JellyPages.com

Tuesday, July 31, 2012

~ufairah dah 5 bulan~

Assalammualaikum..

Hari ni genap ufairah 5 bulan..Cepat betol masa berlalu..Aku rase baru semalam aku lintang pukang sakit nak bersalin tup tup hari ni dah 5 bulan dah usia anak aku.. Syukur alhamdulillah.
ehh kejap dah lupa lah sakit bersalin tu macam mana..Memang sah melayu mudah lupa..

Bila dah semakin besar ni semakin banyak juga lah perkara yang ufairah dah pandai buat kata umur dah meningkat haruslah semakin banyak perkara yang dia tahu buat.


Perihal ufairah.

1-Penggeli..aku perasan ufairah ni stok penggeli tak ingat..kalau aku geletek bahagian ketiak dia punya mengekek tergelak satu umah boleh dengar padahal tak geletek mana pun..aku tau itu gen aku.mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi..

2- Dia sekarang memang pemakan jari yang tegar..kalau boleh kesepuluh jari tu dia nak masukan dalam mulut..kadang kadang dia sendiri nak termuntak balik..ha sape suruh masuk semua jari dalam mulut kan dah mual..

3-Bila tido nak orang ada depan dia..aku kan guna buai letrik tu..tak ada gunanya pun..dia masih nak kita duk depan dia sambil selawat2..kalau biakan jer buai letrik tu gerak sendiri..jawabnya memang dia tak tido lah..

4-Dah boleh masukan jari kaki dalam mulut..hebat betol hehehe..lepas dia penat makan jari tangan dia,dia akan beralih ke jari kaki pulak..kalau boleh dengan tumit tumit kaki dia nak masukan dalam mulut..alahaii aku bukan apa..kesian okeh tengok dia buat aksi macam tu hehe..terkial kial dengan badan debab dia tu..

5-Tiap malam tido..aku kena bagi ruang yang besar untuk ufairah..akhirnya aku dengan ayah ufairah tido berimpit ke tepi dinding..ya allah lasaknya lah anak dara aku ni tido...bila tengah malam kompom ufairah dah lending tido kat kaki aku..dia punyer berpusing pusing tido..itu okeh lagi..ada satu malam tu aku ingatkan aku mimpi berebut tempat tido dengan ayah ufairah siap sound ayah ufairah ketepi sikit sebab aku rase ada benda kat belakang aku..sekali bukak mata aku tengok ufairah ngam ngam kat belakang aku..sekali aku berpaling boleh penyet ufairah kene himpap dengan aku hehehe..


6-Dah pandai tengok tv..yang paling aku tak tahan dia paling suka lah tengok bola.itu tanda tanda geng ayahnya..


7-Tiap pagi bangun tido sebelum hantar dia ke rumah mak imah comfirm sengih stok lebar sampai ke telinga..

8- Dah pandai merajuk..kalau time dia nak menyusu kalau aku bagi lambat sikit..dia punyer merajuk.. menangis macam aku pukul dia.Time tu dan dan tak mau nyusu..tepuk2 muntot dia dodoi sikit..baru lah nak nyusu semula..ha ..sweet kan hehe..

9-Peramah yang amat sangat..kalau masuk lif tak kira sapa yang masuk lif tu sama ada lelaki ke pompuan ke,cina melayu india..habis semua nak di tegurnya..sambil pandang muka orang tu..selagi orang tu tak pandang dia..jangan harap dia nak berpaling muka,bila orang tu dah pandang dan sengih sengih sikit dengan dia baru dia senyum senyum..kengkadang aku pulak yang jadi segan huhuhuhu..anak ohh anakk..

10-Dah pandai nak capai barang..hari tu balik kampung..sekali abang aku hulurkan ufairah duit..wahh dengan cepat dia selamba capai duit tu..mak aku terus terkejut..ehh dah besar cucu dia dah pandai capai duit heheh..

11-Rambut ufairah masih tiada perubahan..macam segan segan jer nak tumbuh..Wahai rambut tak mau lah segan segan..


12-Suka mandi air sejuk..ufairah tidak begitu suka mandi air suam..lagi senang keje aku..tak yah nak sediakan air suam..kalau balik kampung mandi kat sinki pun boleh jer..


alahai penat nak pikir dah..

