JellyPages.com

Monday, April 29, 2013

Tiada tajuk.

  
 
Assalammualaikum..
 
semakin hari ufairah semakin besar.. cepatnya masa berlalu kan.. macam tak sempat nak kejar.. Ufairah dah boleh jadi kawan dah pandai ajak main cak cak dah dia..
Dulu masa baru pas kawin bila En Nua pergi keje hujung minggu aku duk umah.. bosan sangat rase..
sekarang ufairah dah leh teman aku
 
 
 
 
 
masa aku kecik kecik dulu aku pun macam ufairah jugak wan cakap.. rambut tak ada..
Orang rambut kemain lebat aku rambut sejemput jer.. di turunkan pula pada ufairah.. nasib lah ufairah kita serupa hehehe..
 
 
 
 
 
 
 
mak imah beli kan getah tu.. kemain lagi berbulu bulu ikat rambut ufairah.. dah macam orang nak kawin dah hehehe.. getah ikat rambut lagi besar dari rambut yer..
itu sahaja nak cerita di kala ini..
 
Babai..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, April 25, 2013

Tazkirah Jumaat 6 - 15 Pintu, dan 7 cara menghalang rumah tidak dimasuki syaitan


15 pintu
15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita :-

1. pintu marah
2. cinta dunia
3. kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. panjang angan-angan
5. rakus
5. bakhil
7. suka pada pujian
8. riak
9. ujub (merasa kagum)
10. takut dan gelisah
11. buruk sangka
12. memandang rendah pada orang lain
13. merasa suka pada dosa
14. merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15. putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan :-

1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. Banyakkan bezikir
3. Banyakan Beristigfar
4. Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
5. Jangan tidur berseorangan
6. Baca doa pagi dan petang
7. Bersugi
8. Melaksanakan solat jemaah
9. Berwudhuk sebelum tidur
10. Menutup aurat
11. Membaca doa masuk tandas.
12. Banyak berselawat pada hati
13. Bertaubat, beristighfar
14. Banyakan baca Al-Quran
15. Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
1. Rumah yang bersih
2. Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
3. Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
4. Penghuninya jujur dan memenuhi janji
5. Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
6. Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
7. Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa
 

Wednesday, April 24, 2013

Aktiviti Balik Kampung.

 
 
 
 
Assalammualaikum..
 
Sabtu lepas nenek ufairah (mak mertua kalau mak aku ufairah panggil wan) ada buat kenduri doa selamat sikit..
 
Jadi moh lah kita balik kampung membizikan diri.. walaupun pada hakikatnya aku hanyalah bizi makan kahkahkahkah.. sodap woooo masakan rewang ni.. sepakat membawa berkat.. masak ramai ramai.. rasa meriahnya..
 
 
 
 
 
kenduri makan malam maka pepagi lagi semua orang sibuk.. termasuk lah anak dara ai sorang ni.. bangun jer pagi tu terus nak berkebun.. Baju tido pun tak tukar lagi tau..
 
 
 
 
Lepas penat ufairah berkebun bawak masuk awek ni ajak mandi.. ingatkan lepas mandi penat berkebun boleh lah tidokan dia.. jangan harap.. hati tak senang duduk dalam buai bila dengar riuh rendah kat luar..
Jadi dia pun tolong susun kerusi kat luar rumah.. kerusi untuk orang rewang duduk makan makan..
 
 
 
 
haaaaa nampak tak muka tak puas hati.. kenapa harus tido padahal orang sibuk kat luar.. kenapa saya tak dibenarkan menyertai kesibukan orang di luar ituuuuuuu hehehe..
 
 
 
 
 
Malamnya siapkan awek ni kasi cun.. ini lah baju kurung pertama ufairah sepasang dengan aku.. bila tengok ufairah pakai baju kurung sama dengan aku terus  nenek ufairah cakap 
 
"ohh ibu dah ada kawan pakai baju sama.. ayah tak ada lagi kawan nak pakai baju melayu sama"
 
rasa rasa apa maksud tersirat nenek ufairah tu?? hehehe (*____*)
 
 
 
 
 
 
 
 
Masa ni kurung ufairah dalam bilik.. orang tengah baca yasin kat luar.. kalau di lepaskan minah ni kat orang baca yasin tu kang macam macam projek dia buat heheh.. jadi duduk lah ufairah dalam bilik dengan bosannya..
 
