salam..pagi jumaat yang sungguh menyamankan..seperti yang sudah ku duga mood untuk melakukan tugas hakiki hari ini sedikit menurun..ops bukan sedikit separuh kot menurunnya..
sangat tiada semangat untuk menjalan kan tugas kerana..mood cuti sudah tiba heheh..
hari ini aku last bekerja kerana selepas ini akan bercuti selama 2minggu..yeahhh
bercuti kahwin..majlis ku direncanakan minggu hadapan..moga segalanya berjalan lancar..amin..
hari ni last aku menggunakan gelaran 'Cik" di hadapan namaku,selepas ini sudah naik pangkat ke 'Puan'..macam tak cayakan..rasenya aku masih anak kecil lagi..yang masih tidak mahu memikul tanggungjawab yang besar..tapi ini semua suratan takdir..umurku semakin meningkat sebenarnya..dan sudah tiba masa nya untuk aku memikul tanggungjawab seorang isteri..
persoalannya...mampukah aku untuk memikul tanggungjawab tersebut..mampukah aku menjadi isteri yang baik..mampukah aku berkhidmat untuk suami tercinta..mampukah aku menjadi menantu yang menyenangkan..mampukah aku bergaul dengan keluarga baru suami ku nanti..mampukah aku adil di dalam semua tindakan ku..mampukah aku menjadi ibu yang baik..mampukah aku melayan segala karenah anak2 ku nanti..mampukah aku menjaga mereka..fuhhh bila aku pikirkan benda ni semua,membuatkan aku takut untuk melangkah ke alam ini...tapi sampai bila harus takut kan..tak kan aku hanya nak bujang sampai ke tua..ha baru aku teringat..membe aku pernah kate..bile kita nak kawin ni mmg banyak dugaan nyer..KERANA syaitan tu tak suke kita berkahwin,tu yang dia hasut hati kita pikir yang bukan2,kalau kita dah kawin dia tak dapat meneruskan hasad dengki dia untuk menyuruh kita buat maksiat,sebab tu masa bertunang ni kebanyakan pasangan 'panas' asik nak gado jer,ni semua supaya kita tak meneruskan niat murni kita untuk berkahwin lah tu..ohhh tu lah aku pikir yang bukan bukan tadi kan..JAHAT punyer syaitan..
semua persiapan sudah aku buat rasenya..baju nikah sudah siap..walaupun akuntidak berapa suke dengan baju nikah aku tu huwaaaaa...seyes lah aku tak suke baju nikah aku tu..tapi nak wat macam mana kan pakai jer lah..kad jemputan semua aku dah pos pada rakan rakan yang jauh..baner sudah siap..cuma hantaran aku jer aku langsung tak buat lagi..barang semua dah beli cuma tak hias jer lagi..aku hanya ada masa 4hari sahaja untuk menghias kesemua hantaran aku tu..13dulang oiiiii...cukup ker masa nyer???huwaaaaaaaa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment