JellyPages.com

Wednesday, January 16, 2013

Tips Rumah Baru


Assalammualaikum..
aku sekarang tengah meraton baca cerita hantu kat satu belog ni..tuan belog ni akan publishh kan cerita hantu setiap malam jumaatt..gille ko!!!!seriau okehh..jadi reader dia pun banyak lah email cite hantu kat dia..kebanyakan yang aku baca cerita hantu yang menunggu rumah lah..dan ada jugak tips tips untuk dilaksanakan apabila masuk rumah baru..Jadi sesiapa yang nak masuk rumah baru tu..bolehlah intai intai tips di bawah..kalau umah lama pun boleh jer buat..janji jangan ada makhluk lain ganggu iyer dakk..Tahun depan insyaallah aku carik balik tips ni..time tu baru nak pindah kan sementara tu tepek kan je dulu kat sini bagi rujukan semua orang..
 
 



Apa yg perlu dilakukan ialah:

1. AZAN

Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:

Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:

Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:

Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.

Selamat beramal



No comments:

Post a Comment