 
 
 
Esoknya lepas kenduri baru balik rumah wan..
 
 
 
tau kenapa ufairah duduk kat longkang tu.. nampak tak tayar moto tu.. dia dah pandai ajak naik moto..
 
 
 
En Nua pergi hantar wan beli sayur naik moto ufairah pun ikut.. balik dari beli sayaur dukung ufairah turun dari moto menagis siap lembik lembik kan badan tak mau turun.. terpaksalah En Nua bawak ufairah round naik moto pukul 12tengahari tu..pastu angkat turun dari moto nangis lagi..
 
 
 
 
En Nua angkat jugak sebab tengahari panas panas tu.. takut demam nanti.. menagis dalam rumah.. semua orang tak layan.. akhirnya pandai keluar sendiri nak pergi kat moto tu..
nasib tak lepas nak seberang longkang hahahah..
 
 
 
 
 
Pastu ufairah macam seronok duduk dalam longkang tu..dengan ada pasir ada tanah.. rambut serabai.. selekeh sangat ufairah masa ni.. Barulah balik kampung kan ufairah main tanah..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, April 18, 2013

Tazkirah Jumaat 5 - Roh keluar dari jasad


Apabila sudah sampai waktunya
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.

Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.

Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.

Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Tuesday, April 16, 2013

Tahniah Amalia

 Assalammualikum..
 
Dapat mms dari maklong ufairah.. piala kakak amalia.. choral speaking..
 
 
 
Amalia anak buah aku yang pertama.. kakak kepada balqis @aqistinot
 
Rapat sangat dengan aku.. dulu masa aku kawin dia ada kat sebelah aku teman aku dalam masjid.. masa tu rasanya dia baru darjah 4..
 
Sah jer En Nua lafaz akad nikah terus amalia bisik kat aku " mocu dah kawin"
gaya macam merengek..
 
Agaknya sedih sangat rasenya hati dia bila tau aku dah kawin.. huhuhu..
takut berkurang kasih sayang aku agaknya.
 
Tapi sekarang.. tiap kali cuti datang duk dengan aku.. cuti sekolah baru baru ni merengek kat aku nak ikut balik.. aku okehh jer.. kesian pulak dengan ibu dia dah lah amalia duk asrama sekarang ni tak kan cuti sekolah aku nak angkut dia duk dengan aku kannn kannn..
 
pastu janji dengan dia cuti ujung tahun ni boleh duk dengan aku sebab cuti panjang sikit kan..
 
*baru abis meraton nengok running man, jadi moh kita maraton update belog*
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila Jauh jer berani

  
 Assalammualaikum..
 
Bila jauh jer berani.. bila dekat jangan harap nak sentuh..
 
 
ufairah nampak ayam besar ni dari jauh.. mulut kemainkan bising.. sambil tangan gamit gamit ayam tu..
 
 
 
 En Nua terus bawak ufairah duk dekat dengan ayam tu.. peluk leher En Nua tak mau lepas hahaha.. penakut anak dara En Nua ni..
 
 
 
 
Mula dah nak menangis.. ayam ni pulak kemain lagi nak nyakat ufairah.. pegang ufairah dengan kepak dia tu.. lagi lah anak dara ni tak tentu arah heheh..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, April 15, 2013

Dia buat lagi

 
Assalammualaikum..
 
Dia buat lagi dahhh.. hari tu buat kat sini . Tu cerita kat rumah wan.. dah balik rumah sini pun buat jugakkkkk...
 
 
 
 
Pandai merengek rengek suh bukakan tempat duduk kete dia tu
 
 



Bila dah bukak baru puas hati


 
Rupanya ni keje dia..
 
 
 
 
gaya macam orang besar kan..
 
 
 
Duduk bangun duduk bangun.. pastu keluar  pastu masuk balik..
 
