JellyPages.com

Sunday, November 13, 2011

~Angan-Angan ku~

Assalammualaikum..
angan-angan yang tak tau leh jadi kenyataan ke tidak..
sejak kebelakangan ni asik teringin  nak makan kek pelangi..kalau dapat makan kek pelangi yang baru masak panas tu lagi okehhh..hehehe
tetapi tidak lah mahu harap yang dapat makan kek pelangi yang panas2 tu...sebabnya yang empunya diri ini adalah zero bab memasak kek..tak pernah langsung masak kek hehehe..jadi jangan lah nak pasang angan makan kek pelangi yang panas tu..nak beli kek pelangi ni kat kedai pun dah 3hari encik suami mencari masih tak jumpa :-(
punyer lah susah kan ..2minggu lepas teragak nak makan kek secret recipe..balik dari kerja tu jugak dapat sebab kedai secret recepe ni melambak je kat sini..tapi kali ni nak kek pelangi ni tak dapat2 juga huhuhu..sampaikan suamiku cakap..beli kek lapis okeh tak??ada bentuk warna warni macam pelangi jugak..huwaaaaa..rupe mungkin sama..tapi rasanya lain huhuhu


nampak sangat seksi kan kek ni...

fuhhh..yang hitam hitam tu yang sedap..


cantik tertarik menarik ko memang deboomm..


pastu ada angan angan nak buat sendiri kek ni..ishhh..semua orang kate buat kek ni senang..tapi tahu tak perasaan orang yang tak pernah buat kek langsung ni macam mana hahaha..sangat neves okeh...bila memikirkan nak buat sendiri :-)

persediaann pertama adalah untuk mencari resepi kek ini..senang jer..google kan senang..


KEK PELANGI

Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 2 tsp serbuk koko
  • sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-cara

  1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  5. Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.
  6. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega.
  7. Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.
setakat resepi ni memang senang nak cari..tapi aku yang nak melaksanakan..aduhaii...tak per lah aku pasang angan angan dulu..moga suatu hari nanti boleh jadi kenyataan kan hahahah..


 


1 comment:

  1. Wahh.. Pasni ade geng la.. Baby minat kek. Nanti bleh blajar buat kek dgn Mak Ngah kamu ni ye..hehe

    ReplyDelete