JellyPages.com

Monday, February 27, 2012

~PenguAt sEmangat~

KELEBIHAN WANITA HAMIL

 rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin

Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
                                            
 ***

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah

Sunday, February 26, 2012

~kompius kejap~

Bismillah..

Assalammualaikum..selamat hari isnin..minggu baru bermakna tambah lagi lah usia kandungan ku ini..sudah 39minggu..sudah tidak lama lagi mau jumpa anak solehah ini :-)
kalau hari ni genap 39minggu ini bermakna minggu depan 5.03.2012 genaplah 40minggu kan.tapi kenapa doktor tulis tarikh due date aku 10.03.2012 itu bermakna dah 40minggu 5 hari. Bila aku buat pengiraan menggunakan internet due date yang di beri pun sama 5.03.2012 bukan 10.03.2012 di buatnyer aku lahir lebih dari due date yang di beri mcm mana?? jadi tarikh mana yang harus aku ikut ni?..kompius jap kat situ..ishh dah nak bersalin baru nak kompius tentang due date ni ker hehehe..nak buat macam mana aku ni kan suke menyusahkan hati sendiri.macam2 benda aku pikirkan menjelang nak bersalin ni hehehe..doktor yang salah kira atau aku yang terpandai kira?..

Tuesday, February 21, 2012

~tak ada lagi~

Assalammualaikum..
sekarang ni aku menghitung hari ke hari yang sangat berdebar tu..
perasaan??? bercampur semuanya sekali bagaikan rojak.
tidak sabar rasanya untuk bertentang mata dengan buah hati yang selama 9bulan berada di rahim ku ini.
rase sangat risau apabila membayangkan proses bersalin di tambahkan pula cerita cerita orang yang berpengalaman bersalin.sungguh tidak dapat aku menipu diri sendiri bahawa bahang kerisauan itu sudah semakin kuat aku rasa.
sehingga kan sekarang ini setiap kali tido di waktu malam pasti tidak senyenyak dulu.membayangkan sakit bersalin itu datang menjenguk.padahal tak tahu pun macam mana sakit bersalin tu bayang kan jer lebih :-)

keadaan kesihatan tidak lah merisaukan.hanya penat sedikit di akhir akhir menunggu hari penting ini.cepat betul rase penatnya.baby pula dah selalu mengeras dan kadang kadang terasa senak sehinggakan nak termuntah.selalunya selepas makan lah akan ku alaminya

aku masih gagahkan kaki melangkah pergi kerja..alhamdulillah kerja yang tidak membebankan aku.dan aku juga masih gagah menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.dalam keadaan aku yang menunggu hari untuk bersalin ini aku masih lagi memasak untuk suami tercinta.sebenarnya tekak aku ni juga yang tak boleh nak makan makanan yang di beli bungkus.biarlah aku makan ikan bilis goreng  dengan nasi yang panas dari aku makan makanan yang di beli bungkus di kedai.muak dah makan makanan bungkus ni,ada jer yang tak kene pada tekak aku ni.lagi pun nanti bila aku berpantang aku akan balik kampung,tinggallah suami keseorangan di rumah,jadi lebih baik lah kiranya aku masak untuk dia sebelum aku bersalin ni..2bulan dia akan makan luar sepeninggalan aku nanti..kesian suami aku..

ishh jauh dah dari tajuk topik ni.minggu ni minggu akhir aku shoping barang keperluan bayi dan barang keperluan aku.aku masih tidak ada barut untuk baby,barut lepas bersalin aku pun masih belum di beli.dua dua tu benda penting kan.dan aku juga tiada baju skirt2 untuk anak solehah aku ni..dulu masa aku shoping baju baby aku hanya beli baju yang tidak melambangkan jantina..maksudnya lelaki pempuan boleh pakai.tapi bila dokto dah sahkan bahawa mujahidah yang berada dalam perut ku ini adalah solehah maka perasaan untuk beli baju perempuan melonjak lonjak dalam diri ini heheh..nak beli baju pink!!!!

Thursday, February 16, 2012

~lama Sudah~

Assalammualaikum..
lama sudah rasanya tidak menjenguk blog ini.rase rugi pula..iye lah saat penantianku sudah hampir ke penghujung ni.tapi coretan untuk anak solehah dalam perut ku ini semakin sedikit.di masa akan datang tak banyak lah pengalaman yang boleh aku baca di saat mengandung anak solehah aku ni.isss..solehah??bukan soleh??dah kompom jantina ker??hehehhe..ermm insyaallah khalifah yang berada di dalam perut ku ini kemungkinan besar solehah bukan soleh..ape yang ibu cakap kan doa..moga anak dalam kandungan ku ini menjadi anak solehah..

