JellyPages.com

Thursday, February 16, 2012

~lama Sudah~

Assalammualaikum..
lama sudah rasanya tidak menjenguk blog ini.rase rugi pula..iye lah saat penantianku sudah hampir ke penghujung ni.tapi coretan untuk anak solehah dalam perut ku ini semakin sedikit.di masa akan datang tak banyak lah pengalaman yang boleh aku baca di saat mengandung anak solehah aku ni.isss..solehah??bukan soleh??dah kompom jantina ker??hehehhe..ermm insyaallah khalifah yang berada di dalam perut ku ini kemungkinan besar solehah bukan soleh..ape yang ibu cakap kan doa..moga anak dalam kandungan ku ini menjadi anak solehah..

Semalam chek up mengandung untuk ke 37minggu.berat  baby sudah 3.0kg ada lagi 3minggu untuk sampai ke tarikh yang di jangkakan bersalin..ada potensi nak membesar lagi anak solehah ibu ni.semasa scan semalam dokto tu dah tunjuk jantina baby ni..yes!!! gurl...dulu pernah scan memang dokto kate kemungkinan perempuan tapi masa tu usia kandungan baru 5 ke 6 bulan.dan semalam insyaallah jantinanya perempuan.ada lah kawan ibu nanti kan.

kandungan tiada masalah.Semuanya elok elok sahaja.jadi next appt dengan HUKM 3minggu dari sekarang,bermakna minggu due date aku.tapi aku kene jugak pergi chek up kat dokto panel seminggu sekali bermula dari minggu hadapan.ikut jer cakap dokto tu.

Perubahan pada diri tidak lah banyak sangat..semakin dekat dengan tarikh bersalin ni badan cepat letih..nak basuh pinggan dua tiga bijik kat dapur tu pun ambil masa yang lama..basuh sikit dah lenguh berdiri terpaksa berehat duduk pulak..tangan dan kaki pula sudah bengkak.kaki lah yang paling ketara bengkaknya.mcm kaki anak gajah dah heheeh..tapi dalaam buruk buruk kaki tu aku suke plak.iyelah tak pernah kaki membengkak macam tu..kaki tu nampak makin pendek hahahahaah..
tangan pun aku rase macam tegang semacam.cincin tunang n gelang kawin memang dah lama tak leh pakai..dah tak muat..dan aksesori tangan seperti jam pun sudah tidak muat..so sila bayangkan betapa selekehnya aku saat ini.langsung tidak memakai aksesori di badan ini hehehe..

Encik suami sudah mula buatkan aku air yasin untuk aku minum sehingga bersalin ni.terima kasih pada suami tercinta.yang sangat memahami keadaan aku sekarang ni..syukur ya allah ko berikan jodoh ku bersama dia.
mak mertuaku pesan baca surah maryam dan letak kan air di depan selepas tu minum air tu.kira macam air selusoh jugak lah..itu pun dah aku amalkan sekarang.tapi tak tau lah kenapa hati kecil ku berkata yang aku akan bersalin lebih dari jangkaan due date aku tu.'anak solehah ibu jangan lah keluar lambat sangat dari tarikh jangkaan bersalin tu..ibu takut..biarlah keluar awal pun tak per..kalau keluar lambat neves tu semakin tinggi hehehe'..tapi aku percaya dengan qada' dan qadar..kalau tertulis belum tiba masanya aku bersalin kenyataan itu tidak boleh di ubah..jadi aku harus mempersiapkan diri dari segi mental dan emosi.
kadang kadang rase tak saba nak jumpa anak solehah aku ni tapi bila pikir lagi sekali rase takut pun ada nak lalui saat bersalin tu nanti huhuhuhuhu..mungkin memang ini kot perasaan ibu anak sulong..aku harus berpikiran positif.Semua ibu mengalami sakit yang sama..malah ada jugak ibu yang beranak ramai.mereka semua berani menghadapi sakit bersalin tu..kenapa aku tidak berani pulak kan??iyer aku juga harus berani..cayok!!!!!

No comments:

Post a Comment