JellyPages.com

Wednesday, July 18, 2012

~uFairah bakal jadi Orang Semenyih~

Assalammualaikum..

Dulu masa aku cuti berpantang kat kampung.. Suami aku ada cari cari rumah untuk di beli. Di sebabkan dah ada anak ni dia target tahun ni nak beli rumah. Aku kan menyewa sekarang. rumah yang aku sewa tu tingkat 13. Tinggi kan. Ayah dan mak aku bila datang rumah aku jadi gayat.. mak dan ayah aku kan orang kampung. Mana ada rumah yang tinggi cecah langit ni..Semua rumah bawah yang ada tanah yang boleh bela ayam itik heheh *tapi mak aku tak der pun bela ayam itik tu*


Bayangkan bila ayah aku datang rumah aku nak naik lif tu pun dia rase gayat..Lepas tu nak kena jalan dekat koridor dari lif ke pintu rumah aku tu lagi lah gigil kaki dia,sampaikan dia berpaut dekat tembok koridor rumah aku tu berjalan nak masuk rumah aku.. kesian okeh!!!


Oleh sebab itu ayah aku datang rumah aku hanya sekali sahaja sepanjang aku duduk situ,itu pun masa aku mula mula kawin dan di sahkan mengandung. Lepas dia tengok sekali keadaan rumah aku sampai sekarang dia tak datang lagi. Mak aku pulak tak ada lah segayat ayah aku..akhirnya tiap kali mak aku nak datang rumah aku.Mesti datang bersama abang-abang aku.Jadi mak aku tak leh tido lama lama dekat rumah aku..Semalam jer sebab kesian ayah aku tinggal kat kampung.


Alhamdulillah. Setelah aku lahirkan ufairah suami aku ada jumpa rumah yang agak sesuai untuk keluarga kecil kami berteduh. Masa tu aku masih lagi berpantang dekat kampung. Tapi rumah tu agak jauh dari tempat kerja kami. Tapi kalau nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja kami tidak pula aku mampu untuk membelinya huwaaaaaaa. Nak tak nak aku tiada pilihan. Maka rumah di pekan semenyih menjadi pilihan hati aku. Tak per lah jauh nak ke tempat kerja  tapi dekat nak balik kampung nanti kan ('_')


Insyaallah ujung tahun depan rumah tu akan siap.sekarang dalam pembinaan.
 Maka tak lama lagi ufairah akan jadi orang semenyih ngeeee..




2 comments:

  1. waaa.. dekat la dengan kajang.. fifi tinggal kajang.. semenyih kat mne? fifi pon tengak cari rumah nak beli.. berjiran la kite.. :)

    ReplyDelete
  2. dekat tasik kesuma tu fifi..dekat beranang rasanya..dekat dengan tesco..tapi umah tu tak siap lagi hikhikhik..kalau ada rezeki boleh lah kita jumpa hehehe

    ReplyDelete