JellyPages.com

Tuesday, February 21, 2012

~tak ada lagi~

Assalammualaikum..
sekarang ni aku menghitung hari ke hari yang sangat berdebar tu..
perasaan??? bercampur semuanya sekali bagaikan rojak.
tidak sabar rasanya untuk bertentang mata dengan buah hati yang selama 9bulan berada di rahim ku ini.
rase sangat risau apabila membayangkan proses bersalin di tambahkan pula cerita cerita orang yang berpengalaman bersalin.sungguh tidak dapat aku menipu diri sendiri bahawa bahang kerisauan itu sudah semakin kuat aku rasa.
sehingga kan sekarang ini setiap kali tido di waktu malam pasti tidak senyenyak dulu.membayangkan sakit bersalin itu datang menjenguk.padahal tak tahu pun macam mana sakit bersalin tu bayang kan jer lebih :-)

keadaan kesihatan tidak lah merisaukan.hanya penat sedikit di akhir akhir menunggu hari penting ini.cepat betul rase penatnya.baby pula dah selalu mengeras dan kadang kadang terasa senak sehinggakan nak termuntah.selalunya selepas makan lah akan ku alaminya

aku masih gagahkan kaki melangkah pergi kerja..alhamdulillah kerja yang tidak membebankan aku.dan aku juga masih gagah menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri.dalam keadaan aku yang menunggu hari untuk bersalin ini aku masih lagi memasak untuk suami tercinta.sebenarnya tekak aku ni juga yang tak boleh nak makan makanan yang di beli bungkus.biarlah aku makan ikan bilis goreng  dengan nasi yang panas dari aku makan makanan yang di beli bungkus di kedai.muak dah makan makanan bungkus ni,ada jer yang tak kene pada tekak aku ni.lagi pun nanti bila aku berpantang aku akan balik kampung,tinggallah suami keseorangan di rumah,jadi lebih baik lah kiranya aku masak untuk dia sebelum aku bersalin ni..2bulan dia akan makan luar sepeninggalan aku nanti..kesian suami aku..

ishh jauh dah dari tajuk topik ni.minggu ni minggu akhir aku shoping barang keperluan bayi dan barang keperluan aku.aku masih tidak ada barut untuk baby,barut lepas bersalin aku pun masih belum di beli.dua dua tu benda penting kan.dan aku juga tiada baju skirt2 untuk anak solehah aku ni..dulu masa aku shoping baju baby aku hanya beli baju yang tidak melambangkan jantina..maksudnya lelaki pempuan boleh pakai.tapi bila dokto dah sahkan bahawa mujahidah yang berada dalam perut ku ini adalah solehah maka perasaan untuk beli baju perempuan melonjak lonjak dalam diri ini heheh..nak beli baju pink!!!!

No comments:

Post a Comment