Soalan :
Assalamu'alaikum wbt,
Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan hukum iaitu apakah hukumnya memakai inai yang bercorak dan berukir? Setelah merujuk pada laman web JAKIM, memakai inai yang biasa diharuskan hukumnya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi memakai jenis inai yang bercorak dan berukir? Terima kasih. .
Jawapan :
Waalaikumussalam,
Harus memakai inai bercorak dan berukir seperi corak bunga bagi pengantin perempuan tetapi dengan syarat tidak bercorak haiwan atau benda-benda hidup

Kemusykilan #2
Soalan :
Apakah hukumnya memakai inai berukir seperti trend pengantin sekarang?.
Jawapan :
Hukum memakai inai berukir harus bagi wanita,dengan syarat ukiran inai tersebut tidak menyerupai benda-benda hidup..

Kemusykilan #3
Soalan :
Assalamualaikum.Saya ada kemusykilan mengenai pemakaian inai di tangan.Saya seorang pelukis inai(henna) untuk pengantin.Saya ada terbaca artikel bertarikh 8/5/2007 di dalam website ini,pihak JAKIM mengatakan bahawa harus memakai inai di tangan kerana ia bukan menyerupai tatu.Saya juga ada terbaca surat khabar mingguan malaysia bertarikh 10/2/2008 di muka hadapan pemakaian inai ala tatu dilarang.Soalan saya disini,adakah memakai inai yang dilukis di tangan itu diharamkn sama sekali walaupun ia bercorak bunga ( corak arabic) bukan bercorak binatang atau haiwan cthnya seperti gambar yang disiarkan di dalam mingguan malaysia itu.Saya risau selagi tidak mendapatkan kepastian dari pihak JAKIM.Terima kasih .
Jawapan :
Waalaikumussalam, memakai inai atau mengukir inai di tangan pengantin perempuan diharuskan dengan syarat bukan bercorak benda-benda hidup..

Rujukan: JAKIM


KEPUTUSAN KEDUA..
ini pulak pandangan para ulama' yang aku paste kan..

pada pandangan saya untuk menghasilkan hukum yg tepat kita tidak seharusnya hanya melihat pada aspek teks sahaja tapi kita juga perlu memahami dari segi budaya, antropologi dll i.e apa dia yg dimaksudkan dengan bertatu dizaman nabi tu kerna sesuatu hukum itu tak diberikan dalam vakum tetapi berdasarkan konteksnya.

memahami budaya bagi menghasilkan hukum sesuatu perkara yg baru dan asing dalam ilmu fiqh. ia termasuk dalam bab memahami illah (sebab) sesuatu hukum = jika ada illah, adalah hukum tu. jika tidak ada, tidak adalah hukum tu.

apa dia budaya dan falsafah bertatu di zaman itu?? adakah ia hanya haram kerna aspek lukisannya, atau kerna ia tak mensahkan wudu' atau kerna ada pemikiran khurafat disebaliknya atau kerna ia menggunakan jarum yg menusuk kulit.

saya tak buat kajian mendalam, tapi sekali imbas saya perhatikan ada banyak perbezaan dari segi falsafah dan teknik antara bertatu sebagaimana yg diamalkan oleh masyarakat asli i.e. badwi arab dizaman nabi, dayak di amerika selatan, iban dll dengan budaya berinai yg berukiran bunga-bunga yg kita lihat di kalangan masayarakat indo-pakistan yg popular di hari ni di kalangan org melayu.

dalam hal ini, mengqiyaskan hukum dalam hadis tu kepada amalan berinai yg berukir awan larat oleh kaum pompuan pada pandangan saya adalah, dalam istilah hukum, qiyas ma`al fariq. erti mudahnya ia bukan apple to apple analogy.

namun, ada juga kecenderungan hari ini yg mahu menggunakan inai sebagai alternatif bagi tatu konvensional = melukis imej-imej tertentu tetapi dengan menggunakan inai atau bahan-bahan yg tidak kekal semata-mata kerna terpengaruh dengan budaya tatu konvensional. dan sifat ketidakkekalan tatu tu, dijadikan helah utk bertatu, tapi rupanya hampir sama dengan yg kekal.

yg seperti ni mmg wajarlah dilarang, tetapi larangannya ialah kerna niat melakukannya tak betul = terpengaruh dgn satu budaya yg mempunyai unsur-unsur negatif, berbangga dengan sesuatu yg terdapat larangan oleh agama, apatah lagi kalau imej-imej itu, adalah imej yg mmg islam tidak suka.

namun untuk extend aplikasi hadis tu kepada semua bentuk lukisan berinai ala indo-pakistan yg biasa kita nampak di tangan pengantin-pengantin pompuan seperti yg satu masa dulu ditunjukkan oleh kakz, lalu kita katakan mereka sumer tu kena laknat allah.. saya tak bersetuju.

hukum bentuk inai yg sedemikian tidak jatuh dalam hadis berkenaan, tapi jatuh dalam hukum bersolek dan berhias bagi org pompuan.

p/s-jadi apabila encik tunang aku tu baca ni semua dia boleh bagi tak kebenaran untuk aku pakai inai henna tu nanti..huhuhu..kalau dia still tak bagi jugak terpakselah aku berangan jer nak pakai inai ni di hari bersejarah tu nanti huwaaaaaa..

semua persoalan aku dah terjawab sekarang..jadi misi aku seterusnya adalah misi memujuk untuk mendapatkan kebenaran tu hehehe..yang penting aku mesti dapatkan kebenaran tu..ape perlu aku buat..adakah aku perlu bermain "kotor" untuk misi kali ini hahahahaha..petang ni blanja dia mkn (seyes aku dah lama tak blanja encik tunnag aku mkn) n than bg tau niat murni hati ku ini mengenai pakai inai ni..adushhh sangat 'kotor' permainan yang aku lakukan ini..jap ehh ingat encik tunang aku tu leh jalan ker setakat rasuah blanja makan tu hahahahah..

6 comments:

  1. tetap tak boleh.. akan timbul unsur2 riak dan nak menunjuk2 akan kecantikan dgn berhias di khalayak ramai yg bukan mahram.. saya pun tak suka henna cmtu, serabut dan tak cantik.. acik pun tak bagi pakai henna mase bulan 5 nnt. acik nak giling inai daun..

    ReplyDelete
  2. tak der pun niat nak riak mcm tu huhu..org tak kawin pun pakai gak kan..tapak tangan bukan lah aurat..masing2 punyer citarase tersendiri heheheh.

    ReplyDelete
  3. huhu.. kak long jgn kecik ati ye.. adik di sini mintak maaf..

    ReplyDelete
  4. ape barang pakai inai??pkai lah pewarna kuku *cmner dah nk eja bhse org putih..ckp tau lerrr..hihihi...pkai lh inaI..sbb time nie jea lerr leh pkai inai gedix2 nie..time birthday ko pkai rsnye dh senget otak ko plk org kate..kihkih..

    ReplyDelete
  5. hahah..klu time befday aku pakai inai tu ape salah nyer huwaaaa..tak senget mana pun otak aku ni heheheh...aku takut ko menangis jer nengok aku terlampau gedik time sanding tu nnt hahahaha..

    ReplyDelete