Assalammualaikum..
minggu ni macam tak berkesempatan sangat untuk update belog.. minggu lepas macam maraton rasanya ..satu hari kengkadang sampai dua tiga kali tulis entri baru.. itu semua bergantung kepada kerajinan dan mood yang kadang kala naik dan kadang kala merundum..
sekarang mood tengah merundum maka untuk update entri baru pun agak malas..mood tengah tak best apa yang nak di ceritakan sangat kann kann kannnn..
Mungkin tengah membiasakan diri bersama kengkawan opis yang baru..ohh minggu lepas ada beberapa orang pindah masuk ke opis aku ni..bukan satu team dengan aku cuma satu opis jer..
tak tau lah dari dulu sampai sekarang orang yang duk sebelah meja aku ni mesti pakcik tua yang lagi 3,4tahun nak pencen..apa lah yang boleh aku cerita bergosip dengan beliau..lainlah kalau makcik yang nak pencen duk sebelah aku ni tak ada lah segan sangat nak berborak dah pangkat mak mak kitakan..
Malam ni tuan rumah yang aku sewa sekarang nak datang rumah..Dia nak jual rumah yang aku duduk sekarang so dah ada pembeli..pembeli tu nak tengok rumah malam ni..itu satu hal lagi..mana plak lah aku nak pindah..rumah yang aku beli ujung tahun ni baru siap..
Malas betul nak berpindah randah ni..aku ni dah lah jenis pemalas sikit bab nak kemas mengemas ni..ingatkan ujung tahun ni jer sekali pindah ke rumah sendiri..ermm perancangan allah mana boleh kita menidakkannya..redha je lah apa yang terjadi kerana ini semua pasti ada hikmahnya.
kalau orang yang nak beli rumah tu pekenan maka aku bersiap sedia lah untuk berpindah..malas nak pikir lagi..nantilah dah tiba masanya aku perlu keluar dari rumah tu baru aku pikir..bolehkah begitu??hehehe..
tak pe ufairah kan boleh tolong mengemas..selama ni ufairah jugak yang mengemas rumah ibu tu sampai bersih dan teratur heheheh..
ok cukuplah meluahkan perasaan kat sini (*_____*)
No comments:
Post a Comment