Assalammualikum..
Baru jer terbaca kes budak 10bulan kena dera..10 bulan besar ufairah jer.. Apa lah yang budak besar tu tau.yang ko pun si pendera tergamak ehh ko nak pukul pukul lempang lempang budak besar tu..dah tu anak orang lak tu ko buat macam tu..memang kuang ajaqqqqqqqqqqq..
Aku tak mampu pun baca setiap tulisan blogger tu..hati aku sayu..terus teringat ufairah dekat rumah mak imah.. andai itu terjadi pada ufairah...ya allah tak kuat rasanya aku nak tempuhinya..sekadar membaca pun aku meleleh air mata inikan pula untuk menghadapinya..
Budak 10bulan tu kene lempang dan campak dengan cikgu yang jaga dia kat nursery..makkk aiii ko ingat tu anak ayam yang boleh ko campak2..alasannya dia teremosi kerana ada selisihan paham dengan rakan sekerja..memang ko ni spesis apa pun aku tak tahu lah..
kalau dah tahu ko tu jenis orang yang bila emosi terganggu jer nak campak benda nak campak orang ko jangan kerja jaga budak kat nursery..ko ingat mak bapak yang anta anak kat nursery tu free free jer ke suh jaga anak diaorang..diorang bayar!!! bukan lah wang ringgit jadi pertaruhann..setidaknya setiap penat lelah ko dibayar!!!! jadi tolong ada tanggungjawab bila bekerja..
Aku pun tak ada lah baik sangat..kengkadang ada juga mengular..tapi setiap tindakan kita tu jangan nak menyusahkan orag!!! lagi lagi bila melibatkan anak orang!!
Walaupun bukan terkena dekat anak aku sendiri..tapi bila terkena dekat budak lain sakitnya tu terasa jugak..sayu luluh hati aku ni bila tengok kesan lempang kat pipi budak umor 10bulan. istifar banyak banyak aku tengok gamba tu..budak 10bulan tu tak berdosa..sama macam ufairah..yang dia tau nak explore semua benda yang ada di sekeliling dia lagi lagi bila dah boleh merangkak ni..semua tempat semua corok dia nak pergi..
ko yang lempang ni aku tak tau lah apa ada dalam hati ko tu..sanggup ehh ko lempang budak 10bulan sampai tinggal kesan..meh aku lempang ko pulak nak tak!!!! ko tu pompuan patutnya penuh dengan sifat kasih sayang sebab tu allah berikan keistimewaan kepada kaum hawa untuk lahirkan anak kerana dalam diri kaum hawa ni penuh dengan kasih sayang!!!..
Dada aku ni dah turun naik turun naik ambik napas..tahan geram dengan berita yang aku baca tadi..kang terbalik pulak meje opis aku ni tahan geram punya pasal!! aku macm ko jugak bila teremosi jer nak campak barang2 tapi aku tak seNGOK ko nak tampa anak orang!!puiii!!!baik aku benti takat sini..kang tak pasal pasal aku yang meroyan plak!!
terukkan fiza.. geram sgt2 dekat org yang takde tggjawab tu..
ReplyDeletedia tak rasa sayang anak tu macam mana..suke hati buat anak orang macam tu!!!
ReplyDelete