Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)...
Kenapa kita digalakkan berpuasa.. sebab hari ini melakarkan beberapa peristiwa besar dlm sejarah Islam:
* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
* Nabi Isa diangkat ke langit.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari
40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera
Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah mencipta alam.
* Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Juga cara berpuasa hari Asyura: Puasa sehari sebelum 10 Muharam arau sehari selepasnya.. utk membezakan kita daripada Kaum Yahudi..
Selain berpuasa hari ini, dianjurkan solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar. Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: “Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.(bagus amalan utk kita sbb kpdNYA lah kita memohon segalanya..
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menyayangi anak-anak yatim, dan lebih menyayangi mereka pd hari 10 Muharram (Asyura). Dan menjamu serta bersedekah pd 10 Muharram bukan hanya pada anak yatim tapi keluarga, anak, isteri, suami dan orang orang terdekat, kerana itu sunnah Baginda SAW dan pembuka keberkahan hingga setahun penuh. (Faidhul qadir juz 6 hal 235-236).