Wednesday, July 25, 2012

~TeRimA KaSih Ufairah~


Assalammualikum..


okeh muke mintak kene gigit!!!


ni pulak muka mintak kene cium banyak banyak!!!
syurga hati ibu dan ayah.
  • Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

  • Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

  • Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

  • Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

  • Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

  • Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

  • Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  • Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

  • Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? ” Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.” Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”



Monday, July 23, 2012

~mOhoN Di mUrahKan Rezeki..aMin~

Assalammualikum..

Sudah 4hari kita berpuasa..Syukur ya allah kerana di beri peluang untuk bertemu dengan bulan mulia ini sekali lagi.



Moga rezeki ufairah menyusu dengan ibu akan melimpah ruah.. Jauh lagi perjalanan kita sayang. Tak tahu kenapa awal puasa ni ibu masih tidak mendapat rentak susu keluar macam air terjun huhuhu..susu macam malu malu untuk keluar..adohai jangan begitu.
ufairah doakan ibu yer.


~harapan seorang ibu~

Friday, July 20, 2012

~Salam Ramadhan~

Assalammualaikum..




Selamat datang bulan Ramadhan.

Selamat berpuasa kepada semua.

Moga puasa kali ini lebih baik dari puasa tahun tahun yang sudah..

Pertama kali puasa dengan gelaran ibu.. Syukur ya allah.

Puasa itu satu ibadah menyusukan anak juga satu ibadah.. syukran..

Wednesday, July 18, 2012

~uFairah bakal jadi Orang Semenyih~

Assalammualaikum..

Dulu masa aku cuti berpantang kat kampung.. Suami aku ada cari cari rumah untuk di beli. Di sebabkan dah ada anak ni dia target tahun ni nak beli rumah. Aku kan menyewa sekarang. rumah yang aku sewa tu tingkat 13. Tinggi kan. Ayah dan mak aku bila datang rumah aku jadi gayat.. mak dan ayah aku kan orang kampung. Mana ada rumah yang tinggi cecah langit ni..Semua rumah bawah yang ada tanah yang boleh bela ayam itik heheh *tapi mak aku tak der pun bela ayam itik tu*


Bayangkan bila ayah aku datang rumah aku nak naik lif tu pun dia rase gayat..Lepas tu nak kena jalan dekat koridor dari lif ke pintu rumah aku tu lagi lah gigil kaki dia,sampaikan dia berpaut dekat tembok koridor rumah aku tu berjalan nak masuk rumah aku.. kesian okeh!!!


Oleh sebab itu ayah aku datang rumah aku hanya sekali sahaja sepanjang aku duduk situ,itu pun masa aku mula mula kawin dan di sahkan mengandung. Lepas dia tengok sekali keadaan rumah aku sampai sekarang dia tak datang lagi. Mak aku pulak tak ada lah segayat ayah aku..akhirnya tiap kali mak aku nak datang rumah aku.Mesti datang bersama abang-abang aku.Jadi mak aku tak leh tido lama lama dekat rumah aku..Semalam jer sebab kesian ayah aku tinggal kat kampung.


Alhamdulillah. Setelah aku lahirkan ufairah suami aku ada jumpa rumah yang agak sesuai untuk keluarga kecil kami berteduh. Masa tu aku masih lagi berpantang dekat kampung. Tapi rumah tu agak jauh dari tempat kerja kami. Tapi kalau nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja kami tidak pula aku mampu untuk membelinya huwaaaaaaa. Nak tak nak aku tiada pilihan. Maka rumah di pekan semenyih menjadi pilihan hati aku. Tak per lah jauh nak ke tempat kerja  tapi dekat nak balik kampung nanti kan ('_')


Insyaallah ujung tahun depan rumah tu akan siap.sekarang dalam pembinaan.
 Maka tak lama lagi ufairah akan jadi orang semenyih ngeeee..




Tuesday, July 17, 2012

~FamilY DaY~

Assalammualaikum..

