JellyPages.com

Sunday, November 20, 2011

~peTua MenaikkaN Uri~

Entri yang lepas aku ada cerita mengenai masalah uri yang aku hadapi sekarang. hari khamis ni 24.11.11 aku ada appt dengan doktor dekat hukm mengenai masalah ini..minggu ni usia kandungan aku telah genap 25minggu.jadi doktor kata ada masa lagi untuk baby aku berpusing dan uri aku naik ke atas..
tetapi yang buat aku risau, dari chek up kandungan aku 20minggu  dokto dah memaklumkan masalah uri aku ni. bila pergi chek up untuk 24minggu masih masalah yang sama.uri aku masih dekat bawah..tak berpusing ke uri aku ni :-(

aku terjumpa petua kat bawah ni untuk menaikan uri..insyaallah akan aku amalkan..moga moga baby aku ni berpusing dan uri naik semula ke atas..


PETUA UNTUK MENAIKKAN URI


Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


masih ada masa lagi untuk baby berpusing..harap appt dengan doktor hari khamis ni masalah uri aku ni tidak begitu serius..kerana kedudukan masalah uri ni juga ada banyak tahap..ada juga kedudukan uri kebawah tetapi tidak menutupi pintu baby nak keluar dan ada juga kedudukan uri ke bawah sampai menutupi pintu baby nak keluar..






antara gambaran uri ke bawah..ada yang menutupi setengah dan membolehkan lagi baby keluar secara normal dan ada yang menutupi penuh dan tiada ruang untuk baby keluar secara normal.

No comments:

Post a Comment