JellyPages.com

Thursday, January 3, 2013

happy new year!!!!!!!!!

Assalammualaikum..
Entri pertama di tahun 2013..
baru hari ni berkesempatan untuk menulis.. Selamat Tahun Baru semua. moga impian tahun lepas dah dapat di capai. tak pun bawaklah impian tahun lepas ke tahun ini.Salah ke..sukehati lah kan heheh..


Banyak suka duka tahun lepas.
Tahun 2012 jugak lah melakar sejarah dalam hidup aku. Di kurniakan anak alhamdulillah. bertukar status ke ibu muda. muda ke?? hehehe.


kalau tahun lepas di awal tahun macam ni aku tengah sarat mengandungkan ufairah.. Masa tu tak kira sangat new year ke apa ke yang aku kira kandungan aku dah berapa minggu.. dah nak 40minggu dah nak hampir ke penghujung perjalanan mengandung, perasaan jangan cakap lah..pelbagai rasa. pertama pikir macam mana sakit bersalin tu.. puas penuhi dada ni dengan membaca pengalaman bersalin orang. supaya yang baik boleh diambil dan yang buruk boleh di buat tauladan,
tak dapat nak imagine macam mana sakit bersalin. Akhirnya 1 Mac 2012 dapat aku rasa sakit bersalin tu macam mana. ufairah lahir 2minggu awal dari tarikh yang di jangka. Nasib tak terberanak 29 feb 2012 kalau tak kesianlah ufairah 4tahun sekali sambut birthday hehe..


Bermula saat tu rutin hidup aku berubah 100%. Balik Palong 2 untuk berpantang. 2bulan aku memerap kat kampung. Pengalaman berpantang pun best jugak. tahun 2012 kali pertama aku rase pengalaman berpantang tu. Makan kena pantang, semua kena pantang. Yang paling best tengok tv pun aku kena pantang. hahaha.. tengok tv tak boleh lebih 2jam dalam satu satu masa.. nak tengok industan jangan harap lah dapat tengok sampai habis, pukul 9malam dah kena tido alasan mak aku suh tido awal nanti memalam ufairah akan kerap bangun untuk susu.tengah pikir tahun dua ribu berapa belas pulak aku nak berpantang lagi sekali (*_*)


Tahun 2012 jugak ada rezeki aku sekeluarga untuk memiliki rumah sendiri. sekarang rumah tu dalam pembinaan. mungkin hujung tahun ni siap. Rumah tu tidak lah besar mana tapi cukuplah untuk keluarga kecil kami berteduh. kalau nak besar besar mahu gugur segala bulu aku nak bayar setiap bulan. Jadi ukur baju badan sendiri.. supaya tidak menyusahkan mana mana pihak di kemudian hari.Biarlah kecik asalkan kita bahagia dan selesa anak beranak.kan kannn kannnn..


Tahun 2012 jugak aku berpengalaman langgar orang..kahkahkah..ehh suka pulak langgar orang.. sebenarnya bukan aku langgar orang tapi aku rasa orang tu yang langgar aku. Tapi disebabkan dia naik moto jadi aku terus set kat kepala otak aku ni aku yang langgar dia hahahah..
habis ranap bumper depan kete aku. pengalaman jugak tukan..harap tahun ni tak mau lah pengalaman tu.Tapi apa lah hidup kalau tidak ada jatuh bangunnya kan. semua pengalaman mendewasakan kita. Cukuplah sampai sini sahaja perkongsian kisah hidup aku tahun lalu. yang lain lain kita lipat kemas kemas simpan dalam hati.

sebelum menamatkan entri ini. semalam ufairah dah pandai minum guna straw. kelakar bila tengok dia minum.. pastu skang memacam bunyi dia boleh buat.. pandai kena marah..pandai nak ajak main..pandai main kejar kejar eehh bukan lah kejar kejar dia merangkak jer pun yang tau,cuma bila dia merangkak kita kejar dia dari belakang tau lah dia nak merangkak cepat cepat sambil mulut bunyi bunyi sama laju dengan kaki yang merangkak (*_*)

Salam Tahun Baru dari kami sekeluarga
ayah ibu dan ufairah..







2 comments:

  1. waaa.. alhamdulillah.. da ade rezeki rumah baru.. kat mane? boleh kami dtg melawat.. hihi.. cerite la pengalaman cari rumah.. nak tau jugak sebab fifi tgh cari rumah jugak..

    ReplyDelete
  2. hahahah..dekat dengan fifi..dekat semenyih..kalau ada rezeki boleh lah kita jumpa face to face berkenalan..ufairah dan ufairah heheh..

    ReplyDelete