 
Beberapa minggu lepas bawa ufairah pergi sunway lagoon sebab ibu dan ayah ufairah ada family day kat situ.Almaklumlah ibu dan ayah ufairah kerja di tempat yang sama maka harus lah pergi jugak family day itu. Mula mula agar gusar jugak nak bawak ufairah ke tempat orang ramai macam tu. Ditambahkan lagi cuaca yang panas kompom kompom lah anak dara ibu ni akan meragam tak selesa kan. Lagipun ufairah kan kecik lagi mana boleh mandi manda huhuhuhu..

 
Pagi sabtu tu ufairah bangun awal dari biasa,macam tau tau jer ibu nak bawak ufairah keluar.Ufairah bangun terus ibu mandikan ufairah,sebab kita kena pergi awal sedikit takut tak der tempat baik punyer untuk ufairah melepak.
Namapun family day mestilah ramai orang kan,di jangkakan family day itu lebih kurang 13ribu orang hanya untuk warga tm sahaja. Tapi bila sampai sana ada jugak family untuk syarikat lain..lagi bertambah ramai lah sunway lagoon tu..


Di sebab kan sampai pagi maka orang yang nak beratur kat pintu masuk tu tak berapa nak ramai lagi.Tak berbaris panjang pun.Lagipun tiket memang dah ada tunggu nak masuk jer lagi.




Nampak tak muka excited ufairah heheh..Padahal ibu dia berdebar debar time ni.takut dia meragam orang ramai sangat kat situ huhu.

 


okeh ini ready dah nak masuk..Ufairah tak duduk diam asik memandang orang yang lalu lalang depan dia..masuk jer dalam sunway lagoon ni..Ufairah pun buat projek. Dia 'yak' pulak huhuhu..Cari toilet bersihkan dulu.

 

Lepas buat projek muke tersenyum senyum..Lega agaknya heheeh..Bila tengok ufairah senyum senyum macam ni ibu jadi senang hati untuk teruskan aktiviti family day ibu :-)




 






Letih duduk dalam stroller ibu peluk ufairah.terus terlena anak dara ibu ni..Misti penat sangat kan..Sebab tak tido tido..kan ufairah tido berbuai jadi bila tak dapat buai ni susah lah nak tido..dodoi2 peluk peluk baru lah ufairah tertido. Nasib baik ufairah tak merengek rengek hehe.


Okeh ini dah nak balik..ufairah dah tertido dalam stroller. Seharian dari pagi sampai lah petang ufairah berada di sunway lagoon. Tak menangis pun.Mungkin orang ramai dia leka tengok orang lalu lalang dekat situ. Ibu dia macam yang dah nak menangis sudah letih huhuhu..Sebelum sampai kat sunway lagoon tu lagi dah bagi tau dekat ayah ufairah,kalau ufairah nangis kita cabut lah dari situ tak kira lah kita baru sampai ke dah lama sampai..ini tunggu punya tunggu ufairah tak nangis sampai petang..ibu dia jugak yang letik sangat!!!!!
Budak hafal Al-Quran memang macam ni kan ufairah dari kecik lagi dia dah baik.Anak ibu kan nak jadi talfiz haruslah berkelakuan baik dari kecil..

ok sekian sahaja laporan untuk kali ini.








Monday, July 16, 2012

~dolu-Dolu~

Assalammualikum..


Ini gamba dolu dolu ufairah..ehhh dolu dolu sangat ker..beberapa bulan lepas lah..sekarang anak solehah ini sudah ada rambut..tu pun sikit sikit jer rambut dia.Kemain hepy lagi ibu dia tengok rambut ufairah walaupun sedikit cuma.






Hari ini ibu ufairah dah beraya. Setelah 15 hari menggagahkan diri mengganti puasa.Sangat lega bila dah ganti hutang puasa ini. Ujung minggu ni dah bulan ramadhan.semoga dengan bulan yang penuh barakah ini ada rezeki untuk ufairah.Ufairah doakan ibu juga ye sayang doakan susu ibu banyak untuk ufairah minum.
Perjalanan kita masih jauh lagi,ada 20bulan untuk kita lalui bersama.Banyak dugaan yang perlu kita tempuhi bagi merealisasikan impian ibu  menyusukan ufairah sehingga 24 bulan. Oleh itu ibu perlukan doa ufairah. Dan ibu perlu berusaha gigih.. *aduhai ibu ufairah dah saiko,sejak jadi ibu ni emosi lebih pulak* ..

