Assalammualaikum..
Apa yang 3 harinya?? dah 3 hari ufairah bekerja di tahun baru ni hahaha.. 3 hari dah ufairah kena angkut ke opis aku. Mak imah(pengasuh ufairah) mintak half day 3 hari ni sebab nak teman anak dia masuk darjah satu. Tapi pukul 11pagi dah boleh dah hanta ufairah ke rumah dia semula.
Terpaksalah anak dara kecik tu mandi pepagi buta.. iyelah tak kan nak bawak ke opis tanpa mandi kan..dah santek santek dah lawa lawa baru bawak ke opis..
Sampai opis memang ramai lah yang nak melayan dia.
Mula mula ufairah akan lepak kat opis ayah dia dulu. aku dan suami kan satu opis cuma lain tingkat jer.. sementara dia lepak kat opis ayah dia aku setelkan kerja yang memerlukan aku setel pepagi..lepas aku setelkan kerja aku baru bawak ufairah kat tempat aku. ayah ufairah pulak nak setelkan kerja dia.sampailah pukul 11pagi.Begitulah rutin ufairah 3hari ni. ha tang nak tido pulak...ini memang susah sikit.. Maklumlah ufairah tido nak berbuai.
Mana lah aku nak sangkut buai kat opis ni, dodoi dodoi sambil dukung ufairah lah aku tiap pagi dia nak tido.
Syukur alhamdulillah tak ada lah ufairah buat hal..cuma nak tido tu jer lah dia merengek sikit lepas tu selamat dah tido..
Begitulah asam garam bila kita memilih untuk tinggalkan anak ke rumah orang (pengasuh) berbanding memilih ke nursery. kalau dekat nurseri sorang cikgu yang cuti akan digantikan dengan cikgu lain, jadi kita tak perlulah nak susah susah kalau cikgu yang jaga anak kita tu cuti.lain pula perihalnya bila kita hanta anak kita ke rumah orang, bila dia cuti kita pun terpaksa cuti sekali, tak ada sapa yang nak gantikan dia.
Tapi aku memang pilih untuk hanta ke rumah pengasuh ni. kebetulan pulak pengasuh ni hanya jaga ufairah seorang jer. aku nak ufairah membesar dalam suasana keluarga.berbanding dekat nursery tu kan ramai bebudak lain dah macam sekolah pulak kan.8jam dia berda di sana..aku nak ufairah betul betul selesa,bukan lah aku kata nursery ni tak selesa, cuma kalau di beri pilihan aku lebih ke arah hanta anak ke rumah pengasuh biapun kadang kala akan menyusahkan kita macam kes pengasuh nak cuti kita pun terpaksa cuti.tak apa lah kita berkorban sikit.
Tapi nak hanta anak ke rumah pengasuh pun ambil kira jugak berapa orang pengasuh tu jaga budak..kalau dah 3,4 orang budak yang dia jaga termasuk anak kita baik tak payah.baik hanta kat nursery jer kalau macam tu. sah sah kalau dekat nursery tu cikgu cikgunya ramai boleh tolong tengok tengokan anak kita berbanding pengasuh sorang yang jaga 3,4 orang budak.
Ikut lah keadaan bila memilih untuk hanta anak ke nursery atau ke rumah pengasuh.
Macam aku dulu seminggu sebelum hanta ufairah ke rumah pengasuh aku dah menangis setiap malam. Membayangkan ufairah akan di tinggalkan di rumah orang,boleh tak pengasuh tu jaga ufairah,dah lah tak kenal pengasuh tu dah macam macam benda negetif lah yang aku pikir. Kita tak boleh nak harapkan pengasuh tu jaga anak kita 100% macam kita jaga anak kita. Lain orang lain cara kan. Tapi kan kadang kadang orang lain ni akan lebih elok jaga anak kita dari kita sebab dalam minda diaorang akan set "jaga betol betol anak orang ni, kang mak bapak dia kata apa pulak,kalau anak sendiri tak apa".. Moga anak anak kita baik baik sahaja sama ada berada di rumah pengasuh mahupun berada di nurseri insyaallah. Sama samalah kita berdoa.. amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fifi pon rele hantar anak ke rumah bs.. kesian kan baby.. kecik2 da di jage di persekitaran bukan rumah.. nnt bile da 3 atau 4 tahun baru nak cai nursery bagi ufairah berkawan.. tu pon takat sejam due lepas tu hantar ke BS.. tgk la cemane..
ReplyDeletehahahah..itu lah fifi..kadang kala ada rase nak benti kerja huhuhuhu..3 atau 4 tahun lambat lagi tu..tak mau pikir..nanti lagi sedihh..kejap jer anak dah besar hehehe
ReplyDelete