syukur alhamdulillah selesai sudah kenduri akikah untuk ufairah anak solehah ibu.ufairah kenduri akikah kamu telah pun di buat di rumah atok tempat ibu di besarkan Palong 2.pada masa ini umur kamu 2bulan 11hari.
ibu tidak dapat untuk bercuti awal kerana ibu baru sahaja cuti panjang berpantang.maka segala persiapan 100% wan yang buat dan di bantu oleh onyang,atok serta bapak2 sedara kamu.kesian mereka kan hehehe..kamu sangat baik di hari kenduri tersebut.langsung tak menangis walaupun pada hari tersebut cuaca sangat baik.panas sampai ke petang.semua orang memuji kamu.di dalam hati ibu tidak putus memanjat syukur pada ilahi kerana kamu langsung tidak menyusahkan hati ibu.harap sehingga besar kamu berkelakuan begini yer sayang.
malah di dalam sibuk ibu menggendong kamu ke setiap orang untuk menggunting rambut kamu,di dalam panas terik tu kamu boleh lena di dalam dakapan ibu :-)
terbuktikan betapa baiknyer kamu.onyang kamu asik berkata kamu baik macam ibu kecik kecik dulu hehehe (ibu kecik kecik pun baik tak meragam sebab ibu isap jari,baby yang isap jari ni selalunya memang baik..ibu rase bila isap jari tu kan baby akan leka tu yang tak menangis tu hehehe..)
tapi kamu ibu tak mahu ajar isap jari nanti tak cantik gigi kamu,tak comeilah bila orang tengok anak dara ibu ni isap jari.
ok lain entri ibu cerita kisah kamu botakan rambut pulak.ibu ada kerja yang perlu di siapkan ni.
ibu sayang kamu dunia akhirat.ibu halalkan susu ibu yang kamu minum dulu sekarang dan yang akan datang.
jadilah anak solehah untuk ibu dan ayah yer sayang..
comelnye ufairah.. hihi.. terase macam puji anak sendiri.. :)
ReplyDeletehahahahah..fifi tau mcm mana saya leh jumpa blog fifi?..saya sajer google nama anak sendiri ufairah.langsung terjumpa blog fifi..teruja sangat bila baca blog fifi sebab nama sama ngan ufairah pastu umor diorang pun tak jauh beza hehehe
ReplyDelete