tang saiko tu memang aku setuju..bayangkan kalau tengok berita..berita tentang anak kene dera aku boleh nangis..budak kecik kena langgar nangis kat depan tv tu jugak,baca berita kat intenet pun aku skip2 kalau tang memaparkan sakit kronik kanak kanak, anak jiran sebelah nagis dengan ligat aku kat dalam rumah tak tentu arah..saiko kan aku..ini bukan perangai yang di buat2.. Hati ni mudah jer terasa sayu bila berkaitan dengan anak kecil...Menci tau!!! abis mekap aku nangis kat belakang komputer ni bila baca tentang anak2 yang kurang bernasib baik di luar sana huhuhu..
ishh dah jauh sangat tersasar ngomelan aku dari tajuk sebenar hehe..
Niat utama nak tunjukan gamba ufairah yang dolu dolu jer hahaha..

*nak buat mcm mana..bila dah ada anak ni..perangai membebel pun tetiba ada kat aku*





Sunday, July 15, 2012

~imbas kembali~

Assalammualaikum..

Tengah selak selak kalendar tahun lepas. Banyak betul note note yang aku tulis di setiap tarikh.
Al-maklumlah kan masa tu kehidupan aku agak sibuk buat persiapan perkahwinan aku.
Sebenarnya antara sebab utama aku selak semula kalendar tahun lepas untuk mengkomfemkan berapa hari aku tak puasa semasa mengandungkan ufairah. Aku kan siap masuk hospital  3hari  2malam semata mata kekurangan air dalam badan asik muntak jer.

Tetiba aku terpandang note dekat kalendar aku tu.


*MAJLIS MERISIK*
~07.12.2010 bersamaan 1 muharam 1432

*MAJLIS BERTUNANG*
~26.03.2011 bersamaan 21 R.akhir 1432

*MAJLIS AKAD NIKAH*
~27.05.2011 bersamaan 23 J.akhir 1432

* DI SAHKAN MENGANDUNG*
~2.07.2011 bersamaan 30 rejab 1432


* PERTAMA KALI MASUK WAD HOSPITAL*
~12.08.2011 bersamaan 12 ramadhan 1432 (mabuk yang sangat teruk mengandung)


*UFAIRAH LAHIR KE DUNIA
~1.03.2012 bersamaan 8 R.akhir 1433


Pengalaman memantangkan kita.Sungguh banyak pengalaman yang aku lalui tahun lepas.syukur ya allah kau berikan aku peluang untuk merasai semua ini.




Wednesday, July 11, 2012

~Sepetang berSama Ufairah~


Assalammualaikum..


Baru baru ni bawak ufairah pergi jusco..Ibu dengan ayahnya nak cari barang sikit.Ambil ufairah dari rumah BS terus ke jusco. Masuk dalam jusco tu rase econ jusco tu terlalu sejuk lah pulak.Ambil topi dan kain batik selimutkan ufairah. Terserlah keayuan ufairah pakai kain batik buat selimut haha..


Bila tengok sekali imbas topi ufairah ni dah macam nyonya jual bunga dekat cameron highland tu kan hehehe.Tapi bagusnya ufairah ni letak lah apa pun kat kepala dia,dia okeh ajer. Bangsa yang tak ambik peduli sangat.Padahal aku tak ajar sangat pun dia pakai topi.

 

okeh ini memang aksi peberet dia.Naik kaki sebelah kat atas tu..Ikut suke dia lah kalau mood dia nak naik kaki dua dua belah kat situ dia buat jer.Aksi terbaik sangat lah yang dia boleh buat.Dia ingat dia dah besar ke? nak naik naik kaki bagai..gigit kang baru tau!!!



Amboi belakon ni.Sebelum aku nak tangkap gamba dia, kemain lagi dia pandang aku tersengih sengih. Mintak nak kene cium.Bila aku panggil jer dia nak tangkap gamba terus tunduk malu malu macam ni.sah lah perangai ibu dia,dia ikut..auuuwwww hehehe.. ai kan pemalu..


