JellyPages.com

Thursday, May 31, 2012

~1st anniversary~

Assalammualaikum..
syukur alhamdulillah. Pada 27 may 2012 hari tu adalah 1st anvsary aku dengan suami. Sudah setahun kami berkahwin.cepatnya masa berlalu.rasanya baru semalam aku bergelar isterinya. Dan sekarang sudahpun punya anak bersama dengan dia.

Entri kali ini khas untuk suami tercinta sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke setahun.boleh ke nak buat ucapan kat sini hehe..boleh lah ehh..ucapan yang gedik gedik tu hahaha..

Sungguh tidak sedar masa berlalu begitu pantas,kejap jer kita sudah pun setahun berkahwin,masih panjang perjalanan kita. B ayang nak ucapkan jutaan terima kasih di atas segalanya. B terima keburukan ayang, dan membimbing ayang ke jalan yang betul.
terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik untuk ayang dan sekarang ayah yang terbaik untuk ufairah.
semoga kebahagian ini akan kekal hingga ke akhir hayat kita. Ayang sangat menyayangi B muahhhh.




Moga dengan kehadiran puteri sulong kita Nur Iffah Ufairah Bt Mohd Anwar akan menyemarakan lagi rase cinta yang kita semai sejak dulu lagi.

Thursday, May 24, 2012

~keCewA~




Assalammualaikum..
Pagi tadi macam biasa sebelum pergi kerja pam susu dulu untuk di bekalkan pada ufairah.memang aku akan bekalkan susu fresh untuk ufairah setiap pagi.nanti bila petang sikit baru lah dia akan minum susu yang telah di panaskan oleh pengasuh.

Tapi buat pertama kalinya pagi tadi.pam punyer pam susu tak kua pun.memang lah sebelum tu ufairah dah melekap dekat aku..tapi selalunya walaupun lepas melekap susu tetap akan keluar juga bila di rangsang dengan pam tu.
di sebabkan aku pun tidak punya banyak masa.lebih kurang 15minit aku pum tak kua,aku terus stop..nak bersiap siap pula ke tempat keje. kecewa dan sedih aku dibuatnya

Tak der mood nak cerita panjang lebar..

Wednesday, May 23, 2012

~BuAt Ufairah~

Assalammualaikum..
ufairah..entri kali ini khas ibu ukirkan buat tatapan ufairah..bagaimana keadaan ibu melahirkan ufairah..mungkin catatan ini ufairah tidak dapat membacanya.tetapi jika ufairah ada rezeki membacanya ini lah pengalaman pertama ibu melahirkan kamu di dunia ini :-)
ibu nak ucapkan terima kasih kepada ufairah kerana memilih ibu dan ayah menjadi ibu bapa ufairah
terima kasih sayang..

Mengikut pengiraan doktor kamu di jangka akan di lahirkan pada 10/03/2012.tetapi perancangan allah lebih baik dari segalanya.kalau kamu nak tahu pada tahun 2012 ni adalah tahun lompat,yang bermakna pada bulan febuari terdapat lebih satu hari iaitu 29.02.2012.tarikh 29.02 ni hanya akan kita jumpa di tahun lompat 4tahun sekali.
semasa ibu lakukan pemeriksaan kandungan ada jugak nurse nurse tu cakap kalau puan cepat 10hari bersalin ni baby puan boleh dapat tarikh 29.02.2012 tu.cepat cepat ibu cakap..tak mau lah kesian baby saya sambut hari jadi 4tahun sekali.

