JellyPages.com

Wednesday, May 23, 2012

~BuAt Ufairah~

Assalammualaikum..
ufairah..entri kali ini khas ibu ukirkan buat tatapan ufairah..bagaimana keadaan ibu melahirkan ufairah..mungkin catatan ini ufairah tidak dapat membacanya.tetapi jika ufairah ada rezeki membacanya ini lah pengalaman pertama ibu melahirkan kamu di dunia ini :-)
ibu nak ucapkan terima kasih kepada ufairah kerana memilih ibu dan ayah menjadi ibu bapa ufairah
terima kasih sayang..

Mengikut pengiraan doktor kamu di jangka akan di lahirkan pada 10/03/2012.tetapi perancangan allah lebih baik dari segalanya.kalau kamu nak tahu pada tahun 2012 ni adalah tahun lompat,yang bermakna pada bulan febuari terdapat lebih satu hari iaitu 29.02.2012.tarikh 29.02 ni hanya akan kita jumpa di tahun lompat 4tahun sekali.
semasa ibu lakukan pemeriksaan kandungan ada jugak nurse nurse tu cakap kalau puan cepat 10hari bersalin ni baby puan boleh dapat tarikh 29.02.2012 tu.cepat cepat ibu cakap..tak mau lah kesian baby saya sambut hari jadi 4tahun sekali.

Pada 29.02.2012,ibu balik dari kerja seperti biasa bersama dengan ayah kamu.di saat ini keadaan ibu tersangat lah tidak larat..kamu dah mula berpusing pusing di dalam perut ibu,dan ada masanya kamu seperti mengeras dan membuatkan perut ibu senak.tetapi ibu sangat suka masa ni,sebab tendangan kecil kamu tu buatkan ibu geli dan tersenyum sendiri :-)

ayah dah tak bagi ibu lakukan kerja rumah.semua ayah yang buat.ibu hanya memasak sahaja,itupun ayah nak beli makanan kat kedai tapi ibu yang berkeras nak masak,sebab ibu tidak lalu untuk makan makanan kedai..opss lupa ibu nak bagi tau usia kandungan ibu mencecah 7bulan sahaja ibu dah mula mabuk semula.sehingga lah kamu di lahirkan ibu masih lagi mabuk,dari awal mengandung dan akhir mengandung ibu mabuk.berat badan ibu naik hampir 30kg,sebab ibu tak kan biarkan perut kosong,takut masuk angin dan muntah..ibu akan makan dan makan..itu sebab berat badan ibu naik 30kg.

Malam 29.02.2012 selepas makan malam,seperti biasa ibu akan duduk kat laptop bukak fb,chating dengan kawan baik ibu rita fadzila,dia tanyer bila ibu akan bersalin,ibu cakap aku nak bersalin esoklah (1.03.2012) nanti boleh sama befday dengan ko.ibu saja berseloroh dengan dia kerana ibu tahu due date ibu 10.03.2012 lambat lagi ada 1minggu lebih lagi dan ibu tidak ada lagi tanda tanda nak bersalin masa tu.sudah pukul 10mlm ibu pun masuk tido.letak jer kepala kat bantal terus tido zzZZ..

Tiba-tiba  dalam pukul 3pagi ibu terjaga kerana sakit perut.sakit perut yang lain sedikit dari sakit perut biasa..ibu terus terpikir ibu ada salah makan ke,ibu terus ke tandas.membuang ape yang patut.ibu sambung tido..dalam setengah jam ibu sakit perut lagi..tapi kali ni lebih sakit sikit.ini bukan tanda sakit perut biasa,ibu ke tandas chek pentis ibu kot ada darah..tapi tiada..orang cakap kalau nak bersalin akan keluar darah atau pecah air ketuban.tapi ibu tak ada pun berlaku perkara itu.ibu jadi kompius..ini sakit perut nak bersalin atau sakit perut ibu tersalah makan.ibu kejutkan ayah,mengadu ibu sakit perut.ayah tanya nak ke hospital ke tidak.ibu jawab ibu boleh tahan lagi.


