Assalammualaikum..
Baru baru ni bawak ufairah pergi jusco..Ibu dengan ayahnya nak cari barang sikit.Ambil ufairah dari rumah BS terus ke jusco. Masuk dalam jusco tu rase econ jusco tu terlalu sejuk lah pulak.Ambil topi dan kain batik selimutkan ufairah. Terserlah keayuan ufairah pakai kain batik buat selimut haha..
Bila tengok sekali imbas topi ufairah ni dah macam nyonya jual bunga dekat cameron highland tu kan hehehe.Tapi bagusnya ufairah ni letak lah apa pun kat kepala dia,dia okeh ajer. Bangsa yang tak ambik peduli sangat.Padahal aku tak ajar sangat pun dia pakai topi.
okeh ini memang aksi peberet dia.Naik kaki sebelah kat atas tu..Ikut suke dia lah kalau mood dia nak naik kaki dua dua belah kat situ dia buat jer.Aksi terbaik sangat lah yang dia boleh buat.Dia ingat dia dah besar ke? nak naik naik kaki bagai..gigit kang baru tau!!!
Amboi belakon ni.Sebelum aku nak tangkap gamba dia, kemain lagi dia pandang aku tersengih sengih. Mintak nak kene cium.Bila aku panggil jer dia nak tangkap gamba terus tunduk malu malu macam ni.sah lah perangai ibu dia,dia ikut..auuuwwww hehehe.. ai kan pemalu..
Talbiah sikit anak dara ni.ngomel ngomel depan dia baru lah masa aku ambik gamba pandang camera.itu pun sikit jer pandang senyum pun sikit jer.Pemalu lah katakan.Penat aku mencangkung depan dia buat pelbagai aksi dengan harapan dia ketawa lah sikit..ermmm boleh jalan..tak di layannyer..itu jer lah yang dia senyumnya.Untuk tidak menghampakan harapan ibu dia yang dah buat pelbagai aksi didepannya.
Ini tertunduk sambil tersenyum simpul..ha ini lah aksi anak dara aku yang paling aku suke..Macam wanita melayu terakhir..wah ibu ufairah kalau berangan tak ingat!!!!.
balik tu singgah kejap dalam jusco beli barang dapur.Adalah amoi amoi yang duk jadi promoter tu tegur ufairah..kemain terkekek lagi dia gelak ngan amoi tu..sampai amoi tu kata nak bawak balik ufairah..ishh ko jangan macam macam amoi oiiii..gua boleh mati kalau anak gua tak ada dengan gua..punyer lah mesra alamnya ufairah ni..dengan semua orang dia senyum tapi..bila ibu nak ambik gamba..ha tak di layannya..
ufairah sangat comel.. (rase macam puji anak sendiri..)
ReplyDeletehahaahah..ufairah fifi pun memang comel..
ReplyDeletehah ni jgn suka2 panggil orang 'amoi' tau. tak sopan sebenarnya lebih2 orang cina lg.
ReplyDelete