 
 
pastu duduk sampai tersepit kaki tak leh keluar.. menangis.. tolong dia keluarkan kaki dia..terus senyap..
 
 
 
pastu tak mau dah duduk macam tu kaki tersepit.. duduk senget senget pulak..
kreatif sangat anak solehah ibu ni..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, April 14, 2013

Progress Rumah

Assalammualaikum..
 
Sabtu lepas pergi tengok rumah ufairah.. pergi kat pejabat pemaju tu terus sebab ada beberapa dokumen yang perlu En Nua sign.. bila baca dokumen dokumen nak masukan air dengan elektrik kat rumah tu rupanya..
Pemaju buatkan untuk semua pembeli rumah..
 
 
 
 
lepas abis sign semua dokumen En Nua ajak jenguk jap rumah tu..
 
 
 
 
kali ni pergi dalam rumah tu dah letak marmar dah.. hampir kesemua rumah dah siap dalamnya.. tapi disebabkan pemaju belum letak no rumah lagi jadi kami tak tau mana satu rumah kami
 
 
 
 
Tak tau mana satu rumah kami tapi no rumah dah tau dah.. no rumah ufairah no 8..
kat sini diorang letak no genap jer 2,4,6,8,10
sempat jugak tanya kerani tu siapa sebelah rumah kita orang..
alhamdulillah kedua dua jiran kitaorang melayu..
tak kisah pun apa bangsa sebenarnya yang penting ok.. tapi bila kerani tu kata melayu kiranya bonus lah untuk kami.. maklumlah insyaallah nak duduk kat situ sampai ufairah besar..
 
Sebab wan dah sound aku dah.. nanti kalau aku pencen dia suh balik duk palong rumah wan.. wan ni selalu pikir kedepan sangat tau..
 
 
 
 
 
nasiblah boleh pindah kat sini tahun depan.. kalau pindah sekarang mau kerja aku duk kat tepi tangga halang ufairah panjat tangga tu
 
 
 
laju jer dia panjat tangga ni.. Bila En Nua ambik menengis bergema satu rumah..
tahun depan pindah sini ufairah dah besar dah tak panjat tangga dah kejenya huhuhuhu
 
 
 
Tunggu nak letak tar jer kat jalan depan rumah.. yang lain semuanya hampir siap dah.. syukur alhamdulillah allah mempermudahkan progress rumah ni.
 
 
 
 
Tinggal nak tacap sikit sikit jer lagi..
 
 
 
 toilet kat bilik utama
 
 
 
toilet kat bawah..
 
 
Tak lama pun duk tengok rumah tu aku dah ajak balik.. panas ya ampun..
jum lah masuk kete sebelum mata berpinar..
Masuk jer dalam kete En Nua tanya aku.. "ehh ayang kalau kita pindah sini nanti ayang nak bersalin kat mana?? HUKM dah jauh dah"
 
erkkkk... kenapa tetiba soklan ni kekanda tanya?? adinda neves tau!!! Adakah pindah rumah baru dapat anak baru jugekkkkk???
 
 
 
adinda menurut perintah (*___*)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bekpes Sponser

Assalamualaikum..
 
Bekpes sponser by mak imah pagi ni..
 
 
 
Macam biasa hanta ufairah pagi tadi.. tengok mak imah dah sediakan bekal untuk aku bawak pergi opis.. bekas tu minggu lepas aku bagi mak imah letakan roti dalam tu untuk ufairah makan..
Pastu agaknya dia lupa nak bagi semula bekas tu masa jemput ufairah jumaat lepas..
hari ni tengok dia pulak siapkan bekal untuk aku..
 
Lepas tu buat muka belagak datang opis bekal di tangan.. konon konon masak sendiri pepagi buta..  sukee sangatt tau buat muke belagak ni..
maklumlah selalunya bungkusan polistrin di tangan setiap pagi..
Bangga kejap..
hahaha...
 
 
 
 
 
 
  

Thursday, April 11, 2013

Tazkirah Jumaat 4 -Ajaibnya sedekah.

 
 
Assalammualaikum..
 