Pada 29.02.2012,ibu balik dari kerja seperti biasa bersama dengan ayah kamu.di saat ini keadaan ibu tersangat lah tidak larat..kamu dah mula berpusing pusing di dalam perut ibu,dan ada masanya kamu seperti mengeras dan membuatkan perut ibu senak.tetapi ibu sangat suka masa ni,sebab tendangan kecil kamu tu buatkan ibu geli dan tersenyum sendiri :-)

ayah dah tak bagi ibu lakukan kerja rumah.semua ayah yang buat.ibu hanya memasak sahaja,itupun ayah nak beli makanan kat kedai tapi ibu yang berkeras nak masak,sebab ibu tidak lalu untuk makan makanan kedai..opss lupa ibu nak bagi tau usia kandungan ibu mencecah 7bulan sahaja ibu dah mula mabuk semula.sehingga lah kamu di lahirkan ibu masih lagi mabuk,dari awal mengandung dan akhir mengandung ibu mabuk.berat badan ibu naik hampir 30kg,sebab ibu tak kan biarkan perut kosong,takut masuk angin dan muntah..ibu akan makan dan makan..itu sebab berat badan ibu naik 30kg.

Malam 29.02.2012 selepas makan malam,seperti biasa ibu akan duduk kat laptop bukak fb,chating dengan kawan baik ibu rita fadzila,dia tanyer bila ibu akan bersalin,ibu cakap aku nak bersalin esoklah (1.03.2012) nanti boleh sama befday dengan ko.ibu saja berseloroh dengan dia kerana ibu tahu due date ibu 10.03.2012 lambat lagi ada 1minggu lebih lagi dan ibu tidak ada lagi tanda tanda nak bersalin masa tu.sudah pukul 10mlm ibu pun masuk tido.letak jer kepala kat bantal terus tido zzZZ..

Tiba-tiba  dalam pukul 3pagi ibu terjaga kerana sakit perut.sakit perut yang lain sedikit dari sakit perut biasa..ibu terus terpikir ibu ada salah makan ke,ibu terus ke tandas.membuang ape yang patut.ibu sambung tido..dalam setengah jam ibu sakit perut lagi..tapi kali ni lebih sakit sikit.ini bukan tanda sakit perut biasa,ibu ke tandas chek pentis ibu kot ada darah..tapi tiada..orang cakap kalau nak bersalin akan keluar darah atau pecah air ketuban.tapi ibu tak ada pun berlaku perkara itu.ibu jadi kompius..ini sakit perut nak bersalin atau sakit perut ibu tersalah makan.ibu kejutkan ayah,mengadu ibu sakit perut.ayah tanya nak ke hospital ke tidak.ibu jawab ibu boleh tahan lagi.


Sehingga lah subuh 1.03.2012 ibu masih sakit perut tu,ibu solat subuh dan bangunkan ayah.ibu tak pergi kerja hari itu,tapi ibu benarkan ayah pergi kerja sebab ibu masih kompius itu tanda sakit nak bersalin atau tidak kerana ibu tidak pun keluar tanda tanda nak bersalin tu.pukul 8pagi ibu call kawan opis ibu kak karmila ibu delisha,cerita sikit sikit berkenaan sakit ibu,dia mengesahkan itu sakit nak bersalin.ibu letakan talipon masih boleh duk relex kat sofa sambil tengok tv :-)
sakit tu semakin kerap dan semakin sakit.lebih kurang puku 9pagi ibu call ayah.ibu dah tak tahan sakit ni ibu rasa nak ke hospital,ibu suruh ayah balik jemput ibu.
sementara tunggu ayah jemput ibu.ibu mandi lama2.pakai sabun banyak banyak.wangi satu badan hehe..
ayah sampai dan terus bawa ibu ke HUKM. Masa ni ibu leh jalan2 dan gelak2 dengan ayah lagi.

Pukul 10pagi ibu sampai HUKM.dokto buat pemeriksaan ke atas ibu.dokto kata dah bukak 2cm,dah kene tahan wad.ibu pun di masukan ke dalam wad.ayah terus talipon atok dan wan kamu.ayah yang uruskan segalanya,ibu di tolak ke wad.

Wan dan Atok palong kamu sampai lebih kuang pukul 2ptg,wan bersama ibu membisik kan ayat2 suci al-quran,tapi masa ni ibu masih boleh lagi borak2 dengan wan.sehinggalah petang lebih kuang pukul 5ptg bukaan ibu baru 3cm.dokto akan chek setiap 2jam.wan kamu suruh ibu berjalan dalam wad tu untuk mempercepatkan lagi bukaan.anak sulong memang lambat sikit bukaannya.

