JellyPages.com

Thursday, December 13, 2012

Masih Bertahan

Assalammualaikum..
 
Ingat tak hari tu ada entri mengenai kemerunduman pengeluaran susu untuk ufairah. Entri ini  Abis apa sudah jadi sekarang.. Adakah ufairah masih ada rezeki untuk menyusu ibu??.. 
Syukur alhamdulillah.. masih ada rezeki untuk ufairah. Aku masih lagi meneruskan sunnah ini.syukur ya allah.kerana di beri kesempatan untuk menikmati saat saat indah ini. Serius sepanjang tempoh penyusuan ini adalah tempoh yang paling indah aku bersama ufairah. Sebab tu bila tiada produktiviti susu untuk ufairah tempoh hari aku punya sedih tak dapat digambarkan.
 
tapi disebabkan lebih dari 3minggu tiada pengeluaran susu hari tu maka stok susu EBM ufairah pun semakin sikit. Aku tengah gigih untuk kumpul stok susu untuk ufairah semula..
 
Masa tak ada susu tu kan aku ada cakap aku minum teh untuk memperbanyakkan susu kan.
Gambar dari encik google
 
Kali pertama minum memang kuat bau ginsengnya tu. tapi bila ingatkan kebaikan untuk memperbanyakan susu aku telan jer. aku punya pandai minum letak sikit gula, so rasa dia jadi macam manis manis sikit. tak kisah lah manis ke tak asalkan aku dapat telan masuk mulut heheh.
kiranya membantu jugak tea ni. walaupun bau dia agak tidak menyenangkan tapi syukur sebab allah gerakkan hati aku untuk mencuba.
 
Tapi masa kali pertama minum tu susu tak jugak keluar memancut macam air terjun tu. sehinggalah aku pinjam novel kakak kat opis ni. sambil menunggu susu keluar aku baca novel tu. lama nak
tunggu susu keluar. jadi aku tak ada lah asik pikir 'bila susu nak keluar' sebab aku dah leka baca novel tu.  maka tak adalah aku tension heheh.
 
 
 
 
Gambar dari encik google
 
Setiap kali mengepam aku baca novel. Agaknya aku memang suka baca novel. benda yang aku suka buat sambil mengepam maka tiada tekanan perasaan di situ dan susu boleh keluar dengan jayanya. Betul lah tak boleh stress bila mengepam ni.. Masa tak ada susu hari tu ramai yang tanya aku stress ke?? banyak keje ke? semua aku jawab tak.. memang aku tak stress apa apa pun time tu. keje tak banyak pun kat opis ni.. rupanya bila aku pikirkan balik..aku stress bila memikirkan susu tak keluar..terus lah susu pun tak keluar. jadi jangan stres stres yer kengkawan apabila tengah mengepam hehehe..
 
Abis aku khatam baca novel tu kakak kat opis aku ni punya lah baik hati Angkut beberapa buah novel koleksi dia untuk aku baca sambil mengepam. sukeeeeeeeeee..
Pastu aku dah cakap kat ayah ufairah, selain peralatan mengepam tambah lagi satu list kat belanjawan penyusuan ufairah iaitu list resit novel hehehe.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. normal la kan susu merudum.. fifi selalu pump sambil main game.. :) tak pon bace buku islamik.. fifi suke novel islam.. sekarang tengah bace PERANGPERANG YANG BENAR.. best sangat tau.. cerite pengorbanan nabi muhammad.. try la.. atleast bermanfaat..

    WW next week la fifi letak gambar ufairah.. cute tau..

    ReplyDelete

  2. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    Giaonhan247 chuyên dịch vụ mua hàng mỹ từ dịch vụ order hàng mỹ hay nhận mua nước hoa pháp từ website nổi tiếng hàng đầu nước Mỹ mua hàng ebay ship về VN uy tín, giá rẻ.

    ReplyDelete