JellyPages.com

Thursday, January 24, 2013

Tazkirah jumaat.

 
Assalammualaikumm..
wahh tajuk kemain debooommmm!!.. Aku tak layak kot nak beri tazkirah bagai ni..ilmu aku pun tak sedalam mana..tapi tetiba nak borak borak kat sini..nanti lah aku tuka tajuk bukan tazkirah jumaat tapi borak borak hari jumaat..alahaii bagi can lah kat aku nak deboom sikit tajuk tu...tak usah lah tuka tajuk tu ekkk heheh
 
 
Dah hampir 2tahun kot aku mendirikan rumah tangga dengan En Nua..
bulan 5 ni genap lah 2tahun..Cepatnya masa berlalu..Syukur alhamdulillah kerana Allah kurniakan aku En Nua sebagai suami..bercintak bagai nak rakk dengan orang lain tapi aku kawin dengan orang lain..Dengan En Nua langsung tak bercintak hantam terus kawin.. aku teringat mula mula En Nua cakap kat aku.. ayat dia lebih kuang "aku rase aku suke kat ko lah" hahah..giller slamber dia kan pastu aku dengan spontan jawab "aku tak cari boifren dah sekarang aku cari suami..ko kalau rase nak memain baik tak payah" gayanya malas nak bercintak lagi heheh..terus En nua jawab "tak apa kita cuba dulu sejauh mana hubungan kita ni boleh pergi" heheeh
Dalam masa setahun tu lah aku bercinta dan terus kawin dengan En Nua.akhirnya ufairah pun hadir dalam hidup aku..Dalam rumahtangga pasti ada pasang surutnya..begitu jugak lah aku.
 
Tapi apalah kehidupan kalau tak ada pancarobanya kan..aku tak kata lah rumahtangga aku bahagia memanjang..tapi itu lah doa aku siang malam..supaya rumahtangga yang aku bina ni kekal bahagia sehingga ke syurga.. hari mendatang kita tak tau kan..aku cite bagai nak rak kat sini mana tau esok lusa allah nak uji aku En Nua pulak..aku tak tau...aku harap masa tu iman aku teguh bagi menempuh segalanya.
 
Bila kawin ngan En Nua aku rasa aku dengan dia bagai langit dan bumi..En Nua ni jenis yang lembut sikit. Bukan lah nyahhhh tu lembut lain hehehe..aku pulak jenis yang hantam kromo..En Nua suke tengok sukan..aku kalau setahun tak tengok channel sukan tu pun tak apa. Kalau En Nua tolong aku kemas dapur..aku tengok dia punya bersihkan dapur aku tu licin berkilat kalah aku buat..Dia ni kalau buat keje jenis yang nak perfect..kalau aku..asal boleh jer untung aku nak kemas hahaha..perbezaan itu lah yang melengkapkan kami laki bini..jadi apa yang kurang lebih dari pasangan tu kita haruslah terima seadanya..jangan mengharapkan sesuatu yang tinggi pada passangan kita..sebab kalau kita harapkan sesuatu yang tinggi pada pasangan kita tapi dalam masa yang sama pasangan kita tak dapat nak penuhi ia akan membuatkan kita rase tak pernah nak bersyukur..
 
Hari tu aku sempat tengok utube 'ustad bollywood' mengenai tajuk anak isteri yang bertuah..giller ahh ustad ni berceramah sambil menyanyi lagu hindustan..sore dah lah sedap rase nak tampa muka sendiri lapanpuloh kali huwaaaa..best lah sangat..Dalam ceramah ustad tu ada lah dia kata orang sekarang ni tak mau anak reramai dia kata kos hidup meningkat takut nak anak ramai ramai.Ada suami isteri tu cakap kita anak 4orang jer lah bang..tak yah lah nak reramai ni (terkena batang idung tuan tanah)..
sebenarnya kita perlu berbalik semula kepada ajaran islam.Setiap anak ni ada rezekinya.contoh macam aku ni..masa hidup berdua dengan En Nua nak menyimpan duit tu asik lah ter missss..bulan ni menyimpan 3bulan lepas tu tak menyimpan dah..Cukup cukup makan jer setiap bulan..tapi syukur alhamdulillah bila ufairah lahir..ada lah jugak menyimpan setiap bulan tak banyak sikit..tapi tak der lah ter  missss nak menyimpan bila sikit kita simpan sikit..dan tiap bulan pun cukup cukup jugak sampai ujung bulan..padahal gaji sama setiap bulan..dulu tak ada ufairah cukup cukup jugak sampai ujung bulan skang ada ufairah tak pernah pulak tak cukup..masih cukup ..tu sebab allah beri kita rezeki tanpa kita tau cabangnya..
Lagipun Rasulullah pun suka akan umatnya yang ramai..jadi ape hak kita tak mahu menambahkan umat islam ni dengan alasan takut tak cukup rezekinya..Lepas dengar eramah tu En Nua terus tanya kat aku..bila ufairah nak dapat adik??erkkkkkk... alahai suami..pantangnya ekau kan!!!.
 
ok lah dah nak lunch ni..nanti nanti lah aku tazkirah jumaat @borak borak jumaat lagi..ketemuk lagi di lain siaran yerkk..
 
 
Salam Maulidurrasul (*____*)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


3 comments:

  1. jom la join tambah zuriat thn ni...plan thn ni,hasil thn depan...hahaha..

    ReplyDelete
  2. hahahah..ni kalau cite kat En Nua dengan pantas dia setuju ni wakakakaka..

    ReplyDelete
  3. adik ufairah? hihi.. fifi budget 2014 atau 2015.. nak susukan ufairah dulu kot.. baru boleh proses.. hihi..

    ReplyDelete