Aku batuk yang agak teruk sekarang ni..
bermula dengan sakit tekak pada waktu malam dan keesokan paginya terasa gatal di tekak. itu cerita minggu lepas..dan ini bermakna dah hampir seminggu aku batuk..
bayangkan batuk sampai sakit dekat bahagian pewot aku ni.dulu masa tak mengandung pun pernah gak mengalami batuk yang sampai sakit kat perot tiap kali batuk..tapi bila mengandung lagi lah risau kan kalau bab sakit yang melibatkan perot ni..lebih lebih lagi dengan maslah uri kat bawah ni..bertambah tambah lah risaunyer hati hamba.
tido pun jadi tak best sebab setiap kali batuk akan terjaga.
semalam pergi klinik,klinik yang biasa aku pergi chek up kandungan aku tu ramai orang,jadi terpaksalah ku batalkan sahaja niat untuk ke klinik tu,suami aku bawa aku ke klinik lain..sebab bukan nak chek up kandungan pun kan cuma nak pergi mengadu batuk yang semakin menjadi jadi ni je so mana mana klinik pun okeh kan..
aku pun buka lah cerita sedih aku mengenai batuk yang menyebabkan sakit bahagian perot di tambah pula dengan masalah uri kat bawah ni merisaukan aku kot kot lah punye lah aku teran batuk tu ada effect pulak kat baby aku ni..
alhamdulillah..doktor tu kata selagi tiada pendarahan kira okeh lah..dan paling yang aku suke dengan doktor ni..dia terangkan satu persatu mengenai sakit yang aku alami.Bermula dari batuk sehinggalah kedudukan uri ini.Sampai kan siap lukis gambarajah lagi.Bagus kan dokto ni,dokto ni seorang lelaki dan berbangsa india.Aku sebagai pesakit yang tak berapa nak pandai mengenai masalah sakit sendiri ni jadi faham..dan aku amat berpuas hati dengan penerangannya..
jauh berbeza dengan doktor yang selalu aku jumpa masa buat chek up mengandung..langsung tak terangkan apa-apa pun dekat aku..sampai kan masalah uri kat bawah pun dia hanya memaklumkan sahaja pada aku tanpa sebarang penerangan,aku perlukan penerangan dari doktor kerana bukannya setiap tahun aku mengandung lebih lebih lagi ini adalah kandungan pertama aku,banyak benda yang aku tak tau,padahal dokto ni perempuan dan berbangsa melayu..dan sebab itu jugak lah aku pilih untuk buat chek up mengandung di kliniknya kerana dia perempuan dan berbangsa melayu..
tapi ape yang mendukacitakan layanan yang aku perolehi sungguh tidak memuaskan hati jika di bandingkan dengan doktor lelaki berbangsa india yang aku jumpa tempoh hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment