Aku telah pun mula bekerja 2minggu.setelah dua bulan bersenang lenang goyang kaki di rumah dapat gaji tanpa bekerja heheh..nama pun berpantang sememangnya lah bersenang lenang..sehinggakan nasi di bawa terus ke dalam bilik,yang aku tau hanya makan dan tido..dan oleh sebab itu badan aku jangan tanyer lah macam mana sekarang ni huwaaaaaaaaaaa...
Aku sedang berusaha menggigihkan diri untuk memberikan ufairah sepenuhnya susu badan aku, maka bagi ibu yang bekerja seperti aku di tambahkan pula ini pengalaman pertama aku menyusukan bayi agak kelam kabut sedikit jadual harian aku..alhamdulillah suami banyak membantu dari membasuh baju bayi sehinggalah menyediakan peralatan mengepam aku(untuk mengepam di opis) semuanya suami yang buat. terima kasih B,ayg sayang B lebih lah heheh.
Ufairah akan menjalankan tanggungjawab dia untuk mengejut aku setiap pagi..pukul 6pagi pasti akan merengek-rengek hendak susu kalau nasib baik pukul 5pagi dah merengek rengek nak susu dan selepas kenyang menyusu jak berborak dengan dia.bila kita tak der depan dia mulalah adegan merengek dia,bila terpacul jer muka kita depan dia terus diam sambil tersenyum senyum (ibu rindu dengan senyuman ufairah bila ibu kat opis).
Bangun terus bersiap ke opis tapi sebelum itu projek memerah harus dilakukan kerana ingin membekalkan ufairah susu segar bagi dia minum di rumah pengasuh pagi tu,setelah siap semuanya,siapkan pula baju ufairah dan peralatannya untuk di bawa ke rumah pengasuh (almaklumlah aku ni kan suke buat kerja last minit,pagi pagi tu baru terkocoh kocoh nak siapkan semuanya)
hantar ufairah ke rumah pengasuh barulah aku dan encik suami ke tempat kerja.aku memilih untuk mencari pengasuh yang dekat dengan opis aku kerana bila waktu rehat boleh jugak aku lari lari sekejap jenguk anak dara aku tu.ape ape hal dia dekat dengan aku.
Pagi ni aku telah pun buat surat untuk pengasuh aku,untuk cara pengendalian susu ibu,iyelah tak semua orang tau macam mana nak handle ssusu ibu ni,lebih lebih lagi pengasuh ufairah yang anak anak dah besar dah berlalu dah zaman menyusukan bayi ni dan kebanyakan orang dulu lebih suke bagi susu formula sebelum kesedaran kebaikan susu ibu ini wujud. Sebenarnya aku pun minta copy surat ni daripada teman maya aku aisyah cuma aku edit sikit sikit lah..terima kasih yer aisyah sudi kongsi idea tu heheheh..
Nota buat pengasuh Ufairah
CARA-CARA PENGENDALIAN SUSU IBU
1. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU TERLALU KUAT KERANA IANYA AKAN MEROSAKKAN SEL-SEL SUSU DAN NUTRIEN YANG TERKANDUNG DI DALAM SUSU IBU. GONCANG PERLAHAN SAHAJA BAGI MENYATUKAN LEMAK-LEMAK YANG BEKU.
2. PANASKAN SUSU DENGAN MENGGUNAKAN 2CAWAN AIR BIASA + 1CAWAN AIR PANAS BOLEHLAH MERENDAMKAN BOTOL YANG BERISI SUSU TERSEBUT.
3. SUSU YANG TELAH DI PANASKAN DIBERIKAN KEPADA BAYI TETAPI JIKA TIDAK HABIS DI MINUM,BOLEH MENYIMPAN SUSU TERSEBUT KE DALAM PETI SEJUK SEMULA UNTUK PENYUSUAN BERIKUTNYA (ANGGARAN MASA TIDAK LEBIH DARI 2JAM). JIKA PENYUSUSAN KEDUA TIDAK JUGA HABIS MAKA SUSU TERSEBUT HARUSLAH DI BUANG.
4. TOLAK CAP PADA PENUTUP BOTOL DAN PASANGKAN PUTING. SUSU TELAH SEDIA DIMINUM OLEH BAYI.
5. JANGAN BERI BAYI AIR MASAK ATAU MAKANAN TAMBAHAN LAIN. HANYA SUSU IBU SAHAJA SEHINGGA BAYI BERUSIA 4-6 BULAN.
6. TERIMA KASIH MAK IMAH J
Aku masukan kat sini nota untuk pengasuh ufairah buat rujukan aku untuk anak anak yang akan datang pula hehehe..dan sesiapa yang tersesat baca blog aku,ada juga info yang aku bagi hehe (walaupun sebenarnya blog aku ni lebih banyak luahan merapu aku)
Tengok gamba kat atas ni lagi membara semangat nak susu kan ufairah..moga ada rezeki untukmu puteriku.. insyaallah ibu akan berusaha sebaik mungkin doakan kerjayaan ibu hehehe..
Info yang amat-amat berguna..thank for info..sy pun bf jugak..mmg byk sgt cabarannye..
ReplyDeletetak apa fiazini pelan pelan kayuh...heheh
ReplyDeletejust nak betulkan yang no.3 tu tak betul..susu yang telah dipanaskan..tetapi tidak dpt diabiskan oleh bayi dlm tempoh 1 jam perlu dibuang..da tak boleh simpan..hanya sekali pemanasan boleh dilakukan..
ReplyDelete