Assalammualaikum..
Sabtu lepas nenek ufairah (mak mertua kalau mak aku ufairah panggil wan) ada buat kenduri doa selamat sikit..
Jadi moh lah kita balik kampung membizikan diri.. walaupun pada hakikatnya aku hanyalah bizi makan kahkahkahkah.. sodap woooo masakan rewang ni.. sepakat membawa berkat.. masak ramai ramai.. rasa meriahnya..
kenduri makan malam maka pepagi lagi semua orang sibuk.. termasuk lah anak dara ai sorang ni.. bangun jer pagi tu terus nak berkebun.. Baju tido pun tak tukar lagi tau..
Lepas penat ufairah berkebun bawak masuk awek ni ajak mandi.. ingatkan lepas mandi penat berkebun boleh lah tidokan dia.. jangan harap.. hati tak senang duduk dalam buai bila dengar riuh rendah kat luar..
Jadi dia pun tolong susun kerusi kat luar rumah.. kerusi untuk orang rewang duduk makan makan..
haaaaa nampak tak muka tak puas hati.. kenapa harus tido padahal orang sibuk kat luar.. kenapa saya tak dibenarkan menyertai kesibukan orang di luar ituuuuuuu hehehe..
Malamnya siapkan awek ni kasi cun.. ini lah baju kurung pertama ufairah sepasang dengan aku.. bila tengok ufairah pakai baju kurung sama dengan aku terus nenek ufairah cakap
"ohh ibu dah ada kawan pakai baju sama.. ayah tak ada lagi kawan nak pakai baju melayu sama"
rasa rasa apa maksud tersirat nenek ufairah tu?? hehehe (*____*)
Masa ni kurung ufairah dalam bilik.. orang tengah baca yasin kat luar.. kalau di lepaskan minah ni kat orang baca yasin tu kang macam macam projek dia buat heheh.. jadi duduk lah ufairah dalam bilik dengan bosannya..
Esoknya lepas kenduri baru balik rumah wan..
tau kenapa ufairah duduk kat longkang tu.. nampak tak tayar moto tu.. dia dah pandai ajak naik moto..
En Nua pergi hantar wan beli sayur naik moto ufairah pun ikut.. balik dari beli sayaur dukung ufairah turun dari moto menagis siap lembik lembik kan badan tak mau turun.. terpaksalah En Nua bawak ufairah round naik moto pukul 12tengahari tu..pastu angkat turun dari moto nangis lagi..
En Nua angkat jugak sebab tengahari panas panas tu.. takut demam nanti.. menagis dalam rumah.. semua orang tak layan.. akhirnya pandai keluar sendiri nak pergi kat moto tu..
nasib tak lepas nak seberang longkang hahahah..
Pastu ufairah macam seronok duduk dalam longkang tu..dengan ada pasir ada tanah.. rambut serabai.. selekeh sangat ufairah masa ni.. Barulah balik kampung kan ufairah main tanah..
No comments:
Post a Comment