JellyPages.com

Monday, June 6, 2011

~fasa kehidupan~

Assalammualaikum...
fuhh fuhhh fuhhhh dah berhabok dah blog aku ni...almaklumlah dah berkurun lama tak menjengukblog ni hehehe..sibuk dengan tugas hakiki dan yang paling sibuk adalah menyiapkan segala persiapan majlis perkahwinan aku tu..

Tanggal 27 mei 2011 dengan dua kali lafaz aku sah menjadi isteri mohd anwar bin md yusof.saat itu perasaan di hati tak dapat aku gambarkan..rase gumbira rase sedih rase hiba dan rase sebak pun ada..aku bukan lagi buah hati mak dan ayah aku.aku telah melangkah ke fasa kehidupan yang baru..kalau dulu aku hanya menumpukan kehidupan aku pada keluarga aku tetapi kini tanggungjawab ke atas suami perlu di dahulukan..

mak dan ayah..sesungguhnya untuk melangkah ke alam ini adalah sangat berat untuk kaki ini melangkah..masih mahu di manja seperti anak kecil..tetapi apakan daya usia ku semakin meningkat..aku harus melangkah ke alam itu..ayah mak terima kasih di atas segalanya..mungkin ini hanya perasaan aku sahaja..padahal kasih sayang ayah dan mak aku tak berubah sama ada aku kawin atau tak kan...memang drama king sungguh aku ni hehehe..


bukan aku jer yang terasa..akan perubahan ni..anak buah aku..amalia..pun terasa dengan perkahwinan aku ni..masa dalam masjid..dia sentiasa menemani aku apabila akad nikah hendak di lafazkan oleh suami ku..apabila semua selesai...terus amalia melentokkan kepalanya di bahuku sambil memandang ku dan berkata "mocu dah kawin"...alahai sebak nya ati ku ini bila dengar dia berkata macam tu..rase  nak terus peluk dia time tu..nak cium dia..nasib baik aku tengah cover ayu so niat untuk peluknya ku tahan balik ke rumah heheheh mocu tetap sayang kakak..memang dia ni manja dengan aku..seminggu sebelum aku kawin dia tido dengan aku..sampai lah malam terakhir sebelum aku kawin tu dia tetap tido dengan aku..pas ni pun kakak boleh tido dengan mocu..tapi bezanya mocu dah tak leh lama2 tido palong..mocu dah ada dua rumah untuk balik..salam mak n ayah aku dah sebak nangis sikit2 jer..jgn aku bantai nangis pas akad ni kan ni benda baik...

itu cerita dalam masjid pas akad nikah..cerita aku bertandang bersanding di rumah pihak lelaki lagi lah drama king..heroin air mata aku..aku tak pernah membayangkan yang aku akan menangis di atas pelamin aku tu..tetapi benda tu terjadi jugak...
hari ahad turn aku plak bertandang ke rumah lelaki..bersanding..dah tentu lah semua sedara mara aku pun datang jugak kan...masa merenjis kat atas pelamin tu bila ayah n mak aku merenjis aku dah bantai menangis atas pelamin..tak tau lah..time tu rase macam sedih sangat..masa salam sedara mara diaorg nak balik pas makan..lagi sekali aku bantai nangis..ni bukan nangis sikit2 oke.ni nangis tahap ada esak2 tu huwaaaaaaaaaaa..bayangkan dengan berpakaian pengantin tu aku bantai nangis beria ria..hahahah...
tengok diaorang melangkah pergi..ya allah tuhan saja yang tau betapa hiba nya hati aku..rase macam di tinggalkan..dulu masa mak anta aku masuk asrama tinggalkan aku,aku tak nangis macam tu..tapi kali ni mak tinggalkan aku dengan situasi lain..fuhhhh tak leh tahan..air mata jadi mcm air paip..
kepada yang dah berkahwin mungkin sudah lalui pengalaman ini..tetapi pada yang belum kawin..bersedialah dari segi mental dan emosi saat ni..jangan jadi aku wat drama king di tengah2 keramaian...
terasa time tu aku jauh dari keluarga ku..

1 comment:

  1. Salam, hi. Sebenarnya i baru kahwin minggu lepas and i pun macam u, nangis atas pelamin and masa family balik time bertandang. Tu yang saja google, kot lah kalau ada orang lain yang sama. Tengok2 ada jugak haha.

    Tapi betul, memang rasa sedih sangat bila family nak balik. Nasib baik ada orang lain yang rasa the same thing hehe.

    ReplyDelete