Pukul 8mlm bukaan ibu sudah pun 4cm.sakitnya masa ini hanya allah sahaja yang tahu.dokto pecahkan air ketuban ibu.dan masa ibu ada tanda tanda kamu sudah berak dalam perut.ibu terus di tolak ke dewan bersalin.ibu di masukan air dan ubat.kesakitan dah berrganda ganda sakitnya.bacaan kamu di ambil.doktor perhatikan bacaan jantung kamu.

Ibu dah tidak tertahan sakitnya.semakin kerap dan semakin sakit.tangan ibu sentiasa di dalam genggaman ayah.ayah sepenuhnya memberikan sokongan moral pada ibu.ayah bacakan ibu yasin di dalam dewan bersalin tu ibu tak henti henti baca doa nabi yunus tu doa untuk senang bersalin.lama kelamaan dokto membri tahu jantung kamu sudah tidak stabil dan mereka tidak boleh tunggu lebih lama.mreka memilih untuk membuat pembedahan demi menyelamatkan kamu.

lebih kurang pukul 10malam ibu di tolak pula ke dewan bedah.masa ni ayah tak boleh nak temankan ibu,ibu hanya mampu memandang ayah di tika ibu di tolak ke dewan bedah.
dalam dewan bedah tu sangat sejuk.ibu menggigil kesejukan.biliknya agak kecil.hanya terdapat lampu besar tu sahaja dan jam di tepi dinding.

ibu di bius setengah badan.dari pinggang ke bawah ibu di bius,jadi sewaktu pembedahan di jalankan ibu sedar. Doktor pakar bius berada di sisi ibu dan memberi tahu langkah langkah apa yang seterusnya dokto bedah mahu lakukan..sehinggalah pakar bius ibu berkata 'puan sekarang doktor nak keluarkan baby,puan akan rase senak sedikit yer' ibu hanya mengangguk..
pada pukul 11.03malam kamu di keluarkan dari perut ibu..syukur alhamdulillah.
kamu terus mengais dengan kuatnya.ibu hanya mampu tersenyum sendiri.

selepas kamu di lahirkan mata ibu tidak lepas dari melihat kamu di bersihkan oleh dokto dan nurse.sehinggalah perut ibu siap di jahit.

lebih kurang pukul 11.30malam ibu di tolak masuk kedalam wad.kamu telah pun selamat di lahirkan pada 1.03.2012 pada pukul 11.03mlm seberat 2.59kg.

Syukur Alhamdulillah..






Monday, May 14, 2012

~Alhamdulillah..Selesai sudah~

Assalammualaikum..
syukur alhamdulillah selesai sudah kenduri akikah untuk ufairah anak solehah ibu.ufairah kenduri akikah kamu telah pun di buat di rumah atok tempat ibu di besarkan Palong 2.pada masa ini umur kamu 2bulan 11hari.





ibu tidak dapat untuk bercuti awal kerana ibu baru sahaja cuti panjang berpantang.maka segala persiapan 100% wan yang buat dan di bantu oleh onyang,atok serta bapak2 sedara kamu.kesian mereka kan hehehe..kamu sangat baik di hari kenduri tersebut.langsung tak menangis walaupun pada hari tersebut cuaca sangat baik.panas sampai ke petang.semua orang memuji kamu.di dalam hati ibu tidak putus memanjat syukur pada ilahi kerana kamu langsung tidak menyusahkan hati ibu.harap sehingga besar kamu berkelakuan begini yer sayang.




malah di dalam sibuk ibu menggendong kamu ke setiap orang untuk menggunting rambut kamu,di dalam panas terik tu kamu boleh lena di dalam dakapan ibu :-)
terbuktikan betapa baiknyer kamu.onyang kamu asik berkata kamu baik macam ibu kecik kecik dulu hehehe (ibu kecik kecik pun baik tak meragam sebab ibu isap jari,baby yang isap jari ni selalunya memang baik..ibu rase bila isap jari tu kan baby akan leka tu yang tak menangis tu hehehe..)
tapi kamu ibu tak mahu ajar isap jari nanti tak cantik gigi kamu,tak comeilah bila orang tengok anak dara ibu ni isap jari.
ok lain entri ibu cerita kisah kamu botakan rambut pulak.ibu ada kerja yang perlu di siapkan ni.
ibu sayang kamu dunia akhirat.ibu halalkan susu ibu yang kamu minum dulu sekarang dan yang akan datang.
jadilah anak solehah untuk ibu dan ayah yer sayang..
                           