Sehingga lah subuh 1.03.2012 ibu masih sakit perut tu,ibu solat subuh dan bangunkan ayah.ibu tak pergi kerja hari itu,tapi ibu benarkan ayah pergi kerja sebab ibu masih kompius itu tanda sakit nak bersalin atau tidak kerana ibu tidak pun keluar tanda tanda nak bersalin tu.pukul 8pagi ibu call kawan opis ibu kak karmila ibu delisha,cerita sikit sikit berkenaan sakit ibu,dia mengesahkan itu sakit nak bersalin.ibu letakan talipon masih boleh duk relex kat sofa sambil tengok tv :-)
sakit tu semakin kerap dan semakin sakit.lebih kurang puku 9pagi ibu call ayah.ibu dah tak tahan sakit ni ibu rasa nak ke hospital,ibu suruh ayah balik jemput ibu.
sementara tunggu ayah jemput ibu.ibu mandi lama2.pakai sabun banyak banyak.wangi satu badan hehe..
ayah sampai dan terus bawa ibu ke HUKM. Masa ni ibu leh jalan2 dan gelak2 dengan ayah lagi.

Pukul 10pagi ibu sampai HUKM.dokto buat pemeriksaan ke atas ibu.dokto kata dah bukak 2cm,dah kene tahan wad.ibu pun di masukan ke dalam wad.ayah terus talipon atok dan wan kamu.ayah yang uruskan segalanya,ibu di tolak ke wad.

Wan dan Atok palong kamu sampai lebih kuang pukul 2ptg,wan bersama ibu membisik kan ayat2 suci al-quran,tapi masa ni ibu masih boleh lagi borak2 dengan wan.sehinggalah petang lebih kuang pukul 5ptg bukaan ibu baru 3cm.dokto akan chek setiap 2jam.wan kamu suruh ibu berjalan dalam wad tu untuk mempercepatkan lagi bukaan.anak sulong memang lambat sikit bukaannya.

Pukul 8mlm bukaan ibu sudah pun 4cm.sakitnya masa ini hanya allah sahaja yang tahu.dokto pecahkan air ketuban ibu.dan masa ibu ada tanda tanda kamu sudah berak dalam perut.ibu terus di tolak ke dewan bersalin.ibu di masukan air dan ubat.kesakitan dah berrganda ganda sakitnya.bacaan kamu di ambil.doktor perhatikan bacaan jantung kamu.

Ibu dah tidak tertahan sakitnya.semakin kerap dan semakin sakit.tangan ibu sentiasa di dalam genggaman ayah.ayah sepenuhnya memberikan sokongan moral pada ibu.ayah bacakan ibu yasin di dalam dewan bersalin tu ibu tak henti henti baca doa nabi yunus tu doa untuk senang bersalin.lama kelamaan dokto membri tahu jantung kamu sudah tidak stabil dan mereka tidak boleh tunggu lebih lama.mreka memilih untuk membuat pembedahan demi menyelamatkan kamu.

lebih kurang pukul 10malam ibu di tolak pula ke dewan bedah.masa ni ayah tak boleh nak temankan ibu,ibu hanya mampu memandang ayah di tika ibu di tolak ke dewan bedah.
dalam dewan bedah tu sangat sejuk.ibu menggigil kesejukan.biliknya agak kecil.hanya terdapat lampu besar tu sahaja dan jam di tepi dinding.

ibu di bius setengah badan.dari pinggang ke bawah ibu di bius,jadi sewaktu pembedahan di jalankan ibu sedar. Doktor pakar bius berada di sisi ibu dan memberi tahu langkah langkah apa yang seterusnya dokto bedah mahu lakukan..sehinggalah pakar bius ibu berkata 'puan sekarang doktor nak keluarkan baby,puan akan rase senak sedikit yer' ibu hanya mengangguk..
pada pukul 11.03malam kamu di keluarkan dari perut ibu..syukur alhamdulillah.
kamu terus mengais dengan kuatnya.ibu hanya mampu tersenyum sendiri.

selepas kamu di lahirkan mata ibu tidak lepas dari melihat kamu di bersihkan oleh dokto dan nurse.sehinggalah perut ibu siap di jahit.

lebih kurang pukul 11.30malam ibu di tolak masuk kedalam wad.kamu telah pun selamat di lahirkan pada 1.03.2012 pada pukul 11.03mlm seberat 2.59kg.

Syukur Alhamdulillah..






2 comments:

  1. bace post ni teringat saat saye melahirkan ufairah jugak.. :)

    ReplyDelete
  2. cara kita bersalin sama kan..moga anak kita akan jadi anak yang solehah amin.

    ReplyDelete