Bertemu lagi kita dengan hari jumaat ni..syukur alhamdulillah..
 
selalu aku copy paste kan tazkirah untuk kita semua setiap hari jumaat.. tapi hari ni tiada copy paste yang ada hanyalah karangan yang tak seberapa dari aku ni ha..
Lebih pada untuk memperingatkan diri aku ni sendiri.. iyelah kita ni kan manusia.. cepat sangat lupa..
 
Pada kengkawan seangkatan.. tahu kan hari ni hari apa.. hari yang buat kita tersenyum riang  (senyum pun sedekah jugak tu).. yeahhhh syukur allah beri kita rezeki ni..
 
Oleh tu aku terpanggil untuk memperingatkan diri aku ni betapa hebatnya sedekah..
bila baca buku ajaibnya sedekah ni baru lah berlumba lumba nak sedekah kalau tak tu seminggu sekali nak sedekah pun payah..
 
Sama ada percaya atau tidak sedekah ni adalah satu ibadah yang ajaib. Semakin kita bersedekah semakin kita kaya.
 
Teringat aku satu cerita yang aku baca betapa ajaibnya sedekah ni.
 
Suatu hari seorang ustad bersedekah dengan ustad yang lain. Menjelang petang dia pergi ke bandar lain untuk mengajar. Dalam perjalanan keretanya di langgar tetapi tidak rosak. Sebaliknya kereta yang melanggarnya pula yang rosak teruk. Pemandu kereta itu hairan dan bertanya "menngapa kereta kamu tidak rosak?" lalu ustad itu menjawab "mungkin kerana pagi tadi saya bayar insurans sedekah"
 
Sejajar dengan peringatan yang nabi muhammad s.a.w tinggalkan pada kita  "segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah"
 
Ada dalam fb kot baru baru ni aku baca. tak ingat ustad mana yang cakap.. duit yang kita sedekah tu lah duit kita sebenarnya duit yang dalam dompet kita ni mungkin milik bengkel kereta, milik benda lain.. sedekah dapat memperluas ataupun menambahkan rezeki. Ali bin abu talib berkata "Pancinglah rezeki dengan bersedekah"
 
ok tak mau kelekut kelekut lagi yer.. baqis selalu kata kat aku "mocu ni kelekutlah" hahah kes aku dengan balqis ni memang wajib kelekut dengan dia.. asik pau aku beli coklat jer..gigi pun abis rosak..melalut dah aku..
 
ok babai..
moga entri kali memberikan kebaikan kepada kita semua lebih lebih lagi hari jumaat ni.. amin
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, April 9, 2013

Gelang kaki

Assalammualaikum..
 
Semalam balik jemput ufairah macam biasa.. Dan macam biasalah jugak ufairah dah ready melangok depan umah.. Siap main kejar kejar dengan kakak (anak mak imah paling bongsu)
 
 
 
Layan kejap ufairah main pastu baru cabut balik.. kalau terus balik tak tunggu ufairah main karang tunggu lah dia menangis dalam kete macam kena rotan.. anak dara tu dah pandai protes sekarang..
huhuhu
 
 
 
Dalam kerete nyusukan ufairah.. kan memang biasa sesiapa yang menyusu anak misti masa menyusulah belek anak kan.. selalu bila ufairah menyusu dengan aku masa tu lah aku belek badan dia.. tengok telinga bersih tak, kuku panjang tak  sebab masa nyusu jer dia duk diam.. kalau tak nak potong kuku tu mau kejar satu rumah..
 
 
 
tetiba terbelek kat bahagian kaki.. ha anak dara ibu dah ada gelang kaki????
 
 
 
amboi kemainkan feminin anak dara ibu pakai gelang kaki.. siap ada loceng lagi tu..
klingg klingg klinggg..
Terima kasih mak imah belikan ufairah gelang kaki ni..
 
 
 
kaki dah panjang kan heheheh sikit hari lagi tak muat dah gelang kaki ni.
 
 
 
 
Waktu tido jer boleh tangkap gamba ufairah dengan gelang kaki ni.. kalau tak tido dia tak reti duduk diam.. Asik berjalan jer..
 