Semalam chek up mengandung untuk ke 37minggu.berat  baby sudah 3.0kg ada lagi 3minggu untuk sampai ke tarikh yang di jangkakan bersalin..ada potensi nak membesar lagi anak solehah ibu ni.semasa scan semalam dokto tu dah tunjuk jantina baby ni..yes!!! gurl...dulu pernah scan memang dokto kate kemungkinan perempuan tapi masa tu usia kandungan baru 5 ke 6 bulan.dan semalam insyaallah jantinanya perempuan.ada lah kawan ibu nanti kan.

kandungan tiada masalah.Semuanya elok elok sahaja.jadi next appt dengan HUKM 3minggu dari sekarang,bermakna minggu due date aku.tapi aku kene jugak pergi chek up kat dokto panel seminggu sekali bermula dari minggu hadapan.ikut jer cakap dokto tu.

Perubahan pada diri tidak lah banyak sangat..semakin dekat dengan tarikh bersalin ni badan cepat letih..nak basuh pinggan dua tiga bijik kat dapur tu pun ambil masa yang lama..basuh sikit dah lenguh berdiri terpaksa berehat duduk pulak..tangan dan kaki pula sudah bengkak.kaki lah yang paling ketara bengkaknya.mcm kaki anak gajah dah heheeh..tapi dalaam buruk buruk kaki tu aku suke plak.iyelah tak pernah kaki membengkak macam tu..kaki tu nampak makin pendek hahahahaah..
tangan pun aku rase macam tegang semacam.cincin tunang n gelang kawin memang dah lama tak leh pakai..dah tak muat..dan aksesori tangan seperti jam pun sudah tidak muat..so sila bayangkan betapa selekehnya aku saat ini.langsung tidak memakai aksesori di badan ini hehehe..

Encik suami sudah mula buatkan aku air yasin untuk aku minum sehingga bersalin ni.terima kasih pada suami tercinta.yang sangat memahami keadaan aku sekarang ni..syukur ya allah ko berikan jodoh ku bersama dia.
mak mertuaku pesan baca surah maryam dan letak kan air di depan selepas tu minum air tu.kira macam air selusoh jugak lah..itu pun dah aku amalkan sekarang.tapi tak tau lah kenapa hati kecil ku berkata yang aku akan bersalin lebih dari jangkaan due date aku tu.'anak solehah ibu jangan lah keluar lambat sangat dari tarikh jangkaan bersalin tu..ibu takut..biarlah keluar awal pun tak per..kalau keluar lambat neves tu semakin tinggi hehehe'..tapi aku percaya dengan qada' dan qadar..kalau tertulis belum tiba masanya aku bersalin kenyataan itu tidak boleh di ubah..jadi aku harus mempersiapkan diri dari segi mental dan emosi.
kadang kadang rase tak saba nak jumpa anak solehah aku ni tapi bila pikir lagi sekali rase takut pun ada nak lalui saat bersalin tu nanti huhuhuhuhu..mungkin memang ini kot perasaan ibu anak sulong..aku harus berpikiran positif.Semua ibu mengalami sakit yang sama..malah ada jugak ibu yang beranak ramai.mereka semua berani menghadapi sakit bersalin tu..kenapa aku tidak berani pulak kan??iyer aku juga harus berani..cayok!!!!!

Wednesday, February 1, 2012

~FebruaRy yooooO~

Assalammualaikum..
Lama dah tak jenguk blog ni..bukan lah tersangat bizi tetapi tiada mood untuk merapu di dalam blog ini.
dah masuk bulan febuari pun kan..kejap nya masa berlalu..
Dan kiranya dah tak lama dah lagi akan ku bersua muke dengan cinta hati ku yang tengah lasak di dalam perut ni heheh..seyes semakin lasak dan semakin banyak bergerak dia sekarang ni..jika di ikutkan
percaturan doktor insyaallah awal bulan 3 ni lahirlah dia ke dunia..semakin tidak sabar dan dalam masa yang sama takuttttttt pun ada..tapi bila di fikirkan balik buat ape aku nak takut kan..kalau seandainya allah menarik nyawaku di saat ku lahirkan baby ni nanti sudah tentu mati syahid akan ku dapat..besttt tu heheeh..

minggu depan aku 36minggu bermaksud 9bulan,tetapi kalau pengiraan dokto,bayi dikira matang untuk bersalin adalah pada 40minggu,sebab tu due date aku awal bulan 3 ni.aku pun tak paham kenapa di kira macam tu.dan tak pula aku bertanya dokto dasar tak mahu ambil tahu betul aku kan heheh
Ada pendapat kalau anak sulong ni akan awal seminggu bersalin dan ada juga yang berpendapat kalau anak sulong ni lambat seminggu bersalin.kalaulah awal seminggu bersalin ada potensi baby ni lahir pada tarikh tahun lompat 29.02.12 ..alaaa cian anak ibu nanti 4tahun sekali baru leh sambut befday hehehe..
tapi kalau itu sudah takdirnya tak boleh nak lari jugak kan..
so yang penting semuanya selamat..