Assalammualaikum..
Bertemu lagi kita dengan hari jumaat ni..syukur alhamdulillah..
selalu aku copy paste kan tazkirah untuk kita semua setiap hari jumaat.. tapi hari ni tiada copy paste yang ada hanyalah karangan yang tak seberapa dari aku ni ha..
Lebih pada untuk memperingatkan diri aku ni sendiri.. iyelah kita ni kan manusia.. cepat sangat lupa..
Pada kengkawan seangkatan.. tahu kan hari ni hari apa.. hari yang buat kita tersenyum riang (senyum pun sedekah jugak tu).. yeahhhh syukur allah beri kita rezeki ni..
Oleh tu aku terpanggil untuk memperingatkan diri aku ni betapa hebatnya sedekah..
bila baca buku ajaibnya sedekah ni baru lah berlumba lumba nak sedekah kalau tak tu seminggu sekali nak sedekah pun payah..
Sama ada percaya atau tidak sedekah ni adalah satu ibadah yang ajaib. Semakin kita bersedekah semakin kita kaya.
Teringat aku satu cerita yang aku baca betapa ajaibnya sedekah ni.
Suatu hari seorang ustad bersedekah dengan ustad yang lain. Menjelang petang dia pergi ke bandar lain untuk mengajar. Dalam perjalanan keretanya di langgar tetapi tidak rosak. Sebaliknya kereta yang melanggarnya pula yang rosak teruk. Pemandu kereta itu hairan dan bertanya "menngapa kereta kamu tidak rosak?" lalu ustad itu menjawab "mungkin kerana pagi tadi saya bayar insurans sedekah"
Sejajar dengan peringatan yang nabi muhammad s.a.w tinggalkan pada kita "segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah"
Ada dalam fb kot baru baru ni aku baca. tak ingat ustad mana yang cakap.. duit yang kita sedekah tu lah duit kita sebenarnya duit yang dalam dompet kita ni mungkin milik bengkel kereta, milik benda lain.. sedekah dapat memperluas ataupun menambahkan rezeki. Ali bin abu talib berkata "Pancinglah rezeki dengan bersedekah"
ok tak mau kelekut kelekut lagi yer.. baqis selalu kata kat aku "mocu ni kelekutlah" hahah kes aku dengan balqis ni memang wajib kelekut dengan dia.. asik pau aku beli coklat jer..gigi pun abis rosak..melalut dah aku..
ok babai..
moga entri kali memberikan kebaikan kepada kita semua lebih lebih lagi hari jumaat ni.. amin
No comments:
Post a Comment