 
 
Tak lama lagi pandai melawa pulak agaknya ufairah ni.. dah anak dara misti lah pandai melawa nanti kann kannn kannnnn.. pitam lah kalau anak dah pandai melawa (*____*)
 
 
 
 
 
 

Monday, April 8, 2013

Cerita Ufairah.

 
 
 
 
Assalammualaikum..
 
Bertemu kembali.. lain cerita tarakkk cerita ufairah jer yang ada kat sini..
nak cerita tentang ibu langsung tak best..
jadi modal cerita hanya ufairah sahaja
 
 
 
Anak dara En nua yang semakin membesar.. 
Kemainkan banyak mulut.. Hari tu aku dengar jer En nua borak dengan anak dara dia
 
En Nua : Ufairahh.. kenapa ufairah tak mau tido ni.. main jer..
 
Ufairah : mehh mehh mia mua nkkk dushsjsndls bla blaa blaa blaaaaa
(bahasa ufairah)
 
En Nua : ehh sepatah ayah tanya 5 patah ufairah jawab.
 
kahkahkahkahkahkahkah..
 
 
 
makan buah memeng peberet ufairah.. bagi lah buah apa pun dia balun jer..
masam ke manis ke semua dia sebat
 
 
kalau bagi buah bila dia rase kali pertama misti buat muke macam masam sangat buah tu.. tak kisah lah bagi buah apa pun..
buah manis pun mula mula misti buat muka buah tu rase masam hehehe..
 
 
 
 
Dulu tak pandai mengikut sekarang jangan nampak en nua bukak pintu meraung raung nak ikut.
 
 
 
pandai dah berebut henpon dengan aku..
bila bagi sikat terus buat gaya sikat rambut..
En Nua bagi dia songkok terus letak songkok kat atas kepala.
Pandai dah guna barang barang..
 
 
 
 
 
Duduk pun macam orang besar kan..
memang dah besar dah anak ibu.. cepatnya masa berlalu..
 
ok lah sampai sini jer cerita ufairah..
ishh aku ni bab nak letak tajuk kat entri memang kelaut sikit.. menaip jer pastu bila akhir terpinga pinga nak cari tajuk..
huhuhuhuuh
letak lah tajuk apa pun boleh kan hahah..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, April 4, 2013

Tazkirah Jumaat 3 - Bila bayi di lahirkan


Apabila Seorang Bayi Di Lahirkan



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana ,saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?



"Malaikatmu akan melindungimu walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu akan kembali kepadaKu walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

"Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: "IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak- anak yang sedang membesar...sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Tuesday, April 2, 2013

Gigi ohhhh gigi

Assalammualaikum..
 semalam dapat pic dari maklong ufairah..
Dengan tajuk  'gigi terbaikkkk"
 
 
 
terus gelak besar nengok gamba ni..
ni gigi aqisstinott.. tulah asik makan gula gula jer tu jadi gigi macam ni..
bila balik rumah wan,atok selalu kene pau dengan aqis belikan gula..sekarang en nua pun selalu kena pau beli coklat.. Ni lah jadinya.. maklong cakap kalau tak ada aqis tauke gula tak jadi kaya raya muahahahhahaha..
 
 
Tipon rumah maklong ufairah.
 
mocu yang penyayang : helloooooo
aqistinot yang baik : hellooooo...mocuuuuu ni mocu kannnn
mocu yang penyayang : ehh tak lahh.. adikkk.. adik dah makan??
aqistinot yang baik : dahh..
mocu yang penyayang : adikk.. ibu kan ada bagi gamba gigi adik kat mocu.
aqistinot yang baik :ohhh..adik sakit gigi ibu tangkap gamba (dengan gaya pelatnya)
mocu yang penyayang : ha tu lah adik makan gula jer tu sebab gigi adik sakit.
aqistinot yang baik: ohhh..mocu..mocu cantik tak gigi adik?..
 
Bila aqis tanya jer soklan tu terus tergelak besar.. ada hati tu tanya gigi dia cantik.. untuk jaga hati jawablah jugakk cantikkkkkkk hehehe..
 
 
aqistinottt aqistinotttt..