Thursday, May 10, 2012

~kenduri akikah~

Assalammualaikum..esok 12.05.2012 kenduri akikah untuk ufairah..aku masih lagi menggagahkan diri bekerja..rasa mcm nak terbang balik kampung nak tolong buat persiapan mana yang patut.

sekarang ni hanya wan dan onyang ufairah yang sibuk kat umah.terima kasih yer wan dan onyang ufairah..kesian onyang ufairah..untuk cicit tersayang sanggup turun padang menjayakan kenduri ufairah.
nanti ibu ufairah belanja onyang ufairah makan ye hehe..

malam ni ufairah balik yer onyang..onyang jangan buat kerja berat berat..onyang tengok jer orang lain yang buat keje.ibu call wan,wan cakap onyang rindu ufairah..ufairah pun rindu onyang heheh..

Monday, May 7, 2012

~buat pertama kalinya~

Assalammualaikum..

Aku telah pun mula bekerja 2minggu.setelah dua bulan bersenang lenang goyang kaki di rumah dapat gaji tanpa bekerja heheh..nama pun berpantang sememangnya lah bersenang lenang..sehinggakan nasi di bawa terus ke dalam bilik,yang aku tau hanya makan dan tido..dan oleh sebab itu badan aku jangan tanyer lah macam mana sekarang ni huwaaaaaaaaaaa...

Aku sedang berusaha menggigihkan diri untuk memberikan ufairah sepenuhnya susu badan aku, maka bagi ibu yang bekerja seperti aku di tambahkan pula ini pengalaman pertama aku menyusukan bayi agak kelam kabut sedikit jadual harian aku..alhamdulillah suami banyak membantu dari membasuh baju bayi sehinggalah menyediakan peralatan mengepam aku(untuk mengepam di opis) semuanya suami yang buat. terima kasih B,ayg sayang B lebih lah heheh.

Ufairah akan menjalankan tanggungjawab dia untuk mengejut aku setiap pagi..pukul 6pagi pasti akan merengek-rengek hendak susu kalau nasib baik pukul 5pagi dah merengek rengek nak susu dan selepas kenyang menyusu jak berborak dengan dia.bila kita tak der depan dia mulalah adegan merengek dia,bila terpacul jer muka kita depan dia terus diam sambil tersenyum senyum (ibu rindu dengan senyuman ufairah bila ibu kat opis).

Bangun terus bersiap ke opis tapi sebelum itu projek memerah harus dilakukan kerana ingin membekalkan ufairah susu segar bagi dia minum di rumah pengasuh pagi tu,setelah siap semuanya,siapkan pula baju ufairah dan peralatannya untuk di bawa ke rumah pengasuh (almaklumlah aku ni kan suke buat kerja last minit,pagi pagi tu baru terkocoh kocoh nak siapkan semuanya)
hantar ufairah ke rumah pengasuh barulah aku dan encik suami ke tempat kerja.aku memilih untuk mencari pengasuh yang dekat dengan opis aku kerana bila waktu rehat boleh jugak aku lari lari sekejap jenguk anak dara aku tu.ape ape hal dia dekat dengan aku.


Pagi ni aku telah pun buat surat untuk pengasuh aku,untuk cara pengendalian susu ibu,iyelah tak semua orang tau macam mana nak handle ssusu ibu ni,lebih lebih lagi pengasuh ufairah yang anak anak dah besar dah berlalu dah zaman menyusukan bayi ni dan kebanyakan orang  dulu lebih suke bagi susu formula sebelum kesedaran kebaikan susu ibu ini wujud. Sebenarnya aku pun minta copy surat ni daripada teman maya aku aisyah  cuma aku edit sikit sikit lah..terima kasih yer aisyah sudi kongsi idea tu heheheh..