 

Talbiah sikit anak dara ni.ngomel ngomel depan dia baru lah masa aku ambik gamba pandang camera.itu pun sikit jer pandang senyum pun sikit jer.Pemalu lah katakan.Penat aku mencangkung depan dia buat pelbagai aksi dengan harapan dia ketawa lah sikit..ermmm boleh jalan..tak di layannyer..itu jer lah yang dia senyumnya.Untuk tidak menghampakan harapan ibu dia yang dah buat pelbagai aksi didepannya.



Ini tertunduk sambil tersenyum simpul..ha ini lah aksi anak dara aku yang paling aku suke..Macam wanita melayu terakhir..wah ibu ufairah kalau berangan tak ingat!!!!.
balik tu singgah kejap dalam jusco beli barang dapur.Adalah amoi amoi yang duk jadi promoter tu tegur ufairah..kemain terkekek lagi dia gelak ngan amoi tu..sampai amoi tu kata nak bawak balik ufairah..ishh ko jangan macam macam amoi oiiii..gua boleh mati kalau anak gua tak ada dengan gua..punyer lah mesra alamnya ufairah ni..dengan semua orang dia senyum tapi..bila ibu nak ambik gamba..ha tak di layannya..





Tuesday, July 10, 2012

~ALhamdulillah.. rEzeKi uFairah~

Assalammualaikum..

Satu step sudah pun setel semalam..syukur ya allah kerana kau mempermudahkan perjalanan hambamu ini.. Rezeki ufairah.Betul lah kata kata orang tua ada rzeki untuk anak tu.aku hanya menumpang rezeki ufairah.

Thank you allah...

Wednesday, July 4, 2012

~Eeee yak!!! jgn tengok!!!


Assalammualaikum..

Ingat tak ari tu aku ada cerita tentang ufairah buat pertama kalinya yak keras..fuhh kembang tekak baca kan hahaha..

Akhirnya pujuk punya pujuk ayah ufairah dapat jugak aku tepekan kat sini yak dia hahaha.. tak senonoh betul!!!!
kat bawah tu lah rupanya yak ufairah..cantik jer melingkarnya.macam kopok lekor kan hahah.. Seminggu tak makan kopok lekor teringatkan yak ufairah ni. Lantak lah!!!


 

Ini permulaan baru untuk ufairah. Sudah semakin besar anak ibu. pejam celik pejam celik tetiba tau tau ufairah mintak izin kat ibu nak kawin jer dah heheeh.. cepat betul masa berlalu. uFairah jadi anak yang solehah yer sayang. Harta ibu dan ayah Di sana kelak.


p/s~Hari ini 15 syaaban..maka lagi 15 hari lagi akan ketemu ramadhan..

Sunday, July 1, 2012

Assalammualaikum..

Masih belum lagi berjaya memujuk ayah ufairah mengenai "gamba" yang telah di janji kan tu..
kali ni macam tak makan di pujuk pulak ayah ufairah..nanti nak pikirkan strategi lain pulak memujuk ayah ufairah heheeh..

Layan lah gamba ufairah sekitar umurnya dari lahir hingga 2bulan.
Hidung yang kembang kembang tu aku rase ikut jenetik ayah dia (ahaksss ibu ufairah nak cover line heheh)

Baru baru ni baru aku perasan yang gamba aku dengan ufairah tak banyak..asik asik gamba ufairah dengan ayah dia yang banyak..sebab ape??!!! sebab aku yang tukang ambik gamba..nak harapkan ayah ufairah kirim salam lah jawabnya.

Oleh itu aku ada jugak berpikir pikir nak ambik gamba bertiga ibu ufairah ayah ufairah dan ufairah,maka harus lah ada tukang ambik gambanya kan. Tu aku pikir pikir nak ambik fotografer untuk family kecik aku ni. tapi bila tanyer tanyer fotografer untuk ambil gamba family ni..boleh tahan jugak lah mahalnya.Macam nak ambik gamba kawin pulak.




Ibu ufairah ni kan bangsa kedekut sikit..Bukan kedekut..Tapi belanjawan..Tau tak belanjawan heheh..
beza okeh antara kedekut dengan belanjawan hhehe..

~sekian~