Nota buat pengasuh Ufairah

CARA-CARA PENGENDALIAN SUSU IBU


1.      JANGAN GONCANG BOTOL SUSU TERLALU KUAT KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DI DALAM SUSU IBU. GONCANG PERLAHAN SAHAJA BAGI MENYATUKAN LEMAK-LEMAK YANG BEKU.

2.      PANASKAN SUSU DENGAN MENGGUNAKAN 2CAWAN AIR BIASA + 1CAWAN AIR PANAS BOLEHLAH MERENDAMKAN BOTOL YANG BERISI SUSU TERSEBUT.

3.      SUSU YANG TELAH DI PANASKAN DIBERIKAN KEPADA BAYI TETAPI JIKA TIDAK HABIS DI MINUM,BOLEH MENYIMPAN SUSU TERSEBUT KE DALAM PETI SEJUK SEMULA UNTUK PENYUSUAN BERIKUTNYA (ANGGARAN MASA TIDAK LEBIH DARI 2JAM). JIKA PENYUSUSAN KEDUA TIDAK JUGA HABIS MAKA SUSU TERSEBUT HARUSLAH DI BUANG.


4.      TOLAK CAP PADA PENUTUP BOTOL DAN PASANGKAN PUTING. SUSU TELAH SEDIA DIMINUM OLEH BAYI.


5.      JANGAN BERI BAYI AIR MASAK ATAU MAKANAN TAMBAHAN LAIN. HANYA SUSU IBU SAHAJA SEHINGGA BAYI BERUSIA 4-6 BULAN.

6.      TERIMA KASIH MAK IMAH J





Aku masukan kat sini nota untuk pengasuh ufairah buat rujukan aku untuk anak anak yang akan datang pula hehehe..dan sesiapa yang tersesat baca blog aku,ada juga info yang aku bagi hehe (walaupun sebenarnya blog aku ni lebih banyak luahan merapu aku)








Tengok gamba kat atas ni lagi membara semangat nak susu kan ufairah..moga ada rezeki untukmu puteriku.. insyaallah ibu akan berusaha sebaik mungkin doakan kerjayaan ibu hehehe..








Sunday, May 6, 2012

~syukur ya Allah~

Assalammualaikum..
Buat pertama kalinya aku mencatat semula di blog perjalanan hidupku ini.syukur yang tidak terhingga.
Aku telah pun selamat bersalin bayi perempuan pada tanggal 1Mac2012 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysi (HUKM).

Aku telah pun memberi nama Nur Iffah Ufairah Bte Mohd Anwar kepada puteri sulong kami.seminggu dua sebelum bersalin aku duk sibuk kompius due date yang telah di tetapkan dari doktor..takut terlebih due tapi maha besar allah.perancangannyer lebih baik untuk aku.

Dengan pengalaman yang langsung tiada dan yang paling haru sakit nak bersalin tu boleh plak aku ingat sakit tu hanya nak membuang air besar heheh..dahsyat kan hehe..dan setelah segala pengalaman manis melahirkan ufairah maka lahirlah anak solehah ini ke dunia..


hari pertama anak solehah ini melihat dunia.


tido dan tido.


setakat ini dahulu coretan aku..selepas ini perjalanan membesarkan anak solehah ini insyaallah akan ku coretkan di sini.moga suatu hari nanti anak2 soleh dan solehah aku dapat membacanya..

p/s~angan-angan ibu..ufairah nanti dah besar belajar talfiz yer..hafal al-quran..lepas tu ufairah akan lanjutkan pelajaran kat mesir bahagian kedoktoran..nanti ayah ngan ibu pergi kerjakan umrah atau haji boleh jumpa ufairah kat sana,kita buat umrah dan haji sama2...amin..